1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Direct Flight KLIA ke Lampung: TransNusa Tambah Laluan Baharu

Berita gembira buat pengembara dari Malaysia dan pencinta alam semula jadi! Perjalanan ke Sumatera kini menjadi jauh lebih mudah dan pantas apabila syarikat penerbangan TransNusa melancarkan penerbangan antarabangsa terus julung kalinya bagi laluan Kuala Lumpur (KLIA) ⇌ Bandar Lampung (TKG) bermula Ogos ini.

Pelancaran laluan baharu ini secara rasmi memotong masa perjalanan separuh lebih singkat berbanding sebelum ini yang mana pelancong tidak lagi perlu melakukan penerbangan transit di Jakarta, turun di Palembang dan menaiki kenderaan untuk 2 jam lebih perjalanan mahupun menaiki feri merentasi Selat Sunda.

Setakat ini, TransNusa adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan antarabangsa terus tanpa transit dari KLIA ke Bandar Lampung.

Jadual & Maklumat Penerbangan Harian

TransNusa menawarkan perkhidmatan penerbangan harian (7 hari seminggu) menggunakan pesawat narrow-body yang selesa dengan tawaran tambang promosi bermula serendah RM399 sehala.

Jadual Penerbangan:

  • Bandar Lampung ke Kuala Lumpur (8B 661): Berlepas jam 11:40 pagi (WIB) dan tiba di KLIA jam 2:25 petang (waktu tempatan).

  • Kuala Lumpur ke Bandar Lampung (8B 662): Berlepas jam 4:25 petang (atau 3:00 petang mengikut jadual tertentu) dan tiba di Lampung jam 5:10 petang (WIB).

Rangkaian Penerbangan Terus TransNusa dari Malaysia

Dengan penambahan laluan Bandar Lampung ini, TransNusa kini beroperasi menghubungkan Malaysia ke tiga destinasi utama Indonesia dari Kuala Lumpur:

  • Jakarta (CGK): Penerbangan frekuensi tinggi dari KLIA, Subang (SZB) dan juga Penang (PEN).

  • Bali / Denpasar (DPS): Akses terus ke destinasi pulau antarabangsa.

  • Bandar Lampung (TKG): Laluan terus terbaharu untuk ekopelancongan & aktiviti pantai.

 

airasiaairlinesBandar Lampung (TKG)berita traveldirect flightJakartalaluan baharulampungpalembangSolehah TravelTips TravelTKGTransNusa

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …