1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Kisah Inspirasi

“Jangan takut nak mula. Walau kita suri rumah atau dah berumur, asalkan ada kemahuan dan usaha” – Siti Zauyah

Siapa sangka, seorang suri rumah yang sibuk mengasuh cucu kini berjaya mencipta nama antara Top 10 Ejen Pelancongan Solehah Travel! Mari kita ikuti kisah wanita hebat, Puan Siti Zauyah, yang membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya milik orang muda atau mereka yang bekerja di pejabat — tetapi juga milik sesiapa sahaja yang ada semangat dan keinginan untuk berjaya.

Pada Julai 2025, wanita berusia 40 tahun ini mencatat jualan mencecah RM44,000 dalam masa sebulan! Hebat bukan? Tetapi kejayaan ini bukan datang sekelip mata — ada cerita jatuh bangun di sebaliknya.

 

Cabaran di sebalik kejayaan

Waktu pandemik Covid-19 pada tahun 2019 sehingga 2021, beliau terpaksa berhenti seketika daripada dunia pelancongan apabila pintu utama negara di tutup. Begitu juga pelancongan domestik demi mengurangkan penyebaran pandemik ini.

Apabila keadaan kembali pulih, beliau bangkit semula dengan semangat baharu — kali ini dengan lebih fokus dan strategi yang lebih kemas.

Sebagai seorang ejen yang berhadapan terus dengan pelanggan, cabaran paling besar ialah melayan pelbagai ragam dan karenah merka.

Ada yang okay tetapi ada juga yang suka membandingkan harga pakej antara Solehah Travel dengan agensi lain.

“Saya pernah mendapat pelanggan yang tanya kenapa harga kita lain dengan agensi sekian? Kadang-kadang mereka banding terus tanpa tengok perincian”, katanya.

Sebagai ejen berpengalaman, beliau faham — perbezaan harga tu ada sebabnya: hotel berapa bintang, tiket penerbangan, itinerari lain tempat, tipping dan pengangkutan pun berbeza.

Ada juga kes di mana pelanggan buat aduan pasal servis hotel. Beliau tidak mudah menyerah kalah dan anggap semua tu pengalaman yang mendewasakan.

“Saya cuba hadapi dengan tenang dan jawab elok-elok. Apa yang penting, hati pelanggan kena jaga dan setiap kesilapan tu saya ambil sebagai positif untuk tambah baik di lain hari”, katanya lagi.

 

Kenapa pilih Solehah Travel?

Agensi pelancongan di Malaysia ini terlalu banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, mengapa beliau lebih suka untuk menjadi ahli keluarga Solehah Travel?

“Saya suka dengan Solehah Travel sebab mereka cepat memberi maklum balas dan sentiasa bantu bila ejen perlukan. Bahan promosi, maklumat pakej — semua disediakan dengan pantas. Jadi urusan jualan secara automatik menjadi lebih mudah”, ujar wanita yang tinggal di Rawang ini.

Bagi beliau, menjadi ejen Solehah Travel bukan sekadar mencari pendapatan sampingan tetapi juga satu platform untuk berkongsi kegembiraan melancong dengan orang lain.

 

Pesanan dari Puan Siti Zauyah:

Jangan takut nak mula. Walau kita suri rumah atau dah berumur, asalkan ada kemahuan dan usaha, insya-Allah boleh berjaya.

agensi pelanconganejen solehah travelejen STgajipendapatanside incomesiti zauyahSTtravel agency

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …