1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Malaysia Airlines Raih Penarafan Keselamatan Elit Global 2026

Malaysia Airlines kini secara rasminya telah menyertai kelompok elit penerbangan global. Selepas melalui siri penilaian rahsia yang ketat, syarikat penerbangan nasional kita telah dianugerahkan penarafan keselamatan Seven Star PLUS oleh badan penilai bebas terkemuka dunia, AirlineRatings.com.

Gelaran berprestij ini bukan calang-calang kerana ia meletakkan Malaysia Airlines sebaris dengan nama-nama besar industri seperti Cathay Pacific, Etihad Airways dan Air New Zealand. Bagi kita sebagai pengembara, pengiktirafan ini membawa makna yang sangat besar untuk setiap aktiviti pelancongan kita yang akan datang.

Mengapa Anugerah Ini Begitu Istimewa?

Kebanyakan penarafan udara tradisional hanya menilai melalui dokumen di atas kertas seperti rekod penyelenggaraan pesawat atau usia armada. Namun, penarafan PLUS ini berbeza. Audit yang dijalankan secara anonim merentasi enam penerbangan berasingan untuk melihat sendiri bagaimana krew kabin mengendalikan situasi sebenar.

Dua perkara utama yang berjaya memikat hati para juri antarabangsa:

  • Ketegasan yang berhemah: Ketika turbulence berlaku dan lampu tali pinggang keledar dinyalakan, krew kabin mempamerkan disiplin tinggi. Walaupun ada penumpang yang mula gelisah, krew tetap memastikan semua orang kekal duduk demi keselamatan masing-masing.

  • Taklimat kecemasan yang mantap: Penyampaian taklimat di pintu kecemasan dilakukan dengan begitu terperinci dan mengagumkan. Ini membuktikan bahawa persediaan menghadapi sebarang kemungkinan adalah keutamaan nombor satu.

  • Pengiktirafan ini turut memuji pengurusan keletihan (fatigue management) yang diamalkan oleh Malaysia Aviation Group (MAG) sejak sedekad lalu. Maksudnya? Krew kabin yang melayani anda berada dalam keadaan minda dan fizikal yang optimum, bersedia menjaga keselamatan anda pada setiap saat.
Foto Kredit: Malaysia Airlines

Anugerah ini merupakan penarafan tertinggi yang hanya diberikan kepada syarikat penerbangan yang sudah memiliki penarafan maksimum tujuh bintang, serta lulus audit ketat melibatkan kecekapan krew, prosedur kabin dan pengendalian situasi ketika penerbangan.

Syarikat induk MAG menyatakan bahawa pengiktirafan ini membuktikan budaya keselamatan, disiplin operasi dan profesionalisme teguh yang menjadi asas utama perniagaan mereka untuk para penumpang.

Selain daripada itu, Malaysia Airlines juga telah emenangi 7 Pingat di Cellars in the Sky Awards 2026 yang dianjurkan oleh majalahBusiness Traveller. Pencapaian ini membuktikan komitmenMalaysian Hospitality dalam menyediakan pengalaman darat (lounge) dan udara yang mewah dan diiktiraf pakar antarabangsa melalui ujian rasa secara premium (blind-tasted).

Bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026, Malaysia Airlines agresif memperluas rangkaian antarabangsanya termasuk melancarkan penerbangan terus ke Shenzhen (bermula 1 Julai), Changsha (bermula 8 Julai) dan Fukuoka, Jepun (bermula September).

Kejayaan demi kejayaan yang membanggakan ini bukan sahaja mengharumkan nama negara di persada dunia malah memberi keistimewaan kepada semua rakyat Malaysia untuk lebih banyak teroka negara lain di luar sana. Malaysia boleh!

 

#TravelTipsMalaysiaair new zealandAirlineRatings.comCathay Pacificetihad airwaysMAGmalaysia airlinesMalaysia travellerMASSeven Star PLUSSolehah TravelTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Amaran Cuaca Thailand: Elak Melancong Oktober 2026

Para pelancong dan pengembara disarankan untuk tangguh atau memikirkan semula rancangan percutian ke Thailand dalam masa …

Bas EV Hatyai Dijangka Mula Operasi 20 Oktober 2026!

Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat …

RTS Link Johor-Singapura Mula Operasi Februari 2027

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Perkembangan terkini mengenai projek RTS Link (Johor Bahru–Singapura) mengesahkan …

5 Life-Changing Travel Hacks Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda rasa macam dah pack barang cukup kemas dan beg berat sampai 20kg! Ada juga yang berulang kali keluar dan …

Tak Semua Aktiviti Ekstrem Dilindungi Takaful

Secara amnya, polisi takaful perjalanan asas hanya merangkumi aktiviti rekreasi biasa atau sukan ringan. Sebarang aktiviti …

Fenomena Embun Beku di Dieng Indonesia

Dataran Tinggi Dieng yang terletak di antara wilayah Banjarnegara dan Wonosobo di Jawa Tengah, Indonesia, merupakan salah …