1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Kisah Inspirasi

Bila rezeki datang dari jalan yang tidak disangka-sangka

Jangan menyerah kalah selagi belum mencuba. Kisah kejayaan Puan Aishah Ibrahim membuktikan bahawa setiap dugaan boleh menjadi pintu rezeki yang baharu — asalkan kita berani mencuba dan tidak mudah menyerah kalah.

 

Belum cuba belum tahu

Sebelum menjadi ejen pelancongan, beliau merupakan seorang peniaga bakeri dan pernah memiliki kedai sendiri. Namun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa menutup kedainya dan meneruskan perniagaan bakeri dari rumah sambil menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.

Segalanya berubah apabila beliau ternampak iklan pencarian ejen Solehah Travel (ST) di Facebook pada tahun 2023. Walaupun pada awalnya ragu-ragu — maklumlah, belum pernah kenal atau tahu tentang ST tetapi naluri untuk mencuba sesuatu yang baharu mendorong beliau untuk teruskan juga.

Langkah berani itu ternyata membuka lembaran baharu dalam hidupnya. Pada permulaan, beliau hanya menguruskan 3 hingga 4 trip ke Hatyai, menggunakan bas yang berkumpul terus dari rumahnya!

Tidak lama kemudian, beliau mengorak langkah merancang trip ke Sabah pula. Semuanya berjalan lancar dan penuh pengalaman manis.

Antara momen yang paling menyentuh hati beliau ialah apabila ada pelanggan yang berulang kali mengucapkan terima kasih kerana membantu mereka merealisasikan impian untuk melancong.

“Rasa sebak dan terharu bila orang hargai usaha kita,” katanya.

Namun, perjalanan ini bukan mudah. Pernah juga beliau melalui fasa mencabar yang mana tujuh bulan pertama tanpa sebarang jualan. Ketika hampir putus asa, beliau mendapat ilham untuk menyertai sendiri trip ke Sarawak bersama ST. Dari situlah segalanya berubah.

Beliau mula berkongsi gambar dan video sebenar sepanjang trip di media sosial dan secara perlahan-lahan, orang sekeliling mula percaya bahawa beliau memang ejen pelancongan yang sah dan aktif.

“Kadang-kadang kita kena buktikan dengan tindakan bukan sekadar cakap kosong,” ujarnya.

Dari segi pengurusan, beliau sangat bersyukur mengenali pasukan Solehah Travel.

“Saya sangat puas hati sebab team ST memang banyak membantu. Semua maklumat trip jelas, cepat menjawab WhatsApp tidak kira masa dan bahan pemasaran sentiasa dikemaskini. Memang mudah kerja bila ada support group macam ni,” katanya lagi.

Bagi Puan Aishah, tiada istilah terlambat untuk berjaya.

“Buat dahulu apa yang kita nak. Jangan fikir orang lain boleh buat sebab dia ramai kawan sebab kadang-kadang pelanggan kita bukan dari kenalan rapat pun. Paling penting, kena ada pengetahuan tentang trip yang kita jual supaya pelanggan lebih yakin. Paling penting, kena pandai kawal emosi bila berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan.”

Kini, nama Puan Aishah tersenarai sebagai Top 10 Ejen Solehah Travel, bukti nyata bahawa rezeki akan datang kepada mereka yang tidak takut untuk melangkah keluar dari zon selesa.

 

Aishah Ibrahimejen sahejen sah STejen travelkisah inspirasiSolehah TravelST

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …