1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Benda kecil tapi ‘power’. Kalau tertinggal, bikin menangis tengah ‘trip’!

Pernah tak korang pergi travel, rasa semua dah cukup pack — baju lawa 10 pasang, kamera, pengecas, kasut baru tapi bila sampai destinasi, baru sedar ada benda kecil yang sangat penting tertinggal?

Itu pun teringat bila saat-saat genting. Tengok dalam beg, “Eh! Tak ada? Rasanya dah bawa.” Masa tu lah baru rasa, “Alahai… macam mana boleh lupa ni.”

Diri sendiri dah pernah lalui situasi ni banyak kali. Dari tisu sampai ubat selsema, semua benda kecil ni nampak remeh tapi masa kecemasan, dia lah penyelamat utama. So kali ni, saya nak kongsi beberapa Survival Travel Items yang wajib korang sumbat dalam beg. Kecil je saiznya tapi besar jasanya bila travel jauh!

  1. Tisu basah & Tisu Kering — Penyelamat segala situasi

Percayalah, benda ni nampak remeh tapi masa tengah lapar, tumpah air, comot di muka anak selepas makan atau nak buang air di tempat yang tiada air— wet tissue ni jadi hero. Kalau jalan jauh, bawa dua jenis: satu basah, satu kering. Satu lagi tip — pilih yang unscented supaya tak ganggu bau makanan atau kulit sensitif.

 

  1. Extension Plug — Soket hotel tak pernah cukup!

Ni antara benda penting yang ramai lupa. Bila dah sampai hotel, baru nak menyesal. Ada tiga device nak cas tapi di bilik penginapan cuma ada satu soket. Kalau bawa extension plug, semua boleh cas sekali. Kalau pergi dengan kawan-kawan, boleh lah salah seorang yang bawa.

 

  1. Ubat asas — Jangan harap nasib baik

Bila berada di negara orang ni, tiba-tiba je demam, pening, perut masuk angin. Semua tu tak tunggu masa. Simpan ubat asas dalam pouch kecil: Panadol, minyak cap kapak, ubat selsema, plaster luka. Kalau bawa anak-anak, wajib kena bawa ubat demam mereka dan cool fever. Tak payah banyak, janji ada.

 

  1. Tali serbaguna & safety pin — DIY penyelamat hidup

Benda ni nampak random tapi banyak guna. Boleh gantung tuala, jemur baju, ikat beg atau gantung lampu mini di campsite. Safety pin pula boleh selamatkan baju yang koyak atau zip beg rosak. Senang cerita, ni macam toolkit traveller versi kecil.

 

  1. Powerbank & kabel tambahan — Tak nak phone ‘koma’ tengah jalan

Zaman sekarang, phone bukan sekadar untuk gambar — tapi GPS, tiket, check-in, semua dalam tu. Jadi, powerbank ni bukan optional dah, tapi survival kit. Bawa juga kabel tambahan sebab benda ni paling senang hilang atau rosak bila travel.

 

Kadang-kadang, benda paling kecil tu lah yang buat perjalanan kita lancar. Boleh je beli di lokasi anda berada tapi mungkin harganya mahal. Tak pasal-pasal dah lari bajet.

Sebelum kemas barang, pastikan buat checklist. Walaupun dah pernah travel banyak kali tapi ada kemungkinan boleh lupa juga. Jangan cuma fikir baju OOTD je atau kamera mahal.

Masukkan juga “hero kecil” ni dalam beg. Bila tiba masa dia berjasa, percayalah korang akan senyum sambil cakap, “nasib baik bawa!”

 

DIY tripextension plugpowerbanksafety pintisu basahtraveltripubat demamubat selsemawet tissue

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Resort Pemandangan Laut Paling Cantik di Malaysia (2026)

Ada kalanya, cara terbaik untuk melepaskan segala bebanan kerja dan rutin harian adalah dengan mendengar deruan ombak, ...

Awas! Ini Risiko Renew Pasport 10 Tahun Jika Kerap Travel

Sejak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan pilihan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun, ramai rakyat ...

Isu Dadah Krew MAS: Perubahan Drastik di KLIA

Kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta Julai lalu sememangnya amat ...

Fenomena Pagpag Filipina: Dari Tong Sampah ke Pinggan Makan

Apabila membayangkan Filipina, minda kita sering menerawang ke pantai berpasir putih di Boracay, batu karang menakjubkan di ...

5 Restoran Halal Phu Quoc Wajib Cuba

Dalam setiap pemusafiran, antara perkara paling utama yang perlu diteliti oleh seorang Muslim adalah memastikan tempat ...

10 Bandar Paling Layak Dihuni Di Dunia 2026

Dalam dunia pengembaraan moden, keindahan sesebuah destinasi bukan lagi diukur pada monumen bersejarah semata-mata, ...