Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi inspirasi filem Avatar. Destinasi ini sangat menakjubkan untuk aktiviti healing dan menikmati keindahan alam semula jadi tetapi ia mempunyai cabaran fizikal serta fasiliti tersendiri.
Daya Tarikan Utama
-
Gunung Tianmen (Tianmen Mountain): Menawarkan pengalaman menaiki cable car antara yang terpanjang di dunia, laluan kaca (Skywalk) di tepi tebing curam dan pemandangan lubang gergasi Tianmen Cave (Heaven’s Gate).
- Tangga Gunung Tianmen Stairway to Heaven: Terdapat 999 anak tangga yang menghubungkan tapak platform bawah terus ke Tianmen Cave. Walaupun terdapat escalator di dalam gunung bagi mereka yang tidak mahu memanjat, anda tetap perlu banyak berjalan dan menuruni/memanjat laluan lain untuk mengelilingi puncak gunung ini.
-
Zhangjiajie National Forest Park (Taman Negara Avatar): Kawasan tiang-tiang batu tinggi menjulang (Bailong Elevator — lif luar bangunan tertinggi di dunia) yang memberikan pemandangan seolah-olah berada di planet asing.
-
Jambatan Kaca Zhangjiajie: Jambatan lantai kaca gergasi yang merentasi jurang melepasi pemandangan kanyon di bawah yang spektakular.
-
Gua Huanglong & Baofeng Lake: Lokasi santai menyusuri tasik dengan bot sambil menikmati keindahan stalaktit dan stalagmit di dalam gua.
- Zipline Kanyon Zhangjiajie: Terletak berdekatan dengan jambatan kaca. Walaupun terdapat lebih lima zipline disediakan namun jika anda datang pada salah waktu, anda perlu menunggu lebih kurang sejam untuk merasai permainan ini. Tertakluk kepada keadaan cuaca (akan ditutup jika hujan lebat atau angin terlalu kencang).
Golongan yang Tidak Sesuai Mengikuti Trip Ini
-
Sakit Kaki, Menggunakan Tongkat, Kerusi Roda atau Masalah Lutut: Kebanyakan trek merangkumi perjalanan ribuan anak tangga batu dan laluan pejalan kaki yang sangat panjang. Walaupun terdapat lif dan escalator, jarak berjalan kaki harian amat jauh.
-
Pesakit Semput atau Asma: Aktiviti harian memerlukan stamina yang tinggi kerana banyak laluan mendaki bertangga dan perubahan suhu di kawasan tinggi yang boleh mencetuskan masalah pernafasan.
-
Kanak-kanak Kecil & Warga Emas Kategori Uzur: Penggunaan stroller hampir mustahil di laluan bertangga dan berliku. Anak-kanak mudah letih dan berkemungkinan besar perlu didukung sepanjang perjalanan.
-
Mereka yang Geli/Sukar Adaptasi Tandas Cangkung: Fasa kemudahan awam di kawasan pegunungan kebanyakannya menggunakan tandas cangkung serta keadaan bau yang kurang menyenangkan. Kadang kala tiada pintu yang penuh serta penyediaan tisu dan bekalan air paip yang terhad.
-
Gila Shopping: Zhangjiajie bukan pusat berbelanja seperti Shanghai atau Guangzhou. Barangan yang dijual kebanyakannya cenderamata tempatan, teh dan kraf tangan asas.
-
Musim Puncak Cuti Umum China: Elakkan melancong semasa Golden Week (awal Oktober) atau Tahun Baru Cina kerana kesesakan jalan raya dan beratur panjang di lif/kemudahan boleh memakan masa hingga 3–4 jam.
Jadi, adakah Zhangjiajie termasuk dalam bucket list anda selepas ini? Pastikan anda betul-betul bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum melangkah ke sana. Kalau anda perlukan inspirasi atau panduan destinasi kembara yang lain, jangan lupa ikuti kemas kini blog Solehah Travel! Selamat mengembara!
Tiada komen lagi.