1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Rupiah Jatuh: Masa Terbaik Ke Indonesia

Susulan laporan kejatuhan nilai mata wang Rupiah Indonesia ke paras terendah berbanding Ringgit Malaysia (RM) minggu ini, agensi pelancongan tempatan mula melaporkan lonjakan luar biasa dalam tempahan pakej percutian ke negara jiran tersebut.

Trend ekonomi ini dilihat sebagai peluang keemasan bagi rakyat Malaysia yang ingin menikmati percutian mewah pada harga bajet. Dengan kadar tukaran semasa di mana RM1 kini mencecah lebih IDR4,400, kuasa membeli pelancong Malaysia dijangka meningkat hampir 15% hingga 20% bagi aktiviti membeli-belah dan merasai makanan tempatan.

Kelebihan buat pelancong dari Malaysia

Walaupun tiket penerbangan sedikit melambung sekarang ini, namun ‘kos hidup’ di sana menjadi jauh lebih murah. Ini adalah kelebihan yang anda akan rasa:

  • Naik taraf gaya hidup: Jika dulu bajet RM300 semalam hanya dapat hotel 3-bintang, sekarang dengan RM300 yang sama, anda mungkin boleh menginap di hotel 4 atau 5-bintang. Kuasa membeli anda meningkat secara drastik sebaik sahaja anda menukar duit.
  • Makan besar tanpa ‘pokai’: Satu hidangan mewah di restoran fine dining di Jakarta atau Bali yang berharga IDR 1,000,000 kini hanya sekitar RM227, berbanding tahun lepas yang mungkin mencecah RM280-RM300. Anda boleh makan lobster atau wagyu dengan harga “warung” di Malaysia.
  • Borong barang tempatan: Bagi barangan keluaran tempatan (bukan import), harganya tidak naik secepat kejatuhan mata wang. Jadi, harga kain batik, beg kulit di Bandung atau kain songket tenunan warga kampung masih kekal sama. Namun, anda masih boleh membelinya dengan harga yang murah.
  • Aktiviti & spa: Kos untuk aktiviti seperti scuba diving di Kalimantan, sewa supir (pemandu) di Padang atau urutan spa di Bali menjadi sangat berbaloi. Anda boleh menikmati lebih banyak aktiviti dengan bajet yang sama.

Destinasi pilihan dari Solehah Travel

Beberapa pakej utama kini menjadi tumpuan utama pelanggan yang ingin memanfaatkan pengukuhan Ringgit:

  • Jelajah Jakarta-Bandung: Destinasi kegemaran untuk membeli-belah ini kini menjadi lebih kompetitif. Dapat rasa menaiki kereta api laju, suasana sejuk di Lembang, naik basikal atas awan di Lodge Maribaya dan banyak lagi.
  • Misi gastronomi Padang-Bukittinggi: Pakej ini mencatatkan permintaan tinggi bagi mereka yang ingin menikmati keaslian nasi padang dan keindahan alam semula jadi di Sumatera Barat tanpa perlu bimbang tentang kos sara hidup yang tinggi di sana.
  • Pesona Bali & Medan: Kejatuhan Rupiah membolehkan pelancong menaik taraf penginapan ke hotel bertaraf lima bintang atau villa persendirian untuk bulan madu mahu pun percutian bersama keluarga tersayang.
  • 4 Kalimantan: Pakej terbaharu yang membolehkan pelancong dapat menjejaki Banjarmasin, Nusantara, Samarinda dan Balikpapan selama enam hari sahaja. Pastinya aktiviti adventure ini seronok untuk dilakukan bersama pasangan anda.

Penyelesaian kembara lengkap

Solehah Travel menekankan komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan kembara yang menyeluruh. Ini termasuk pemilihan vendor yang sah, penginapan yang selesa, serta pemandu pelancong yang mahir bagi memastikan keselamatan dan keselesaan peserta terjamin.

Penganalisis industri menasihatkan orang ramai agar membuat tempahan segera memandangkan pasaran mata wang yang tidak menentu. Tindakan ‘mengunci’ harga pakej sekarang adalah langkah bijak sebelum berlaku sebarang pembetulan pasaran pada masa hadapan.

BalibukittinggiIndonesiaKalimantanmakassarmedanpadangringgitRinggit tinggiRMrupiah jatuh

2 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

  1. Saharudin
    -

    Pakej Jakarta Bandung berapa per pax

    • -

      Ada tuan. Boleh saya dapatkan no phone untuk saya hubungi dan kongsi details

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Direct Flight Antarabangsa Dari Penang, Senai & Kota Bharu

Tahukah anda bahawa anda tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh atau bersesak di KLIA semata-mata untuk terbang ke luar ...

Panduan Elak Scam Pakej Percutian

Perancangan sebuah percutian impian sama ada bersama keluarga tercinta, rakan-rakan mahupun secara bersendirian sewajarnya ...

Nak ke Zhangjiajie? Ini Perkara Wajib Tahu!

Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi ...

Peraturan Baharu Mendaki di Malaysia 2026

Malaysia sememangnya syurga bagi pencinta alam semula jadi. Daripada kemegahan puncak Gunung Kinabalu di Sabah yang tinggi ...

Diskaun Taman Tema & Pakej Merdeka 2026 | Beli 1 Percuma 1

Cuti panjang Hari Kebangsaan sudah tiba! Inilah masanya untuk cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang sambil ...

Tragedi Nepal-Tibet: Kepentingan e-Konsular Buat Pengembara

Bencana alam secara mengejut sekali lagi mengingatkan kita betapa tidak menentunya keadaan apabila berada di luar negara. ...