Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat anda! Bermula 20 Oktober 2026, bandar Hatyai secara rasminya memulakan perkhidmatan EV Bas (bas elektrik) mesra alam untuk memudahkan pergerakan pelancong dan penduduk tempatan di sekitar pusat bandar.
Langkah terbaharu ini bakal mengubah lanskap pengangkutan awam tempatan, sekali gus memberi alternatif pengangkutan yang lebih selesa, berhawa dingin dan paling penting, menjimatkan!
Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Operasi Fasa Pertama: Sebanyak 8 buah bas EV diperkenalkan untuk kegunaan awam.
Kadar Tambang Flat: Hanya 15 THB sahaja sehala (anggaran RM1.90 – RM2.00)! Sangat berbaloi berbanding kos pengangkutan lain terutamanya jika anda bergerak secara solo atau berdua.
Konsep Operasi: Bas bergerak mengikut laluan khusus bandar (two-way route). Penumpang hanya perlu menekan loceng untuk turun di perhentian bas yang ditetapkan sepanjang laluan.

Laluan Utama & Tumpuan Perjalanan Bas EV
Sistem laluan bas EV ini direka khas untuk menghubungkan stesen pengangkutan utama, pasar tumpuan serta kawasan perniagaan di sekitar bandar Hatyai:
Stesen Keretapi Hatyai Junction
Check-point utama bagi yang tiba naik ETS/Keretapi State Railway of Thailand (SRT).
Kawasan Pusat Bandar / Rong Muang Market & Suk Market
Akses mudah ke zon kedai makan, hotel dan kawasan tumpuan pelancong di bandar.
Persimpangan Sangkhla / Songkhla Intersection
Menghubungkan laluan utama keluar masuk zon perbandaran Hatyai.
Pasar Terapung Khlong Hae (Khlong Hae Floating Market)
Destinasi wajib pelancong untuk menikmati kulinari tempatan dari atas perahu!
Kenapa Ini Game Changer Untuk Traveller Malaysia?
Sebelum ini, pelancong kebanyakannya bergantung kepada tuk-tuk, songthaew atau aplikasi e-hailing yang kadangkala memerlukan kemahiran tawar-menawar kos. Dengan adanya bas EV:
Lebih Jimat: Dari Stesen Keretapi Hatyai terus ke Pasar Terapung Khlong Hae hanya berharga 15 THB.
Lebih Selesa: Bas EV moden yang cukup selesa dilengkapi pendingin udara, sesuai untuk cuaca panas serta kemudahan untuk orang kurang upaya.
Mudah & Mesra Pelancong: Laluan pergi-balik yang jelas memudahkan anda merancang jadual perjalanan tanpa perlu risau sesat di negara orang.
Simpan info ni siap-siap dalam senarai jadual percutian Hatyai anda yang seterusnya!









Tiada komen lagi.