1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

5 Perkara Wajib Semak Sebelum Berlepas

“Alamak, mana pulak aku letak benda ni?” Ini adalah frasa yang sangat kerap didengari di kaunter pendaftaran masuk dan laluan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mahupun lapangan terbang lain di seluruh negara.

Sifat santai atau pegangan “tak apa, lama lagi nak fly. Nanti-nanti lah check barang tu” kerap menjadi punca utama pengembara tempatan berdepan tekanan emosi, kerugian wang ringgit atau lebih buruk lagi dilarang menaiki pesawat. Bagi memastikan percutian impian berjalan lancar, menyemak Pre-Flight Checklist bukanlah tanda cemas, sebaliknya langkah bijak menjamin ketenangan.

Kepentingan Utama Pre-Flight Checklist

  1. Mengelakkan Risiko Ketinggalan Pesawat: Kebanyakan proses di lapangan terbang kini mempunyai had masa ketat (cutoff time) seperti penutupan kaunter bagasi 60 minit sebelum berlepas.

  2. Mematuhi Peraturan Keselamatan Penerbangan: Peraturan penerbangan antarabangsa dan domestik sentiasa dikemaskini, terutama melibatkan barangan elektronik dan cecair.

  3. Mengelakkan Kerugian Kewangan: Kegagalan mematuhi syarat dokumen atau saiz bagasi boleh menyebabkan denda, bayaran tambahan yang mahal atau tiket hangus.

5 Perkara Utama Dalam Pre-Flight Checklist

1. Status Sah Laku Pasport & Semakan Sekatan Imigresen

  • Ramai rakyat Malaysia menyangka selagi pasport belum melepasi tarikh luput, mereka boleh terbang. Hakikatnya, kebanyakan negara menetapkan syarat pasport wajib mempunyai sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas. Selain itu, pastikan anda membuat semakan di portal rasmi SSPI Imigresen (sspi.imi.gov.my) untuk memastikan tiada sekatan perjalanan berkaitan cukai (LHDN/SSM), PTPTN atau apa sahaja perkara yang melibatkan hal perundangan.

2. Daftar Masuk Dalam Talian (Online Check-In) & Pas Masuk Digital

  • Jangan bergantung sepenuhnya kepada kaunter di lapangan terbang. Buat online check-in seawal 24 hingga 48 jam sebelum berlepas menerusi aplikasi syarikat penerbangan. Simpan Boarding Pass digital dalam format PDF atau muat naik terus ke dalam Apple Wallet / Google Wallet. Sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas menuju ke lapangan terbang, anda berisiko tinggi terlepas waktu penutupan kaunter.

3. Pengurusan Powerbank & Barangan Terlarang (Bateri Litium & Cecair)

  • Bateri litium dan powerbank WAJIB disimpan di dalam beg kabin (hand luggage) dan dilarang keras dimasukkan ke dalam bagasi daftar masuk (checked baggage). Had kapasiti standard yang dibenarkan adalah bawah 20,000mAh hingga 30,000mAh. Untuk barang cecair/gel dalam beg kabin pula, pastikan ia diletakkan dalam bekas tidak melebihi 100ml setiap satu.

4. Aktifkan Kad Bank Luar Negara & Sediakan Mata Wang Tempatan

  • Menggunakan kad debit atau kredit di luar negara adalah sangat mudah tetapi ia perlu diaktifkan untuk transaksi antarabangsa menerusi perbankan dalam talian sebelum berlepas. Di samping itu, sentiasa sediakan sedikit wang tunai mata wang destinasi plihan anda untuk kegunaan kecemasan, teksi, tipping atau kedai tempatan yang tidak menerima kad terutama di kawasan pedalaman.

5. Salinan Dokumen Tempahan, Roaming & Insurans Perjalanan

  • Liputan internet atau Wi-Fi di lapangan terbang luar negara tidak sentiasa terjamin. Muat turun dan simpan salinan dokumen penting bagi polisi insurans perjalanan, visa, resit hotel dan tiket penerbangan balik. Bagi anda yang menggunakan roaming, jangan lupa untuk membuat pembelian sebelum menaiki pesawat.

Kesimpulan

Sifat lupa boleh diatasi dengan perancangan yang berdisiplin. Jangan biarkan persediaan wang ringgit dan masa berbulan-bulan rosak dalam tempoh beberapa minit di lapangan terbang. Dengan mengamalkan Pre-Flight Checklist ini, perjalanan kembara anda akan bermula dengan lancar, tenang dan selamat.

checklistpasportpowerbankpre-flight checklistSolehah TravelTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Penerbangan Terus KL ke Shenzhen & Changsha

Impian untuk meneroka pesona teknologi di Shenzhen atau menikmati kecantikan alam dan kulinari pedas di Changsha kini ...

5 Hotel Best di Kundasang View Gunung Kinabalu (2026)

Sebut sahaja Kundasang, pasti terus terbayang bayu dingin menampar muka, pemandangan padang ragut menghijau ala-ala New ...

9 Pulau Tercantik di Indonesia: Info Flight & Cara Ke Sana

Penat kerja dan rasa nak escape pergi tempat yang tenang. Semua pulau di Malaysia ni dah pernah pergi? Jadinya, anda wajib ...

5 Destinasi Sejuk Paling Popular di Asia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, melupakan sejenak cuaca panas dan melepaskan lelah di tempat dingin atau bersalji sentiasa ...

Syarat Masuk Thailand 2026: Jangan Sampai Kena Denda!

Merancang percutian ke luar negara memerlukan lebih daripada sekadar menempah tiket penerbangan dan penginapan. Memahami ...

5 Tempat Penginapan Best di Alahan Panjang (2026)

Alahan Panjang, Sumatera Barat tengah terkenal sekarang ini di dunia sosial media. Antara sebab utama, tiket penerbangan ke ...