1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

7 Tips Travel Paling Mengarut Yang Selalu Dianggap Betul

Bila kita merancang percutian ke luar negara, lambakan nasihat dan tips travel boleh ditemui di mana-mana sahaja. Namun, sedarkah anda bukan semua nasihat ‘pakar’ itu praktikal di dunia realiti? Ada sebahagian tips yang dah lapuk ditelan zaman dan ada juga yang sengaja dicipta sebagai taktik pemasaran untuk buat orang panik dan berbelanja lebih.

Dalam perkongsian kali ini, kita akan bedah 7 tips popular yang sebenarnya mengarut supaya anda tak terjebak dan boleh travel dengan lebih bijak serta menjimatkan poket.

1. Jangan Jadi Pelancong, Jadi Pengembara

  • Tip Karut: Sentimen yang mengatakan kononnya gelaran pengembara itu lebih ‘mulia’ dan hebat daripada pelancong biasa yang suka melawat tempat-tempat popular.

  • Realiti: Bagi penduduk tempatan, anda tetap seorang pelancong asing. Tak payahlah pening kepala nak acah-acah jadi ‘pengembara sejati’ sampai sanggup boikot tempat viral sebab ego nak nampak berbeza dengan orang lain. Tempat tu popular mesti ada sebabnya. Jadi, pergi sahaja melawat dan nikmati percutian anda tanpa perlu fikirkan pandangan orang lain.

2. Tukar Wang Tunai di Lapangan Terbang

  • Tip Karut: Menukar duit poket di kaunter pertukaran wang di lapangan terbang sebelum memulakan perjalanan.

  • Realiti: Kadar pertukaran wang di lapangan terbang adalah idea yang langsung tak boleh diguna pakai kecuali jika anda benar-benar terdesak. Lebih baik anda menggunakan kad bank yang tiada caj transaksi luar negara atau mengeluarkan wang tunai terus dari mesin ATM bank tempatan setibanya di sana.

3. Bawa Identiti & Gaya Hidup Sendiri ke Mana-Mana Sahaja

  • Tip Karut: Nasihat kononnya kita kena sentiasa jadi diri sendiri, kekalkan cara hidup asal kita dan buat apa sahaja cara yang kita rasa betul tanpa perlu peduli apa pandangan orang lain.

  • Realiti: Tak semua budaya atau tabiat kita sesuai diamalkan di negara orang. Contoh paling dekat, aktiviti menumpang kenderaan orang secara percuma atau hitchhiking. Pelancong dari negara barat seperti US atau UK selalu buat cara ini untuk jimat belanja tetapi cara ini sangat tidak sesuai dan berbahaya untuk dilakukan di Malaysia atas faktor keselamatan dan budaya tempatan. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kita wajib hormat undang-undang dan cara hidup destinasi yang kita lawat!

4. Wajib Beli Tali Pinggang Wang dan Dompet Anti-RFID

  • Tip Karut: Pelancong disarankan untuk membeli gajet keselamatan yang mahal untuk mengelakkan seluk saku elektronik. Ini disebabkan terpengaruh dengan maklumat yang diperoleh dari pelancong lain.

  • Realiti: Ini kebanyakannya adalah taktik pemasaran produk. Perlindungan sebenar datang daripada sikap berwaspada dengan keadaan sekeliling. Simpan dompet di poket depan, guna beg silang kecil di bahagian hadapan dada dan jangan tinggal telefon bimbit di atas meja makan begitu sahaja. Kecuaian sedikit akan membuatkan anda kerugian beribu ringgit.

5. Jangan Pergi ke Negara yang Disenaraikan Sebagai Bahaya

  • Tip Karut: Membatalkan hasrat ke sesebuah negara hanya kerana ia kelihatan menakutkan dalam berita atau kisah benar dari pengalaman pelancong lain.

  • Realiti: Paparan media sering kali membesar-besarkan situasi terburuk berbanding realiti harian jutaan penduduk di sana. Lakukan kajian tentang jenis penipuan, budaya, perkara yang perlu dielakkan dan apa yang popular di destinasi tersebut. Amalkan langkah keselamatan asas. Contoh, negara India. Banyak lagi daerah menarik di negara ini yang perlu anda jejaki. Elakkan pergi ke tempat-tempat ‘panas’ ya.

6. Tak Perlu Takaful Perjalanan Sebab Kad Kredit Dah Ada Perlindungan

  • Tip Karut: Kad kredit premium sudah dilindungi dengan takaful perjalanan terutama yang mempunyai had penggunaan yang tinggi.

  • Realiti: Kad kredit biasanya hanya melindungi kelewatan penerbangan atau pembatalan perjalanan tetapi tak semestinya dapat menampung kos perubatan kecemasan di luar negara. Anda tetap memerlukan takaful perubatan perjalanan berasingan terutama jika merancangan untuk melakukan aktiviti lasak seperti zipline, bungy jumping atau pun snow ride.

7. Berpakaian Kemas atau Bawa Coklat untuk Dapat ‘Upgrade’ Penerbangan Percuma

  • Tip Karut: Memakai baju kot atau membodek pramugari/pramugara dengan hadiah kecil untuk mendapatkan tempat duduk kelas perniagaan secara percuma.

  • Realiti: Sistem naik taraf sistem penerbangan zaman sekarang dikawal sepenuhnya oleh algoritma komputer, tahap status kesetiaan (loyalty status) dan mata ganjaran kad kredit anda. Tiada istilah suapan atau naik taraf percuma atas dasar ihsan.

adabadab melancongattitudecara jimat travelhitchhiking Malaysiakesilapan travelSolehah Traveltips melancong luar negaraTips TravelTips travel Malaysia

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Resort Pemandangan Laut Paling Cantik di Malaysia (2026)

Ada kalanya, cara terbaik untuk melepaskan segala bebanan kerja dan rutin harian adalah dengan mendengar deruan ombak, ...

Awas! Ini Risiko Renew Pasport 10 Tahun Jika Kerap Travel

Sejak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan pilihan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun, ramai rakyat ...

Isu Dadah Krew MAS: Perubahan Drastik di KLIA

Kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta Julai lalu sememangnya amat ...

Fenomena Pagpag Filipina: Dari Tong Sampah ke Pinggan Makan

Apabila membayangkan Filipina, minda kita sering menerawang ke pantai berpasir putih di Boracay, batu karang menakjubkan di ...

5 Restoran Halal Phu Quoc Wajib Cuba

Dalam setiap pemusafiran, antara perkara paling utama yang perlu diteliti oleh seorang Muslim adalah memastikan tempat ...

10 Bandar Paling Layak Dihuni Di Dunia 2026

Dalam dunia pengembaraan moden, keindahan sesebuah destinasi bukan lagi diukur pada monumen bersejarah semata-mata, ...