Sektor pengangkutan udara dan industri pelancongan di Jawa Barat menerima khabar gembira apabila kerajaan Indonesia mengesahkan bahawa Lapangan Terbang (Bandara) Husein Sastranegara di Kota Bandung tidak akan mula beroperasi semula secara rasmi pada 17 September 2026.
Langkah pengoperasian semula ini telah dipersiapkan oleh PT Angkasa Pura Indonesia (Persero) atau lebih dikenali sebagai InJourney Airports. Pengesahan tersebut disampaikan sendiri oleh Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan, Lukman F. Laisa. Malah, pihak kementerian bersama pihak BUMN berkaitan juga telah mengadakan tinjauan langsung ke lokasi bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar.

Fokus Operasi dan Penaiktarafan Infrastruktur
Bagi fasa permulaan ini, Menteri Perhubungan, Dudy Purwagandhi, menegaskan bahawa Bandara Husein Sastranegara akan mengekalkan aktivitinya dengan melayani penerbangan pesawat jenis propeller. Pengoperasian ini amat penting bagi memastikan nadi transportasi udara di wilayah Jawa Barat, khususnya route antara Pulau Jawa, terus berjalan rancak dan memberikan kemudahan mobiliti kepada penduduk tempatan serta pelancong.
Walaupun fokus utama adalah pada pesawat propeller, pihak kementerian menerusi Surat Direktorat Jenderal Perhubungan Udara Nombor AU.102/1/8/DRJU.DAU/2026 sebenarnya turut menetapkan kesediaan lapangan terbang ini untuk melayani penerbangan udara berjadual dalam dan luar negeri, merangkumi pesawat jet dan propeller pada masa hadapan.
Bagaimanapun, memandangkan lapangan terbang ini sudah agak lama tidak melayani penerbangan jet, beberapa fasa penambahbaikan infrastruktur perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Antara fokus utama kerja-kerja teknikal yang sedang digerakkan termasuklah pembaikan turapan landasan serta peningkatan sistem dalaman lapangan terbang. Selain itu, pihak pengurusan juga akan menaikkan gred kategori Pertolongan Kecelakaan Penerbangan dan Pemadam Kebakaran (PKP-PK) kepada Kategori 7 demi menjamin tahap keselamatan mengikut standard antarabangsa.

Impak Positif dan Peluang Industri Pelancongan
Bagi pasaran pelancongan serantau seperti Malaysia, pengumuman ini merupakan satu perkembangan yang sangat dialu-alukan. Sejak sebahagian besar penerbangan komersial dialihkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati (BIJB) dan Jakarta (CGK), ramai pelancong merungut tentang jarak dan masa perjalanan darat yang memakan masa hampir tiga jam untuk sampai ke kota Bandung.
Pengekalan operasi Bandara Husein Sastranegara yang terletak strategik di pinggir bandar raya Bandung ini pastinya membuka ruang alternatif yang lebih selesa. Pelancong kini mempunyai pilihan untuk merancang perjalanan destinasi berkembar. Sebagai contoh, mereka boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Jakarta atau Yogyakarta menaiki pesawat jet kemudian menyambung penerbangan domestik secara terus ke tengah-tengah kota Bandung menggunakan pesawat propeller.
Secara keseluruhannya, pembukaan semula operasi pada September 2026 ini bukan sahaja memudahkan urusan logistik dan perniagaan, malah dijangka bakal merancakkan semula ekonomi setempat menerusi pembukaan semula sektor pelancongan di ‘Kota Kembang’. Bagi peminat tegar percutian, membeli-belah dan kulinari di Bandungi ni pastinya berita yang amat dinanti-nantikan. Dah bersedia untuk rancang perjalanan anda tahun hadapan?
Tiada komen lagi.