1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Feri Kuala Perlis Ke Satun Beroperasi Semula 2026

Berita gembira buat pencinta kembara dan peminat makanan Thailand! Selepas sekian lama ditutup sejak era pandemik, laluan feri antarabangsa yang menghubungkan Jeti Kuala Perlis dan Jeti Tammalang di Satun, Thailand kini telah beroperasi semula secara rasmi bermula Khamis, 9 Julai 2026.

Pembukaan semula laluan ini bukan sahaja mengubati kerinduan pelancong, malah menawarkan alternatif perjalanan rentas sempadan yang jauh lebih pantas dan mendamaikan berbanding laluan darat yang sering kali sesak di Padang Besar atau Wang Kelian. Dengan masa perjalanan hanya sekitar 40 minit, pelancong kini boleh menikmati pemandangan laut yang indah sepanjang selat sebelum tiba di bumi Satun.

Info Tambang dan Operasi Terkini

Bagi memastikan perjalanan berjalan lancar, pihak berkuasa telah menetapkan kadar tambang mesra poket yang sangat berbaloi untuk para pengembara:

Kategori Penumpang Harga Tiket (Sehala)
Dewasa RM55 
Kanak-kanak RM40
Kanak-kanak (1–4 tahun) Percuma

Dari Satun ke Kuala Perlis (Balik): 550 Baht (Dewasa) / 400 Baht (Kanak-kanak)

Buat masa ini, perkhidmatan feri beroperasi sekali sehari dengan waktu pelepasan dari Jeti Kuala Perlis dijadualkan pada jam 4:00 petang. Kerajaan negeri Perlis juga sedang merancang pembinaan jeti terapung khas tidak lama lagi bagi memastikan kelancaran jadual perjalanan feri tanpa gangguan isu air surut. Jangan lupa untuk memastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan sebelum membeli tiket! Untuk kemudahan, anda dinasihatkan untuk menempah tiket awal melalui ejen pelancongan yang sah.

3 Cadangan Tempat ‘Best’ di Satun untuk Traveller Malaysia

1. Taman Bunga Matahari (Khao Thanan Thung Wa)

Terletak di wilayah Phatthalung, ladang bunga matahari ini sangat luas dengan latar belakang bukit batu kapur yang ikonik (Khao Thanan). Ia merupakan projek pelancongan khas wilayah Satun. Apabila tiba musimnya ekitar Januari hingga Februari, seluruh kawasan ini akan bertukar menjadi hamparan warna kuning terang yang sangat cantik. Di sini disediakan Love Bridge (jambatan kayu) dan replika kereta kuda berusia 100 tahun sebagai port bergambar, serta deretan kedai makan tempatan di sekitarnya.

2. Koh Li Pe

Pulau peranginan premium yang mendapat jolokan Maldives of Thailand. Walaupun terletak di wilayah Satun, pulau ini sangat terkenal di peringkat antarabangsa kerana keindahan air lautnya yang jernih seperti kristal dan pasir putih yang sangat halus. Ia mempunyai tiga pantai utama iaitu Sunrise Beach, Sunset Beach dan yang paling popular, Pattaya Beach. Koh Lipe adalah port terbaik di Satun untuk aktiviti snorkeling, skuba, melihat matahari terbenam dan bersantai di kafe-kafe tepi pantai.

 

3- Satun UNESCO Global Geopark & Tham Le Stegodon

Satun diiktiraf sebagai Global Geopark pertama di Thailand oleh UNESCO. Tarikan utamanya ialah Tham Le Stegodon, iaitu sebuah gua air masin terpanjang di Thailand. Pengembara boleh menaiki kayak menyusuri gua sepanjang 4 kilometer ini untuk melihat formasi stalaktit yang menakjubkan serta kawasan penemuan fosil gajah purba (Stegodon).

4. Pekan Satun

Majoriti penduduk di Satun adalah beragama Islam, jadi pengembara Malaysia tidak perlu risau tentang makanan halal. Singgah ke Pekan Satun untuk menikmati hidangan tempatan seperti Somtam, Tomyam asli dan Ayam Goreng Hat Yai dengan harga yang sangat murah. Sambil makan, anda boleh berjalan-jalan melihat lukisan mural street art yang menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Satun di dinding-dinding bangunan lama. Tidak lupa juga untuk menunaikan solat di Masjid Mambang, masjid ikonik di tengah pekan yang mempunyai seni bina unik dan menjadi tumpuan masyarakat Islam tempatan.

jeti kuala perlisJeti Tammalangkoh li pekuala perlismasjid mambangperlissatunTaman Bunga Matahari (Khao Thanan Thung Wa)thailanfTham Le StegodonUNESCOUNESCO Global Geopark

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Destinasi Sejuk Paling Popular di Asia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, melupakan sejenak cuaca panas dan melepaskan lelah di tempat dingin atau bersalji sentiasa ...

Syarat Masuk Thailand 2026: Jangan Sampai Kena Denda!

Merancang percutian ke luar negara memerlukan lebih daripada sekadar menempah tiket penerbangan dan penginapan. Memahami ...

5 Tempat Penginapan Best di Alahan Panjang (2026)

Alahan Panjang, Sumatera Barat tengah terkenal sekarang ini di dunia sosial media. Antara sebab utama, tiket penerbangan ke ...

FLYsiswa 2026: Syarat Kelayakan & Cara Untuk Tebus

Pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan inisiatif FLYsiswa bagi tahun 2026 telah mencetuskan 'gelombang' kegembiraan di ...

5 Tips Penting Elak Kena Scam Bila Travel ke Istanbul

Bagi peminat travel, destinasi mana yang sering bermain di fikiran apabila bajet menjadi kekangan tetapi impian mahu ke ...

Ngeri! Penumpang Pesawat Ryanair Hampir Tercampak Keluar

Sebuah penerbangan antarabangsa Eropah yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Ryanair, ...