1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Kejayaan tak datang secara kebetulan. Kerja suka-suka pun boleh jana pendapatan lumayan.

Duduk di rumah sambil uruskan hal rumah tangga bukanlah halangan untuk wanita mencapai kejayaan. Ia terbukti apabila Puan Azlina Mat Salleh dinobatkan sebagai Top 10 ejen pelancongan Solehah Travel. Jom kita ikuti kisah kejayaan beliau.

 

Cari pengalaman sendiri, lagi mudah nak menjual

Beliau mula melibatkan diri dalam dunia pelancongan pada tahun 2023, selepas mengikuti sendiri percutian ke Medan, Indonesia bersama Solehah Travel (ST).

Pengalaman yang menyeronokkan itu membuatkan beliau jatuh cinta dengan cara pengurusan, layanan mesra dan kecekapan pasukan ST. Dari situ, lahirlah keinginan untuk menyertai keluarga besar Solehah Travel sebagai ejen.

Pada awalnya, beliau juga pernah berdepan rasa ragu-ragu dan takut untuk memulakan langkah. Namun, dengan semangat ingin mencuba dan keinginan untuk bantu orang lain merasai keseronokan untuk melancong, beliau nekad teruskan juga.

Hasilnya? Beliau berjaya mencatat jualan mencecah RM29 ribu pada Julai 2025 — satu pencapaian yang luar biasa untuk seorang suri rumah.

Kini, beliau tidak lagi perlu mengusik duit simpanan apabila ingin bercuti. Semua percutiannya kini dibiayai sepenuhnya hasil komisen jualan pakej pelancongan.

Menurutnya, kejayaan ini tidak datang secara kebetulan. Beliau percaya strategi paling berkesan ialah merasai sendiri pengalaman melancong bersama Solehah Travel.

Setiap memori itu amat bermakna kerana beliau dapat bercerita dengan lebih jujur dan meyakinkan pelanggan.

“Saya suka tunjuk gambar dan kongsi cerita sebenar masa ikut trip ST. Orang lebih percaya bila nampak kita sendiri yang alami keseronokan itu”, katanya.

Tambahnya lagi, bekerja bersama pasukan ST adalah satu pengalaman yang sangat menyenangkan.

“Saya rasa seronok sangat sebab walaupun saya kerja dari rumah, pihak syarikat banyak membantu memudahkan urusan jualan. Mereka bagi maklumat trip yang lengkap, cepat jawab soalan dan sangat sabar bila saya perlukan bantuan. Support team memang terbaik!” ujarnya dengan senyuman.

 

Kena ada jiwa dalam dunia pelancongan

Pesanan ikhlas daripada Puan Azlina kepada mereka yang ingin mencuba:

“Kita mesti minat dalam dunia pelancongan. Kalau belum mampu jual trip jauh, mulakan dengan jual trip dekat-dekat dulu. Dan yang paling penting, ikutlah trip bersama ST — bila dah rasa sendiri pengalaman tu, baru senang nak jual.”

Anda tunggu apa lagi? Jika wanita berumur 52 tahun ni boleh mencapai kejayaan, mungkin anda insan yang seterusnya. Mana tahu, rezeki anda sebenarnya ada di sini.

Solehah Travelejen sahejen sah STejen sah Solehah Travelejen agensi pelancongan

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Krisis Timur Tengah: UAE ‘Menyelamatkan’ Ribuan Pelancong

Di tengah-tengah pergolakan geopolitik yang sedang melanda rantau Timur Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi ...

Tips Travel: Fungsi MyBorderPass di KLIA

Secara ringkasnya, penggunaan MyBorderPass di KLIA (Terminal 1 dan 2) adalah sangat digalakkan tetapi buat masa ini ia ...

5 Persediaan Wajib Sebelum Terbang ke Kashmir

Siapa yang tidak terpukau melihat keindahan lembah hijau, puncak gunung bersalji dan ketenangan Tasik Dal di Kashmir? ...

Tradisi Aidilfitri Paling Unik dari Seluruh Dunia

Tahukah anda lebih dua billion umat Islam di seluruh dunia bersatu dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap ...

Panduan Insurans Masuk Thailand: Beza CI, VI & Extension 101

Rancangan untuk bercuti ke Thailand dengan kenderaan sendiri memang menyeronokkan. Bayangkan memandu santai ke Hat Yai atau ...

5 destinasi wajib jejak di Asia

Memandangkan situasi geopolitik di Timur Tengah yang sangat tidak menentu ketika ini terutamanya dengan penutupan ruang ...