1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Bagasi rosak di airport – Panduan step by step untuk claim

Berhadapan dengan situasi beg bagasi yang rosak sebaik sahaja touchdown memang boleh buat mood swing. Baru nak rasa welcome to holiday mode, sekali nampak zip koyak, roda patah atau casing kemek macam kena hempas dari tingkat lima.

Jangan risau. Percaya tak sebenarnya ramai traveler pernah lalui masalah ini. Disebabkan itu terdapat kaunter khas untuk pengguna melaporkan tentang isu ini di semua lapangan terbang.

Ada cara yang betul untuk atasi situasi ini supaya anda tak rugi. Nak tahu tak bagaimana cara nak claim?

  • Check dahulu keadaan bagasi

Sebaik sahaja ambil beg, check dahulu keadaan beg anda. Ada kerosakan atau pun tidak.  Jangan terus keluar dari kawasan baggage claim. Ramai yang terlepas langkah ini sebab nak cepat keluar airport, especially kalau family dah tunggu di arrival hall. Sebaik sahaja anda melangkah keluar, nak report memang jadi lebih susah. Jadinya, tenang-tenang dahulu. Check betul-betul kerosakan sama ada roda, zip, handle, casing atau pun pecah.

  • Buat laporan segera

Laporkan secepat mungkin sebarang kerosakan di Pejabat Perkhidmatan Bagasi di kawasan tuntutan bagasi di lapangan terbang. Pergi ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan airlines yang terlibat. Sebaik sahaja selesai membuat laporan, anda akan menerima Laporan Kesilapan Harta (PIR). Dokumen ini paling penting sebab kalau tak ada PIR, airlines boleh reject claim.

  • Ambil gambar bagasi

Kadang-kadang bila dah kelam kabut sampai ke lapangan terbang, memang terlupa nak ambil gambar bagasi. Perkara yang nampak remeh ini sebenarnya penting bila bagasi anda mengalami kerosakan. Ambil gambar beg dari semua angle, sebelum check-in dan semasa tiba di lapangan terbang. Jangan lupa ambil gambar tag bar code, tag nama, dan boarding pass. Semua ni bukti yang memudahkan proses.

  • Mengadu di media sosial

Ini antara perkara utama perlu dielakkan. Sekiranya beg anda rosak, jangan sesekali memuat naik status ‘kemarahan’ di media sosial. Siap tag nama airlines yang berkenaan dengan harapan masalah dapat diselesaikan segera. Silap hari bulan, ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Kes beg rosak ini bukan sesuatu yang baharu. Dalam keadaan marah sekali pun, anda perlu tenang dan segera ikut step yang telah disebutkan di atas.

  • Follow up

Bergantung kepada airlines. Ada penumpang yang terus dapat beg baharu dan ada juga yang perlu tunggu beberapa hari untuk dapat claim yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Ada juga airlines yang bagi voucher. Kena ikut polisi masing-masing tapi yang penting anda perlu claim dahulu. Jika tidak mendapat jawapan dalam tempoh seminggu, anda boleh follow up dengan menghantar emel untuk mengetahui status laporan.

INFO TAMBAHAN:

Kalau anda sejenis yang suka beli luggage bag yang mahal maka disarankan untuk ambil takaful travel. Jika terbukti salah mereka, maka anda layak mendapat 2 claim. Memang berbaloi!

air asiaairlinesairportbeg rosakclaimluggage bagluggage rosakMASTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …