1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Sistem VAMS KLIA berkuat kuasa: Ini cara elak kena denda

Jangan terkejut ya kalau tiba-tiba anda perlu bayar RM100 selepas menghantar rakan atau keluarga di Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Mulai Disember 2025, KLIA telah melaksanakan penguatkuasaan penuh Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS).

Sistem yang menggunakan license plate recognition untuk kawal kenderaan masuk dan keluar ini diguna pakai di kawasan pick-up dan drop-off di Terminal 1 dan 2.

Semua kenderaan yang memasuki kawasan ini melebihi 10 minit maka denda akan dikenakan. Bermula RM10 sehingga maksimum RM100, bergantung kepada tempoh terlebih.

Pelaksanaan sistem baharu ini sudah pasti menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang awam. Namun, apa yang dilakukan ini adalah untuk kepentingan dan keselesaan semua khususnya pengunjung di KLIA.

Mengikut pengalaman team Solehah Travel yang selalu ulang alik ke KLIA memang akan ada individu yang meletak kenderaan terlalu lama untuk menguruskan hal peribadi masing-masing.

Isu ini telah lama berlaku dan jika berlarutan, ramai yang akan terkesan dengan kesesakan yang berlaku di KLIA terutama apabila tiba musim cuti sekolah atau perayaan.

Jangan marah-marah. Setiap masalah pasti ada penyelesaian Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika anda perlukan masa lebih dari 10 minit?

Foto Kredit: Motorist Malaysia

  1. Pastikan penumpang bersedia dulu sebelum masuk kerbside

Jangan terus masuk drop-off/pick-up lane kalau orang yang nak diambil tu belum keluar.
Sebaiknya tunggu di kawasan lain terlebih dahulu. Bila dah confirm “Saya keluar dah!”, baru anda masuk ke kawasan berkenaan.

  1. Patah balik kalau tak bersedia

Anda masuk awal dan tunggu sebentar lebih kurang 5 minit tapi orang yang anda mahu ambil tu belum muncul lagi. Maka, lebih baik anda keluar dahulu dan tunggu di tempat lain. Mungkin mereka dah sampai tapi mengambil masa untuk tunggu bagasi atau imigresen.

  1. Sediakan semua siap-siap

Anda dah tahu tentang pelaksanaan sistem ini maka bersedia dari rumah. Pastikan semua barang penting sudah dimasukkan ke dalam beg galas. Semak beberapa kali supaya tidak tertinggal. Peluk dan cium pasangan atau anak-anak terlebih dahulu di rumah. Jadinya, bila dah sampai KLIA, boleh segera keluarkan beg dan lambai tangan sahaja.

  1. Letak kenderaan sementara

Jika anda memerlukan lebih masa untuk menunggu orang tersayang atau pun perlu turunkan ibu bapa yang menggunakan kerusi roda maka anda disarankan untuk meletak kenderaan di tempat Letak Kereta Jangka Pendek (STCP) yang terletak di blok A,B dan C bangunan utama terminal.

  1. Urus masa ambil ikut jenis penerbangan
  • Domestik: Ambil masa 10 ke 15 minit jika tunggu bagasi. Jika hanya menggunakan beg galas hand carry sahaja, sebaik mendarat dah boleh segera ke pintu utama.
  • Antarabangsa: Ambil masa di imigresen dan juga pengambilan beg → biasanya 30–45 minit. Sebaiknya, anda jangan masuk kawasan VAMS terlalu awal.

Kesimpulannya, ikut masa 10 minit yang telah ditetapkan jika tidak mahu membayar lebih. Jangan marah kerana tidak puas hati dengan arahan terbaharu kerana ini semua dilakukan demi kebaikan semua pengguna.

Sistem Pengurusan Akses KenderaanVAMSVehicle Access Management SystemKLIAairportairport parking10 minutes

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

6 sebab baucer percutian adalah hadiah ulang tahun terbaik

Setiap kali ulangtahun perkahwinan mesti setiap orang buntu tak tahu nak bagi hadiah apa untuk pasangan ...

6 pulau tercantik di Malaysia untuk lari dari cuaca panas!

Laporan terkini mengatakan terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga dengan suhu maksimum ...

6 destinasi paling sejuk di Indonesia

Cuasa panas sekarang ini menyebabkan ramai orang nak mencari udara sejuk tapi rasa dah bosan pula pergi Genting Highlands ...

Soekarno-Hatta kini 22 terbaik dunia

Sekadar menggantikan lapangan terbang lama yang sesak pada 1985, kepada sebuah hab yang kini diiktiraf di peringkat dunia, ...

6 Hotel Dengan Mini Waterpark Bawah RM300 Di Malaysia!

Macam-macam masalah yang timbul sekarang ini yang melibatkan penerbangan ke luar negara. Bagi anda yang tak mahu pening ...

Isu catuan minyak di Thailand. Apa yang pelancong kena tahu?

Krisis geopolitik di Timur Tengah sekarang ini makin meruncing apabila ada negara yang terpaksa mengambil inisiatif untuk ...