1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Itenari ringkas Singapore day trip bersama Solehah Travel

Tiba-tiba sahaja Singapura menjadi viral semenjak 2-3 minggu ini selepas video pempengaruh media sosial, Sofyank glamor ke pelusuk Malaysia. Video dengan kerjasama Tourism Singapore itu benar-benar membuatkan ramai orang menyimpan keinginan untuk ke Kota Singa itu.

Berada dekat dengan Malaysia menjadikan negara ini antara destinasi wajib yang dikunjungi oleh warga tempatan.

Boleh menaiki kenderaan sendiri, menaiki bas mahu pun kapal terbang. Untuk anda yang pertama kali mahu ke luar negara maka disarankan untuk jejak kaki ke Singapura. Apa yang menarik?

  • Merlion Park

Ini merupakan tempat wajib anda melawat jika ke sini. Merlion Statue berwajah singa yang mengeluarkan air pancut ini antara tempat bergambar kenangan untuk para pelancong. Badan Merlion yang menyerupai ikan melambangkan asal-usul Singapura sebagai sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Temasek.

  • Arab Street & Masjid Sultan

Seni bina bangunan ala kolonial yang terletak di kejiranan Kampung Gelam, kaya dengan warisan budaya, kedai tekstil, kafe dan Masjid Sultan yang ikonik. Masjid yang berusia 200 tahun ini telah diisytiharkan sebagai Monumen Negara pada tahun 1975.

  • Marina Bay Sands

Selain daripada Merlion Statue, pelancong pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar latar belakang bangunan pencakar langit yang merupakan sebuah resort bersepadu yang menghadap Marina Bay di Singapura. Bukan sahaja menjadi ikon utama bandar ini malah semasa pembukaannya pada tahun 2010, ia pernah dianggap sebagai kompleks kasino paling mahal di dunia.

  • Garden By The Bay

Kawasan seluas 1.28 hektar dan menempatkan pelbagai tumbuhan dari lima benua ini antara tarikan utama untuk pengunjung. Anda boleh melihat pelbagai jenis bunga dari seluruh negara. Tidak mustahil tempat ini telah mencipta Guinness World Record sebagai Rumah Hijau Kaca Terbesar di dunia pada tahun 2015.

  • Changi Airport

Majoriti pelancong yang hadir ke lapangan terbang utama Singapura ini mahu melihat keajaiban ciptaan manusia iaitu Forest Valley. Ia merupakan taman indoor bertingkat paling besar di Singapura. Ada ribuan pokok hijau, laluan pejalan kaki yang cantik, plus view Rain Vortex yang lain daripada yang lain.

 

Jadi, nak tunggu apa lagi? Dengan harga mampu milik dan banyak spot menarik yang wajib singgah, rugi kalau lepaskan peluang ini. Boleh je jalan-jalan sehari jika bajet ketat tapi mahu jejak kaki juga ke sini. Ada rezeki lebih, boleh datang lagi. Jangan cakap Solehah Travel tak payung. Jom kita naik bas sama-sama ke Singapura!

merlion parkmarina bay sandschangi airportSingaporeSingapuraday tripRM165Singapore day tripmerlion statue

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...