1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

6 negara paling selamat & mudah dilawati 2026

Dunia hari ini mungkin terasa sedikit membimbangkan dengan pelbagai berita konflik antarabangsa, namun itu bukan alasan untuk kita membatalkan impian menjelajah dunia.

Jika anda sedang merancang percutian tetapi mementingkan faktor keselamatan dan kemudahan akses tanpa perlu melintasi ruang udara Timur Tengah yang sedang ‘bergelora’, enam destinasi ini adalah pilihan paling bijak untuk diterokai sekarang.

Destinasi kelas dunia: Selamat dan terjamin

Apabila bercakap tentang keselamatan, selain daripada Malaysia, Singapura, New Zealand dan Jepun berada dalam kelas yang tersendiri. Berdasarkan Global Peace Index dan World Risk Report 2024, ketiga-tiga negara ini konsisten berada dalam kelompok 20 teratas dunia.

Singapura adalah definisi selamat yang paling dekat dengan kita. Anda boleh berjalan kaki di Marina Bay pada jam 2 pagi tanpa rasa was-was. Apa yang menarik di sini adalah gabungan teknologi dan alam semulajadi di Jewel Changi dan Gardens by the Bay. Ia destinasi yang sangat efisien untuk percutian singkat hujung minggu.

Melangkah jauh sedikit ke selatan, New Zealand menawarkan ketenangan luar biasa. Dengan landskap pergunungan di Queenstown dan keajaiban budaya Maori di Rotoru. Negara ini bukan sahaja selamat dari segi kadar jenayah, malah udaranya antara yang paling bersih di dunia. Sesuai untuk mereka yang ingin healing dan memandu sendiri melihat keindahan alam yang sungguh memukau.

Jepun pula adalah negara di mana disiplin dan keselamatan menjadi budaya. Di Tokyo atau Osaka, adalah perkara biasa melihat kanak-kanak kecil menaiki kereta api sendirian ke sekolah. Selain kebersihan, Jepun memukau pengunjung dengan gabungan kuil purba di Kyoto dan kemeriahan lampu neon di Shibuya. Jangan lepaskan peluang merasai keenakan ramen asli dan sushi segar di pasar ikan mereka.

Permata Asia: Akses mudah dan dekat

Bagi anda yang mahukan perjalanan yang lebih santai tanpa kerenah birokrasi yang rumit, Brunei, Indonesia dan China adalah jawapannya. Negara-negara ini sangat mesra pelancong dan mempunyai hubungan penerbangan yang sangat baik dari Malaysia.

Brunei Darussalam menawarkan percutian yang penuh ketenangan mengutamakan budaya Melayu, ajaran Islam dan pemerintahan beraja. Anda boleh melawat Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang berkubah emas atau menelusuri Kampong Ayer, perkampungan air terbesar di dunia. Ia destinasi terbaik untuk percutian keluarga yang mementingkan kerohanian dan rehat.

Indonesia tidak pernah mengecewakan dengan kepelbagaian budayanya. Selain Bali, destinasi seperti Yogyakarta dengan Candi Borobudur, keindahan kawah Ijen di Jawa Timur, cuaca sejuk di Alahan Panjang dan juga air laut yang cantik di Sabang semakin mendapat tempat. Kerana kedudukannya yang sangat dekat, akses ke sini sangat murah dan pantas, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mempunyai bajet sederhana tetapi mahukan pengalaman luar biasa.

Akhir sekali, China kini semakin terbuka dan memudahkan urusan kemasukan pelancong. Dengan polisi tanpa visa untuk tempoh tertentu bagi rakyat Malaysia, melawat Tembok Besar di Beijing atau melihat kemodenan Shanghai kini semudah menempah tiket bas. China menawarkan segalanya daripada sejarah ribuan tahun hingga ke keajaiban alam di Zhangjiajie yang menjadi inspirasi filem Avatar.

Kesimpulan

Memilih destinasi yang betul, bermakna anda bukan sahaja membawa pulang gambar yang cantik, malah ketenangan minda. Dengan memilih negara yang diiktiraf paling selamat atau yang paling mudah diakses tanpa melalui zon konflik, perjalanan anda akan menjadi lebih bermakna. Jadi, kemaskan beg anda, pilih salah satu daripada enam permata ini dan mulakan pengembaraan anda hari ini!

 

asiabruneichinaIndonesiajepunnew zealandpermata asiaSingapura

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Direct Flight Antarabangsa Dari Penang, Senai & Kota Bharu

Tahukah anda bahawa anda tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh atau bersesak di KLIA semata-mata untuk terbang ke luar ...

Panduan Elak Scam Pakej Percutian

Perancangan sebuah percutian impian sama ada bersama keluarga tercinta, rakan-rakan mahupun secara bersendirian sewajarnya ...

Nak ke Zhangjiajie? Ini Perkara Wajib Tahu!

Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi ...

Peraturan Baharu Mendaki di Malaysia 2026

Malaysia sememangnya syurga bagi pencinta alam semula jadi. Daripada kemegahan puncak Gunung Kinabalu di Sabah yang tinggi ...

Diskaun Taman Tema & Pakej Merdeka 2026 | Beli 1 Percuma 1

Cuti panjang Hari Kebangsaan sudah tiba! Inilah masanya untuk cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang sambil ...

Tragedi Nepal-Tibet: Kepentingan e-Konsular Buat Pengembara

Bencana alam secara mengejut sekali lagi mengingatkan kita betapa tidak menentunya keadaan apabila berada di luar negara. ...