1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Kalau korang tak rasa ‘healing’ di Fish Spa Bombon maknanya ada sesuatu yang tak kena!

Kalau korang tengah cari port healing yang luar biasa di Sabah, apa kata singgah ke Fish Spa Bombon Kampung Marakau, Ranau. Ini tempat istimewa yang boleh buat korang senyum dan hilang tekanan kerja sambil kaki dibelai oleh ikan sungai yang jinak-jinak belaka. Macam kelakar tapi serius, pengalaman dia memang lain macam!

Fish Spa Bombon ni sebenarnya tak jauh pun dari Pekan Ranau dalam 2.5 kilometer je. Kalau dari Kota Kinabalu, perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam setengah tapi percayalah, bila sampai sana, terus rasa berbaloi.

Tempat ni mula dibuka pada tahun 2014 dan uniknya, nama “Bombon” tu berasal daripada konsep Tagal iaitu kawasan larangan memancing. Maksudnya, sungai ni memang dijaga elok oleh penduduk kampung supaya ikan-ikan dalam tu membiak dengan aman.

Sebab tu lah bila datang sini, ikan-ikan tu jinak, tak takut manusia pun. Kau hulur je tangan bagi makan, terus datang mengerumuni seolah-olah faham.

Ikan-ikan di Sungai Mansahaban, memang jernih airnya. Bila pandang ke dasar, nampak jelas pelbagai jenis ikan, termasuk ikan koi berwarna-warni, ikan kelah, lampam jawa, tilapia, sampai belut pun ada! Airnya sejuk, bunyi deruan sungai pun menenangkan. Perfect untuk sesi healing hujung minggu (kalau anda tinggal berdekatan).

Tapi ingat ya, peraturan di sini ketat sikit. Tak dibenarkan mandi, kejar atau tangkap ikan. Cuma boleh celup kaki atau tangan dan rasai sendiri terapi semula jadi yang menenangkan tu. Tiket masuk pun murah je, RM5 sahaja untuk dewasa.

Selain bermain dengan ikan, kawasan sekitar Bombon ni pun menarik. Ada taman rusa yang mana pengunjung boleh bagi makan dan bergambar. Kalau korang sejenis suka aktiviti lasak, boleh terus ke Bukit Dompurungan yang terletak tak jauh dari kampung ni.

Bukit ni setinggi 901 meter dan kalau naik sampai atas, boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang megah di kejauhan. Kadang-kadang kalau bernasib baik, boleh juga ‘terserempak’ dengan bunga Rafflesia yang sedang mekar. Memang momen paling mahal tu!

Apa yang buat tempat ni lebih menarik ialah semangat komuniti kampung. Penduduk Marakau sendiri yang urus, jaga dan kembangkan tempat ni sampai jadi tarikan pelancong sekarang. Mereka bukan sekadar jaga ikan, tapi jaga sungai dan juga alam sekitar.

Fish Spa Bombon ni dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Jadi kalau korang tengah plan trip ke Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau, jangan lupa masukkan dalam itinerary. Datanglah sendiri dan rasai terapi semula jadi yang tak akan korang lupakan.

Bukit DompurunganFish SpaFish Spa BombonFish Spa Bombon Kampung MarakauGunung KinabaluRafflesiaRanauSabahtaman rusa

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Amaran Cuaca Thailand: Elak Melancong Oktober 2026

Para pelancong dan pengembara disarankan untuk tangguh atau memikirkan semula rancangan percutian ke Thailand dalam masa …

Bas EV Hatyai Dijangka Mula Operasi 20 Oktober 2026!

Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat …

RTS Link Johor-Singapura Mula Operasi Februari 2027

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Perkembangan terkini mengenai projek RTS Link (Johor Bahru–Singapura) mengesahkan …

5 Life-Changing Travel Hacks Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda rasa macam dah pack barang cukup kemas dan beg berat sampai 20kg! Ada juga yang berulang kali keluar dan …

Tak Semua Aktiviti Ekstrem Dilindungi Takaful

Secara amnya, polisi takaful perjalanan asas hanya merangkumi aktiviti rekreasi biasa atau sukan ringan. Sebarang aktiviti …

Fenomena Embun Beku di Dieng Indonesia

Dataran Tinggi Dieng yang terletak di antara wilayah Banjarnegara dan Wonosobo di Jawa Tengah, Indonesia, merupakan salah …