1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Salah faham peranan agensi pelancongan

Dalam dunia travel hari ini, masih ramai salah faham peranan sebenar agensi pelancongan. Ada yang ingat mereka ini owner kepada syarikat airline, hotel, bas, van dan segala jenis fasiliti yang ada di destinasi yang dipilih.

Hakikatnya, agensi pelancongan hanyalah pemudah cara. Orang tengah yang guna kepakaran, pengalaman dan rangkaian untuk susunkan perjalanan pelanggan supaya jadi lebih mudah, jimat masa dan kurang tekanan.

 

Seperti mana yang dikongsikan dalam posting thread baru-baru ini, semua yang dinyatakan di atas adalah hak milik pihak ketiga. Agensi pelancongan sehabis upaya untuk negotiate, deal pakej, susun itinerari, cari harga terbaik dan uruskan tempahan supaya customer tak perlu pening kepala. That’s the value.

Amat menyedihkan apabila berlaku perkara di luar kawalan seperti penerbangan batal akibat cuaca, tempat pelancongan ditutup, hotel blackout atau isu teknikal, agensi pelancongn sering menjadi sasaran kemarahan.

Semua orang tahu hal ini berlaku di luar jangkaan. Manusia tak boleh nak tentukan cuaca. Sistem airline juga bukan travel agency yang uruskan begitu juga masalah hotel tiba-tiba blackout.

Namun, apabila masalah semua ini berlaku, ketahuilah bahawa semua kakitangan syarikat agensi pelancongan akan terlibat untuk membantu sebaik mungkin. Tiada yang terkecuali.

Cari penerbangan alternatif (jika terdesak), tukar hotel, susun semula itinerari, berunding dengan ground handler dan terangkan situasi dengan jujur kepada customer.

Semua ini mengambil masa, tenaga dan emosi. Kadang-kadang kena marah, maki, sedangkan pihak pengurusan tengah berjuang cari solution terbaik.

Ada juga isu yang nampak kecil tapi selalu jadi besar. Contohnya seat tepi tingkap. Mereka yang biasa travel memag tahu kalau nak window seat memang ada bayaran dikenakan.

Jika tak mahu bayar lebih maka anda perlu bersedia duduk di mana-mana tempat yang telah ditentukan.

Hakikatnya, seat allocation adalah hak syarikat penerbangan. Kalau nak special request, ada caj. Begitu juga dengan bagasi tambahan dan juga makanan dalam penerbangan.

Industri pelancongan ini bukan sekadar jual pakej. Ia tentang expectation management. Bila customer faham peranan travel agency, komunikasi akan menjadi lebih sihat.

Percayalah, untuk berjaya dalam persaingan yang sihat, majoriti syarikat agensi pelancongan sedaya upaya merealisasikan impian percutian setiap customer dan perlu menghadapi risiko  dengan dunia sebenar yang penuh ketidaktentuan.

Sama ada anda bercuti sendiri (DIY) mahu pun menggunakan khidmat travel agency, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Travel is supposed to be enjoyable. Bila kedua-dua pihak saling memahami dan menghormati maka perjalanan akan menjadi lancar.

agensi pelanconganperanan travel agencytraveltravel agency

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …