1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Melancong musim hujan: Tips penting untuk elak ‘trip’ terkandas

Ramai yang tahu bila tiba hujung tahun je memang musim hujan apatah lagi di Semenanjung Malaysia ni. Pantai Timur antara negeri yang tidak terkecuali dilanda banjir.

Tapi ada juga masanya cuaca tak menentu. Kejap panas lepas tu tiba-tiba hujan. Lebih tertekan, bila waktu cuaca buruk tu, anda sekeluarga sedang bercuti.

Sebab tu, bila travel masa musim hujan atau monsun, banyak benda perlu diambil kira sebelum bergerak ke lokasi yang dirancang.

Dokumen & Komunikasi

  • Bila hujan lebat dan banjir, pergerakan mungkin terganggu (jalan sesak, transport tak boleh bergerak). Jadi, sangat penting simpan dokumen penting (pasport, kad pengenalan, resit hotel) supaya kalau perlu pindah ke tempat selamat, semua akses mudah.
  • Untuk pelancong Malaysia: simpan nombor kecemasan Kedutaan / konsulat Malaysia di negara tersebut. Hubungi mereka segera. Ada juga yang pernah berikan tips untuk emel maklumat lengkap kepada kedutaan apabila mahu melancong ke negara lain.
  • Kemungkinan blackout. Bawa power bank kerana memang sangat penting, terutama bila stranded di hotel. Pastika ianya dicas penuh setiap hari kerana malang tidak berbau.

Kesiapsiagaan Teknologi

  • Offline map: sangat berguna kalau data selular slow / lost. Semasa banjir, signal mungkin tak stabil.
  • Pastikan telefon boleh reach unit kecemasan, ada nombor telefon hospital, balai bomba atau pun penyelamat setempat.
  • Bila berada di negara orang ni pastikan bateri telefon bimbit sentiasa penuh. Kena cas setiap hari.
  • Alert dengan update terbaharu di sosial media. Ramai yang akan berkongsi berita dan cerita di sosial media masing-masing tentang situasi terkini.

Kesihatan & Keselamatan

  • Ubat peribadi: kalau stranded, tak tahu bila boleh keluar, jadi ada ubat lebih memang banyak membantu. Seperti mana yang berlaku di Hat Yai baru-baru ini, ada seorang pengguna sosial media memberitahu bahawa ubat mak ciknya sudah habis kerana tersekat dalam banjir di hotel.
  • Pakaian: jaket kalis air dan kasut yang boleh kering cepat sangat diperlukan kalau terpaksa berjalan melalui kawasan basah. Ini benda utama untuk anda bawa kerana dah tahu akan bercuti pada musim hujan.
  • Bekalan makanan ringan: semasa banjir, kedai mungkin tutup atau pun susah untuk akses keluar dari hotel. Makanan ringan seperti biskut tahan lama, air botol antara yang paling penting untuk bertahan sementara menunggu bantuan.

Perancangan Tambahan (Itinerary, Evakuasi)

  • Itinerary semasa travel: perlu ada plan B. Contohnya senarai tempat evakuasi hotel atau tempat tinggi untuk lari dari banjir.
  • Alat serbaguna: lampu suluh, tali, plastik antara benda penting yang boleh digunakan dan bermanfaat untuk membantu diri sendiri mahu pun orang lain semasa banjir.

INFO TAMBAHAN: Solehah Travel pun ada open trip ke Hat Yai bulan November ni tapi postponed ke tarikh lain demi keselamatan Soleharians. Semoga banjir di Hat Yai, Pantai Timur dan tempat-tempat lain cepat surut dan dipermudahkan segala urusan mangsa yang terlibat.

pantai timurbanjir hat yaiTips Travelbencana alamdanokSolehah TravelkelantanIndonesiaperlistraveltips elak banjir masa travelHat YaiBukit Kayu Hitambanjirflood

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Krisis Timur Tengah: UAE ‘Menyelamatkan’ Ribuan Pelancong

Di tengah-tengah pergolakan geopolitik yang sedang melanda rantau Timur Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi ...

Tips Travel: Fungsi MyBorderPass di KLIA

Secara ringkasnya, penggunaan MyBorderPass di KLIA (Terminal 1 dan 2) adalah sangat digalakkan tetapi buat masa ini ia ...

5 Persediaan Wajib Sebelum Terbang ke Kashmir

Siapa yang tidak terpukau melihat keindahan lembah hijau, puncak gunung bersalji dan ketenangan Tasik Dal di Kashmir? ...

Tradisi Aidilfitri Paling Unik dari Seluruh Dunia

Tahukah anda lebih dua billion umat Islam di seluruh dunia bersatu dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap ...

Panduan Insurans Masuk Thailand: Beza CI, VI & Extension 101

Rancangan untuk bercuti ke Thailand dengan kenderaan sendiri memang menyeronokkan. Bayangkan memandu santai ke Hat Yai atau ...

5 destinasi wajib jejak di Asia

Memandangkan situasi geopolitik di Timur Tengah yang sangat tidak menentu ketika ini terutamanya dengan penutupan ruang ...