1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

6 barang larangan dalam bagasi kabin

Pernah tak anda nampak situasi di lapangan terbang yang mana seorang penumpang terpaksa memunggah beg di depan orang ramai atau lebih parah, barang kesayangan terpaksa dibuang ke dalam tong sampah.

Nak melancong ni, persiapan bukan setakat tempah hotel dan packing baju cantik sahaja. Kita kena tahu apa yang boleh dan apa yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bagasi kabin. Walaupun nampak remeh, kesilapan kecil boleh menyebabkan anda terlepas penerbangan atau berdepan denda yang tinggi.

Mari kita semak 5 kategori utama barang yang dilarang dalam kabin pesawat.

  1. Objek tajam

Secara amnya, sebarang objek yang boleh digunakan untuk mencederakan orang lain dilarang sama sekali. Ini termasuklah pisau lipat, gunting besar dan alat pertahanan diri. Walau bagaimanapun, gunting kecil (bilah bawah 6cm) atau pemotong kuku biasanya dibenarkan, tetapi ia bergantung kepada budi bicara pegawai keselamatan. Jika ragu-ragu, letakkan sahaja dalam bagasi daftar masuk (check-in).

  1. Cecair, aerosol dan gel

Ini adalah kesilapan paling popular. Anda tidak boleh membawa botol minuman 1.5 liter atau losyen bersaiz besar ke dalam kabin. Peraturannya mudah:

  • Setiap bekas cecair tidak boleh melebihi 100ml.
  • Semua bekas mesti dimuatkan ke dalam satu beg plastik lutsinar bersaiz 1 liter.
  • Jika botol anda bersaiz 200ml tetapi isinya tinggal sedikit, ia tetap akan dirampas kerana pihak keselamatan melihat pada kapasiti botol bukan jumlah isinya.

Namun, anda dibenarkan untuk membawa botol air kosong ketika pemeriksaan imigresen dan boleh buat pengisian semula semasa di balai pelepasan.

  1. Pistol permainan dan barangan replika

Ini perkara yang ramai terlepas pandang, terutamanya bagi yang travel bersama anak-anak. Pistol permainan, pedang plastik yang nampak realistik atau apa jua objek yang menyerupai senjata adalah dilarang keras di dalam kabin.

Kenapa? Kerana dalam situasi panik atau pencahayaan malap, replika ini boleh dianggap sebagai senjata sebenar dan mencetuskan huru-hara. Jika anak anda menangis mahu membawa pistol permainan kegemarannya, pastikan ia disimpan rapi di dalam bagasi check-in. Jangan sesekali letak dalam beg sandang kabin!

  1. Alatan pertukangan dan sukan

Anda mungkin seorang mekanik atau atlet tetapi tukul, pemutar skru, kayu hoki dan pemukul besbol dianggap sebagai senjata berpotensi. Walaupun anda rasa ia alat kerja, pihak penerbangan melihatnya sebagai ancaman keselamatan. Jadi, pastikan peralatan ini masuk ke ruang kargo pesawat.

  1. Bahan mudah terbakar & kimia

Bahan seperti peluntur, cat semburan (spray paint) dan gas pemetik api (refill) adalah dilarang sama sekali, baik dalam kabin mahupun check-in. Untuk pemetik api (lighter), anda biasanya dibenarkan membawa satu unit sahaja dan ia mestilah disimpan di dalam poket pakaian, bukan di dalam beg kabin.

  1. Tumbuhan dan bunga hidup

Pihak airlines tidak menerima mana-mana tumbuhan, produk tumbuhan sama ada tumbuhan dalam pasu tanah, tumbuhan berakar, biji benih dengan atau tanpa Sijil Fitosanitasi daripada Kementerian Pertanian atau mana-mana badan kerajaan untuk dibawa sebagai bagasi daftar masuk atau bagasi kabin. Jika anda ingin membawa tumbuhan, sila gunakan penghantaran melalui kargo.

 

Tips tambahan: Powerbank wajib bawa naik kabin

Satu fakta penting, jika barang di atas dilarang dalam kabin, powerbank pula wajib dibawa masuk ke kabin. Jangan sesekali letak powerbank dalam bagasi check-in kerana risiko bateri litium terbakar di ruang kargo.

Kesimpulannya, jadilah pengembara yang bijak. Luangkan masa 5 minit untuk menyemak semula beg anda sebelum ke lapangan terbang. Kita nak melancong untuk cari ketenangan, bukan nak cari gaduh dengan abang kastam, betul tak?

Selamat bercuti dan fly safe!

airportbarang larangancabin baglapangan terbangpowerbanktumbuhan hidup

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Ngeri! Penumpang Pesawat Ryanair Hampir Tercampak Keluar

Sebuah penerbangan antarabangsa Eropah yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Ryanair, ...

Pasport Baharu Malaysia ‘Memukau’ Di Luar Negara

Pengalaman menjadi antara kumpulan terawal memegang dokumen perjalanan versi terkini sememangnya satu kebanggaan, namun ...

Jangan Sebut 3 Perkataan Ini di Airport, Boleh Kena Penjara!

Bagi segelintir individu, bercuti adalah saat yang paling menyeronokkan sehingga ada kalanya keterujaan itu melampaui ...

Feri Kuala Perlis Ke Satun Beroperasi Semula 2026

Berita gembira buat pencinta kembara dan peminat makanan Thailand! Selepas sekian lama ditutup sejak era pandemik, laluan ...

5 Villa Murah dengan View Menakjubkan di Indonesia

Bagi pencinta ketenangan, percutian yang sempurna bukan sekadar tempat untuk tidur, malah sebuah destinasi yang mampu ...

AirBorneo Buka Laluan Kuching-KL Bermula RM375!

Industri penerbangan tempatan melakar satu lagi sejarah baharu apabila syarikat penerbangan milik Bumi Kenyalang, AirBorneo ...