1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Rupiah jatuh, inilah masanya untuk ke Indonesia. ‘Shop & leisure till you drop!’

Berita tentang kejatuhan Rupiah ke paras terendah sejak krisis Asia 1998 telah menjadi bahan bualan ramai terutama kaki travel. Kalau anda ada rancangan ke Indonesia, consider tukar awal apabila kadar lebih bagus.

Kenapa trip ni WAJIB untuk korang

  • Di bandar-bandar seperti Bandung, produk fesyen, jeans, outlet barang pembuatan tempatan boleh didapati dengan harga jauh lebih rendah berbanding Malaysia.
  • Manakala di pekan seperti Pekanbaru, anda tak akan perasan poket makin tipis sebab seronok berbelanja terutama makanan ringan dan baju batik.
  • Di pasar tradisional di seluruh Indonesia, korang boleh tawar harga dan dapat deal yang sangat menarik. Kena pandai bermain kata-kata dengan penjual.
  • Bukan setakat shopping malah pengangkutan, makanan jalanan, penginapan bajet pun mudah didapati. Contoh: guna aplikasi seperti Gojek atau Grab untuk bergerak ke sana dan ke sini. Lebih murah bila kongsi ramai-ramai.

Trip kasi jadi

Sementara mata wang Rupiah masih di tahap terendah, segera buat tempahan dengan mana-mana agensi pelancongan atau pun DIY sahaja bersama rakan-rakan.

Seperti kata orang,”bila lagi kita nak rasa jadi jutawan” tapi walau bagaimanapun kena berhati-hati ketika berbelanja. Pastikan bajet anda tidak melebihi dari yang sepatutnya dikhuatiri balik ke Malaysia nanti, terus garu kepala.

Tip untuk pastikan trip korang berjalan lancar

  • Bawa wang tunai siap-siap dalam dompet kerana banyak kedai tradisional tak terima kad.
  • Elakkan area super tourist yang harga dah tourist rate. Terokai kawasan lokal, pasar kecil atau factory outlet untuk dapat harga terbaik.
  • Nikmati makanan jalanan dan pengalaman lokal—lebih murah, lebih real. Namun, untuk anda yang beragama Islam perlu berhati-hati memilih makanan yang halal.
  • Jika bawa anak-anak, boleh cari tempat yang memberikan keseronokan kepada mereka sepeti menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung atau melawat zoo di Bogor mahu pun Bali.
  • Untuk anda yang mahukan ketenangan, boleh buat aktiviti snorkeling di Sabang atau cuci mata tengok lautan yang cantik di Labuan Bajo atau pun Belitung.
  • Jika mahu belajar tentang budaya dan warisan sepanjang zaman, boleh jejak kaki ke Siak, Pontianak atau pun Singkawang. Memang menarik!

Jadi, apa alasan korang masih tunggu lagi? Ada peluang yang terbaik ni, kena sambar cepat. Indonesia bukan sahaja tempat yang kaya dengan keindahan alam tapi juga tempat untuk keluarkan duit dengan bijak.

Bagi anda yang baru nak berjinak dengan dunia travel, jom lah ke Indonesia. Pasti lepas ni tak sabar untuk travel ke negara lain pula.

acehBaliBandungbelitungIndonesiaJakartalabuan bajoPontianakrupiahrupiah jatuhsabangSiakSingkawangsnorkelingSolehah TravelTips BercutiTips Traveltravel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Resort Pemandangan Laut Paling Cantik di Malaysia (2026)

Ada kalanya, cara terbaik untuk melepaskan segala bebanan kerja dan rutin harian adalah dengan mendengar deruan ombak, ...

Awas! Ini Risiko Renew Pasport 10 Tahun Jika Kerap Travel

Sejak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan pilihan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun, ramai rakyat ...

Isu Dadah Krew MAS: Perubahan Drastik di KLIA

Kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta Julai lalu sememangnya amat ...

Fenomena Pagpag Filipina: Dari Tong Sampah ke Pinggan Makan

Apabila membayangkan Filipina, minda kita sering menerawang ke pantai berpasir putih di Boracay, batu karang menakjubkan di ...

5 Restoran Halal Phu Quoc Wajib Cuba

Dalam setiap pemusafiran, antara perkara paling utama yang perlu diteliti oleh seorang Muslim adalah memastikan tempat ...

10 Bandar Paling Layak Dihuni Di Dunia 2026

Dalam dunia pengembaraan moden, keindahan sesebuah destinasi bukan lagi diukur pada monumen bersejarah semata-mata, ...