1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Malaysia penyumbang terbesar pelancong ke Indonesia

Indonesia bukan lagi destinasi asing untuk rakyat Malaysia. Malah, berdasarkan laporan terkini Statistik Indonesia, Malaysia muncul sebagai penyumbang terbesar pelancong asing ke Indonesia, mengatasi negara-negara lain seperti Australia dan China.

Fakta ini bukan sekadar angka tetapi jelas mencerminkan trend travel rakyat Malaysia yang semakin aktif terutamanya ke destinasi serumpun.

Salah satu sebab utama kenapa Indonesia menjadi pilihan ramai adalah faktor jarak yang dekat. Dari Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Penang, pelancong Malaysia boleh sampai ke Jakarta, Bali, Lombok, Medan atau Bandung dalam masa yang singkat.

Ada juga yang memilih laluan darat dan feri, terutamanya ke Batam dan Bintan. Travel jadi mudah, cepat dan tak terlalu memenatkan.

Dari segi kos pula, Indonesia memang friendly untuk ‘poket’ rakyat Malaysia. Nilai mata wang Rupiah yang lebih rendah menjadikan perbelanjaan harian seperti makan, shopping dan pengangkutan jauh lebih jimat.

Dengan bajet yang sama, pelancong boleh enjoy lebih banyak aktiviti dari café hopping di Bandung, spa di Bali, sampai food hunting di Yogyakarta. Sebab itu Indonesia sering dianggap sebagai destinasi high value, low cost.

Selain itu, faktor budaya dan bahasa yang hampir sama membuatkan ramai pelancong rasa lebih selesa.

Tak ada culture shock yang besar, makanan pun banyak yang serasi dengan tekak orang Malaysia. Nasi Padang, bakso, mie ayam, sate yang mana semua ini memang dah menjadi kegemaran ramai.

Komunikasi pun senang sebab bahasa Melayu dan Indonesia saling difahami, jadi tak rasa kekok bila travel sendiri atau dengan family.

Dari sudut tarikan pelancongan, Indonesia memang lengkap. Negara ini menawarkan gabungan alam semula jadi, budaya, sejarah dan lifestyle moden. Pantai cantik di Bali dan Lombok, gunung berapi seperti Bromo dan Rinjani, warisan budaya di Banjarmasin, Pekanbaru dan Makassar serta bandar kreatif dan sibuk seperti Bandung dan Jakarta.

Tak hairanlah ramai pelancong Malaysia berulang kali melancong ke Indonesia. Ada juga yang sanggup balik hari semata-mata nak food hunting di negara seberang.

Trend ini juga memberi peluang besar kepada industri pelancongan, khususnya travel agency Malaysia. Dengan minat yang tinggi terhadap Indonesia, pakej-pakej seperti short getaway, Muslim-friendly tour, shopping trip dan honeymoon package semakin mendapat sambutan.

Malah, ramai juga yang mula explore destinasi underrated di Indonesia yang belum terlalu sesak dengan pelancong.

Anda dah pernah sampai ke Indonesia? Tahukah anda, Indonesia terlalu besar dan terdapat banyak tempat menarik. Sepuluh kali ulang alik pun anda masih belum mampu habiskan lawatan ke semua tempat. Kalau belum rancang trip ke Indonesia tahun ini, mungkin sekarang masa yang paling sesuai.

Jangan lupa booking dengan Solehah Travel okay! Boleh jejak kaki ke Makassar, Palembang, Pontianak, Singkawang, Pekanbaru dan banyak lagi. Destinasi kami memang unik dan jarang dilawati oleh pelancong.

JakartaPekanbaruIndonesiamalaysiarupiahBaliBanjarmasinLombokkereta api laju IndonesiamakassarBandunghoneymoon

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Ciri-ciri passport yang tidak diterima oleh imigresen

Pernahkah anda membayangkan situasi ini? Beg sudah dikemas rapi, tiket penerbangan ke destinasi impian sudah di tangan dan ...

Tempat menarik paling popular di Singapura (terkini 2026)

Singapura mungkin sebuah negara kecil tetapi ia padat dengan tarikan kelas dunia yang boleh diterokai. Jika anda merancang ...

5 tempat ‘hidden gem’ paling cantik di Makassar

Dikenali sebagai Ujung Pandang pada dahulu kala, Makassar yang merupakan ibu kota Sulawesi Selatan, bukan sekadar pintu ...

Apa yang menarik di Pontianak – Singkawang – Kuching?

Pernah tak terfikir nak buat trip yang out of the box? Tak jauh sangat dari Malaysia tapi dapat bagi rasa ‘lain dari ...

5 pulau paling popular di Maldives

Siapa sahaja yang tidak jatuh cinta dengan kecantikan alam semula jadi di Maldives. Kepulauan yang dianggap sebagai ...

5 Restoran menarik di Kundasang wajib cuba

Kundasang bukan sahaja terkenal dengan view Gunung Kinabalu yang cantik, udara sejuk dan suasana tenang tetapi juga syurga ...