1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Kisah Inspirasi

Bila minat jadi punca rezeki tambahan. Belajar dari pengalaman – Norefaizan

Dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar, ramai antara kita yang mencari jalan untuk menambah pendapatan.

Begitu juga dengan Puan Norefaizan, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat swasta. Dalam kesibukan menguruskan kerjaya dan keluarga, beliau pernah tertanya-tanya — “Apa kerja separuh masa yang sesuai dan berbaloi untuk saya buat?”

Jawapannya hadir daripada minatnya sendiri dalam dunia pelancongan. Dari dulu lagi beliau memang suka travel dan mengatur trip bersama rakan serta pelanggan setianya.

Beliau pernah menguruskan trip ke Hatyai dan Singapura serta bertindak sebagai pemandu pelancong untuk rombongan tersebut. Pengalaman itu memberi keyakinan bahawa minat ini boleh dijadikan sumber rezeki tambahan.

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Solehah Travel (ST), beliau sempat membuat sedikit kajian tentang agensi ini bagi memastikan reputasi dan sistemnya memang kukuh.

Alhamdulillah, keputusan itu ternyata berbaloi. Sejak menyertai ST pada April 2025, beliau berjaya mencipta pelbagai kejayaan luar biasa dalam masa singkat.

Antara pencapaian membanggakan ialah apabila beliau tersenarai dalam Top 3 ejen dengan jualan tertinggi pada Jun 2025 dan pernah mencatat jualan mencecah RM34,000 pada Julai 2024!

Bukan calang-calang pencapaian untuk seseorang yang hanya bekerja secara separuh masa.

Namun, untuk sampai ke tahap ini, ada cabaran yang perlu ditempuhi. Pada awalnya, Puan Norefaizan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelanggan bagi trip yang menggunakan penerbangan, memandangkan beliau kurang pengalaman dalam urusan tiket dan logistik penerbangan.

Tapi beliau tidak cepat mengalah. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pihak HQ Solehah Travel, beliau belajar satu demi satu sehingga kini semakin mahir menguruskan pelbagai jenis pakej.

Bila ditanya kenapa memilih ST berbanding agensi lain, beliau memberi jawapan:

“Saya sangat berpuas hati dengan cara ST jaga ejen. HQ sangat pantas beri maklumat, jawab WhatsApp tanpa kira masa dan bahan jualan semua disediakan dengan lengkap. Memang memudahkan kerja kami. Tambahan pula, ada ganjaran menarik untuk ejen yang buat jualan tertinggi. Itu juga menjadi salah satu sumber semangat saya.”

Bagi Puan Norefaizan, kunci kejayaan bukan semata-mata pada jualan tapi terletak pada minat dan kesungguhan.

“Kalau kita minat, jangan tunggu. Cuba dulu. Kalau ada peluang, ikut trip ST sendiri — bila dah rasa pengalaman tu, baru kita tahu betapa bestnya travel dengan team hebat ni. Pasti puas hati.”

Kisah beliau membuktikan bahawa tiada alasan untuk tidak berjaya, walaupun sibuk bekerja atau bergelar ibu tunggal. Dengan semangat, kesungguhan dan sokongan yang betul, perkara yang mustahil boleh menjadi kenyataan.

 

ejen agensi pelanconganejen sah Solehah Travelejen sah STejen solehah travelkisah kejayaanside incomeSolehah Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …