1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

5 Restoran menarik di Kundasang wajib cuba

Kundasang bukan sahaja terkenal dengan view Gunung Kinabalu yang cantik, udara sejuk dan suasana tenang tetapi juga syurga makanan untuk traveller yang suka explore local food. Lepas seharian pusing ladang, hiking ringan atau ambil gambar, perut pasti lapar. Jangan risau, dekat Kundasang memang banyak restoran best dengan rating tinggi di kalangan customer. Ini antara 5 restoran menarik di Kundasang yang wajib masuk dalam senarai anda.

Restoran Selera Kebun

Kalau nak rasa makanan tempatan Sabah yang authentic, Restoran Selera Kebun memang pilihan ramai. Konsep dia simple tapi rasa masakan memang padu. Menu popular termasuk ayam salai linopot, ikan masin linopot, sayur kampung dan ayam penyet. Hidangan panas-panas yang sesuai dengan cuaca sejuk Kundasang. Ramai customer puji sebab portion berbaloi, harga berpatutan dan rasa macam makan masakan rumah sendiri. Sesuai untuk breakfast atau lunch lepas melawat Desa Dairy Farm.

My Arab Kitchen Restaurant & Homestay

Nak tukar selera sikit? My Arab Kitchen adalah hidden gem di Kundasang. Restoran ni terkenal dengan hidangan Timur Tengah seperti nasi mandy, nasi kabsah daging, hummus, kunafah, kebab dan grilled chicken yang juicy. Rating customer memang tinggi sebab rasa konsisten dan perkidmatan yang mesra. Bonus point, lokasi dia dikelilingi view bukit hijau yang tenang. Rasa tenang hati dapat menjamu selera sambil cuci mata melihat Gunung Kinabalu dari kejauhan.

Nabalu Kundasang

Nabalu Kundasang bukan asing lagi di kalangan pelancong. Terletak berdekatan pekan Nabalu, restoran ni senang singgah lepas shopping souvenir. Menu yang pelbagai masakan Cina dan Asia. Memang kena dengan tekak orang melayu. Ramai suka datang sini untuk breakfast awal pagi atau makan tengah hari sambil tenangkan hati melihat view Gunung Kinabalu yang sentiasa memikat hati. Restoran ini juga ada menyediakan penginapan, Nabalu Lodge. Jika anda mahu mendaki Gunung Kinabalu maka lokasi ini sangat strategik untuk dijadikan tempat bermalam.

Restoran Masjid Jamek Kundasang

Untuk yang mencari makanan halal dan ringkas, Restoran Masjid Jamek Kundasang memang sangat recommended. Menu fokus pada masakan Melayu seperti nasi goreng kampung, nasi lemak, mi goreng, sup panas dan lauk tradisional. Harga pun sangat mesra poket, sesuai untuk traveller bajet. Walaupun tempat dia ringkas terletak di kawasan dalam masjid, customer puas hati sebab makanan sedap, cepat siap dan portion mengenyangkan.

Restoran PASKAL

Ini pula antara spot makan yang semakin popular di Kundasang. Setiap kali trip dengan Solehah Travel, tour guide pasti akan membawa rombongan singgah makan tengah hari di sini. Selain daripada menu ikan bakar, ada juga menu goreng ala carte seperti biasa. Sesuai untuk selera tempatan dan pelancong. Restoran Paskal K4WDC terletak berhanpiran bulatan sapi Kundasang.

KESIMPULAN:

Dah ada rancangan nak ke Kundasang dalam masa terdekat? Boleh masukkan senarai restoring ni dalam perjalanan anda nanti. Tak payah susah-susah nak cari tempat bila dah ada di sana. Nak lagi senang? Ambil je pakej Sabah KK-Kundasang dengan Solehah Travel. RM1299 sahaja seorang untuk 4 hari 3 malam. Kami sediakan semuanya untuk anda.

Gunung KinabaluKota KinabaluKundasangMy Arab Kitchen Restaurant & Homestaynabalu kundasangnabalu lodgerestoran masjid jamek kundasangrestoran PASKALrestoran selera kebunSabah

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Amaran Cuaca Thailand: Elak Melancong Oktober 2026

Para pelancong dan pengembara disarankan untuk tangguh atau memikirkan semula rancangan percutian ke Thailand dalam masa …

Bas EV Hatyai Dijangka Mula Operasi 20 Oktober 2026!

Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat …

RTS Link Johor-Singapura Mula Operasi Februari 2027

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Perkembangan terkini mengenai projek RTS Link (Johor Bahru–Singapura) mengesahkan …

5 Life-Changing Travel Hacks Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda rasa macam dah pack barang cukup kemas dan beg berat sampai 20kg! Ada juga yang berulang kali keluar dan …

Tak Semua Aktiviti Ekstrem Dilindungi Takaful

Secara amnya, polisi takaful perjalanan asas hanya merangkumi aktiviti rekreasi biasa atau sukan ringan. Sebarang aktiviti …

Fenomena Embun Beku di Dieng Indonesia

Dataran Tinggi Dieng yang terletak di antara wilayah Banjarnegara dan Wonosobo di Jawa Tengah, Indonesia, merupakan salah …