1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Syurga makanan dan membeli-belah di Pekanbaru

Kalau anda nak lari dari suasana bandar besar tapi masih nak rasa vibe city, budaya dan alam semulajadi dalam satu trip — Pekanbaru, Kampar dan Siak di provinsi Riau ini memang port terbaik. Tiga hari je, tapi pengalaman dia padat, penuh warna dan serius… healing paling meaningful.

 

Hari 1: Pekanbaru: Kota tenang, masjid megah & pasar meriah

Sampai je ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, terus rasa “wah… tak sangka Riau ni moden juga!” Jalan raya luas, bandar tersusun, tapi masih ada aura tenang.

Hilang rasa penat badan 50 minit perjalanan bila dapat menghirup kopi Aceh yang diiktiraf sebagai kopi keempat terbaik dunia. Terus rasa segar!

Destinasi pertama kita ke Mahad Tafaquh — tempat pengajian Islam yang tenang dan indah. Kami didendangkan dengan alunan muzik dan qasidah dari bacaan al-Quran oleh para hafiz. Dijamu pula dengan hidangan udang galah segar. Memang mantap!

Lepas tu, wajib singgah Masjid Agung An-Nur — antara masjid tercantik di Sumatera!
Dari jauh dah nampak kubah hijau besar dan pantulan masjid atas kolam depan dia, sebab tu masjid ni mendapat jolokan ‘Taj Mahal Indonesi dengan seni bina gabungan Melayu, Arab, Turki dan India.

Petang tu, kami dibawa ke Pasar Sukaramai pula. Pasar ni hidup betul! Ada jual kain batik, telekung, beg tangan, makanan tradisional sampai ke barang cenderamata. Kalau suka food hunting, sini port dia — cuba lemang tapai, kerepek nanas dan kopi Riau yang aromatik.

Dah puas berjalan sana sini, tiba masa untuk daftar masuk hotel dan berehat sebentar sebelum keluar untuk makan malam di restoran masakan khas Pekanbaru.

 

Masjid Agung Annur, Pekanbaru

Hari 2: Siak: Jejak Kesultanan Melayu & naik odong-odong!

Tak sabar untuk hari kedua! Selepas sarapan pagi di hotel, kita gerak ke Siak Sri Indrapura, bandar bersejarah yang dulunya pusat kerajaan Melayu Riau. Perjalanan dari Pekanbaru mengambil masa lebih kurang 2 jam je. View sepanjang jalan memang cantik dan memukau.

Sampai je, kami terus ke Istana Siak Sri Indrapura — bangunan putih klasik dengan senibina unik Eropah-Islam. Di dalamnya dihiasi perabot klasik, perhiasan emas, alat muzik diraja dan cerita sejarah yang buat kita rasa macam throwback ke zaman Kesultanan Melaka versi Riau.

Lepas penat jalan-jalan, kami makan tengah hari di Asam Pedas Ikan Sungai Siak — fuhhh! sedap betul! Ikan Baung, Tapah dan Patin antara pilihan menu utama. Sambil makan sambil cuci mata melihat pemandangan indah Sungai Siak. Syok habis!

Sebelum balik hotel, singgah solat jamak di Masjid Sultan Syarif Kassim. Kami dibawa menaiki odong-odong mengelilingi bandar Siak. Rasa macam balik zaman kanak-kanak, enjoy habis!

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami sempat singgah dulu beli jajan, kuih-muih tempatan  dan barangan cenderamata untuk kawan-kawan. Anda wajib cuba pisang kipas yang menjadi ikon makanan Pekanbaru.

 

Asia Heritage, Pekanbaru

Hari 3: ‘Keliling’ Asia hanya di Riau

Hari terakhir, kami dibawa ke Asia Heritage Park — taman budaya dan rekreasi yang boleh membawa kita “keliling Asia” dalam satu tempat.

Ada miniatur ikon negara macam Menara Eiffel versi Asia, panjat tembok besar China, masjid Cheng Ho sampailah ke istana mini. Tempat ni memang instagrammable habis — perfect untuk konten travel! Boleh juga sewa kimono dengan harga yang berpatutan.

Paling seronok, dapat naik bot, rasa thrill cuba Rainbow Slide, masuk ke Dino Jungle dan juga Muzium 3D.

Sebelum balik, jangan lupa singgah Pasar Bawah — destinasi shopping paling popular di Pekanbaru. Harga boleh tahan murah. Kalau suka makanan, wajib beli dodol durian, kerepek tempe, emping blinjo atau kacang Pagaruyung buat ole-ole balik Malaysia.

—————————————————–

Ramai orang pelik kenapa pilih Pekanbaru? Bukannya ada apa-apa pun yang menyeronokkan. Bila travel ni, terpulang kepada masing-masing. Ada yang jiwa suka kepada belajar tentang budaya, ada yang suka membeli-belah, ada juga nak travel tenang.

 

Apa kata anda jejak kaki ke Pekanbaru ni, baru anda tahu sebenanrnya tempat ni not bad!

IndonesiaIstana Siak Sri IndrapuraKamparMaahad TafaquhMasjid Agung An-NurMasjid Sultan Syarif KassimPekanbaruRiauSiaksyurga makanan

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …