1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Hotel Mewah Di Batam Serendah RM250 Semalam

Batam seringkali menjadi destinasi popular rakyat Malaysia untuk percutian singkat, membeli-belah dan menikmati makanan laut segar dengan harga berpatutan. Lokasinya yang dekat serta kos percutian yang mesra poket menjadikan bandar di Kepulauan Riau, Indonesia ini kerap menjadi destinasi utama buat rakyat Malaysia bercuti bersama keluarga.

Ramai memilih Batam kerana mahu merasai sendiri nikmat bermalam di hotel mewah 4 atau 5 bintang pada harga yang lebih murah. Antara hotel pilihan utama seperti:

Hotel 5-Bintang

  1. Batam Marriott Hotel Harbour Bay

    • Harga: RM 550 – RM 850 / malam

    • Fasiliti: Altitude Rooftop Bar, kolam renang terbuka, spa mewah, pusat kecergasan 24 jam.

    • Kawasan Tarikan: Disambung terus ke Terminal Feri Harbour Bay, Bayfront Shopping Center dan berdekatan deretan restoran makanan laut Harbour Bay.

  1. Montigo Resorts Nongsa

    • Harga: RM 900 – RM 1,600 / malam (Private Villa)

    • Fasiliti: Villa mewah bertingkat dengan private infinity pool, sukan air (jet ski/ATV), Tilo Kids Club, spa tradisional.

    • Kawasan Tarikan: Anda boleh sewa kenderaan untuk ke Pantai Nongsa, Terminal Feri Nongsapura dan Padang Golf Palm Springs.

  1. Radisson Golf & Convention Center Batam

    • Harga: RM 380 – RM 600 / malam

    • Fasiliti: Kolam renang infinity menghadap padang golf, kolam renang berbumbung (indoor pool), spa, kelab kanak-kanak.

    • Kawasan Tarikan: Walaupun tidak mempunyai seaview, ia bersebelahan dengan Padang Golf Sukajadi, 10–15 minit ke Grand Batam Mall dan Terminal Feri Batam Center.

Hotel 4-Bintang

  1. Oakwood Hotel & Apartments Grand Batam

    • Harga: RM 320 – RM 500 / malam

    • Fasiliti: Bilik gaya apartmen (ada kemudahan kitchenette), kolam renang luaran, pusat kecergasan moden.

    • Kawasan Tarikan: Disambung terus ke Grand Batam Mall, bersebelahan BCS Mall (Batam City Square).

  1. Aston Batam Hotel & Residence

    • Harga: RM 250 – RM 400 / malam

    • Fasiliti: Kolam renang terbuka, spa, pusat kecergasan, restoran antarabangsa, perkhidmatan shuttle.

    • Kawasan Tarikan: Berdekatan kawasan komersial Nagoya, Nagoya Hill Shopping Mall dan pusat urutan/spa popular.

  1. HARRIS Hotel Batam Center

    • Harga: RM 230 – RM 380 / malam

    • Fasiliti: Kolam renang luaran, HARRIS Cafe tepi laut serta akses terus ke pengangkutan feri.

    • Kawasan Tarikan: Bersebelahan Terminal Feri Batam Center & Mega Mall Batam Centre (akses lalu jejantas) serta Masjid Raya Batam.

Kesimpulan

Dari Kuala Lumpur, pilihan penerbangan terus jauh lebih munasabah dari segi kos, masa dan kemudahan berbanding menaiki feri dengan perjalanan jauh memandu ke selatan tanah air. Terdapat pilihan penerbangan terus  AirAsia atau Batik Air pada harga RM 300 – RM 550 seorang. Jangan lupa sediakan wang ringgit secukupnya untuk membeli-belah. Pasti anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.

airasiaAston Batam Hotel & ResidencebatamBatam Marriott Hotel Harbour Baybatik airHARRIS Hotel Batam Centerhotel mewahIndonesiaMontigo Resorts NongsaOakwood Hotel & Apartments Grand BatamRadisson Golf & Convention Center BatamTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Amaran Cuaca Thailand: Elak Melancong Oktober 2026

Para pelancong dan pengembara disarankan untuk tangguh atau memikirkan semula rancangan percutian ke Thailand dalam masa …

Bas EV Hatyai Dijangka Mula Operasi 20 Oktober 2026!

Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat …

RTS Link Johor-Singapura Mula Operasi Februari 2027

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Perkembangan terkini mengenai projek RTS Link (Johor Bahru–Singapura) mengesahkan …

5 Life-Changing Travel Hacks Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda rasa macam dah pack barang cukup kemas dan beg berat sampai 20kg! Ada juga yang berulang kali keluar dan …

Tak Semua Aktiviti Ekstrem Dilindungi Takaful

Secara amnya, polisi takaful perjalanan asas hanya merangkumi aktiviti rekreasi biasa atau sukan ringan. Sebarang aktiviti …

Fenomena Embun Beku di Dieng Indonesia

Dataran Tinggi Dieng yang terletak di antara wilayah Banjarnegara dan Wonosobo di Jawa Tengah, Indonesia, merupakan salah …