1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Tangguhkan dahulu perjalanan ke Aceh dan Hat Yai

Setiap kali hujung tahun, ramai yang bersemangat nak berjalan-jalan ke sana ke sini. Maklumlah nak habiskan cuti tahunan atau pun memang itu sahaja masa yang ada untuk bercuti bersama keluarga.

Nak pergi luar negara tapi tak nak jauh sangat, ramai yang akan pilih Hat Yai terutama yang suka shopping dan food hunting. Sangat sesuai untuk short escape.

Ada juga yang dah rancang sejak awal tahun lagi untuk ke Aceh untuk buat aktiviti snorkeling, diving dan juga food hunting. Senang nak cari makanan halal di sana.

Namun, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Dua destinasi pelancongan ini sedang berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar. Demi keselamatan serta keselesaan anda semua, lebih baik tangguhkan dahulu niat untuk terbang ke sana.

Hat Yai baru boleh ‘bernafas’ sekarang ini selepas dilanda banjir besar. Walaupun air dah mula surut, kawasan yang terjejas masih dalam fasa pemulihan. Banyak premis masih tutup, sistem pengangkutan belum betul-betul stabil, jalan berlumpur dan penduduk setempat pun sedang berusaha membina semula kehidupan harian mereka.

Laporan berita tempatan mengatakan kata Hat Yai perlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan untuk pulih sepenuhnya.

Aceh pula, situasinya lebih berat. Banjir besar yang melanda sejak Khamis minggu lepas telah meninggalkan kesan yang serius. Banyak kawasan masih terputus akses, ramai penduduk yang terjejas dan pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus membantu mangsa.

Menurut maklumat penduduk tempatan, banjir lumpur kali ini mengakibatkan lumpur mengering dan menjadi keras. Ada kampung yang lenyap dari penglihatan dan ada juga rumah yang ditimbus lumpur sepenuhnya.

Lebih 700 orang dilaporkan maut manakala beribu terjejas dan ada mangsa yang masih hilang.

Kita sebagai traveller selalu diajar satu parkara iaitu hormat keadaan tempat orang. Kalau mereka tengah susah, kita jangan tambah beban. Walaupun niat kita cuma nak jalan-jalan. Untuk situasi sekarang ini, tangguhkan perjalanan bukan menyebabkan kita rugi tetapi tanda kita prihatin.

Bila semua dah pulih seperti sedia kala, kita akan dapat pengalaman yang jauh lebih seronok dan selamat. Sebab tu, langkah paling bijak sekarang adalah beri ruang pada dua destinasi ini untuk pulih dahulu.

Kepada semua yang dah rancang awal, dah mohon cuti, dah beli baju sedondon anak beranak, jangan risau. Anda boleh pilih destinasi lain untuk sementara waktu. Di Malaysia juga banyak tempat yang menarik untuk dijelajah.

Semoga Hat Yai dan Aceh segera pulih dan dikurniakan kemudahan untuk penduduk semua mulakan semula kehidupan mereka.

 

INFO TAMBAHAN: Jom ikut Solehah Travel ke Sabah untuk Januari dan Februari tahun hadapan. Masih ada kekosongan. Kundasang pun best. Sejuk dan view cantik!

acehHat Yaibanjir hat yaihatyaihat yai banjirbanjir acehtsunami acehTips Traveltip traveltravel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...