1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Tempat ‘rahsia’ untuk dijelajah bila sampai ke Sabah

Kalau anda rasa kepala makin ‘berat’, badan pula penat, itu tanda anda perlu beristirehat. Dalam Malaysia pun boleh.

Sabah bukannnya ada Kundasang sahaja. Ada banyak lagi tempat menarik yang ramai pelancong belum teroka.

Tambiau Forest Ranau

Terletak di Jalan Kibbas, Mohimboyon. Dekat dengan area Kundasang dan Ranau. Jika anda minat untuk mendaki bersama kawan-kawan dan cinta pada alam semula jadi, tolong datang ke sini segera. Bila dah sampai puncak tu, memang sejuk menusuk ke tulang. Sekali-sekala boleh pacak khemah di atas tu juga. Duduk sekejap pun cukup untuk reset jiwa.

Signal Hill Trail Kota Kinabalu

Bersedia untuk cabar diri melalui laluan kanopi bertingkat pertama di Kota Kinabalu. Berjalan kaki dari Menara Jam Atkinson yang bersejarah hingga ke Menara Pemerhati Signal Hill melalui trail besi yang telah disediakan. Sepanjang pendakian boleh cuci mata tengok city view Kota Kinabalu, Laut China Selatan dan bukit-bukau hijau di sekitarnya. Bermula Disember 2025, pengunjung yang mahu masuk ke kawasan ini perlu membayar RM20 seorang.

Aura Montoria di Kota Belud

Tempat ni macam pakej penuh. Boleh buat aktiviti jungle trekking, mandi di kawasan air terjun yang cantik, sungai yang jernih dan banyak port lain untuk mandi-manda. Tak mustahil ramai yang datang ke sini sebagai lokasi eco-tourism. Anak-anak sekolah buat rombongan ke sini untuk belajar tentang keindahan alam sambil melakukan aktiviti lasak. Memang syok.

Ovai Hidden Paradise Resort

Mesti ramai yang belum sampai ke sini lagi. Tersorok dari tempat-tempat pelancongan tapi bila anda dah sampai ke sini, rasa macam tak nak balik. Lokai penginapan yang terletak di Jalan PLKN Ovai, Kampung Ovai, Papar, Sabah ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti  memandu ATV, berkayak, camping, flying fox dan bermandi-manda di sungai. Kalau nak rasa kelainan, anda boleh cuba menginap di dalam giant ball, seolah-olah anda tidur di bawah langit yang dipenuhi bintang!

Mesilou 3 Sixty Peak

Tempat hiking dan camping paling cantik sebab bangun pagi rasa tenang menghadap Gunung Kinabalu! Bertambah seronok sebab boleh naik deck untuk melihat sunrise dan sunset dengan keluarga tersayang. Memang priceless. Paling menarik, ada buaian gergasi Mesilou Swing, the first giant swing at Mesilou. Ayun buaian sambil tengok view menghijau yang menakjubkan depan mata.

Jarang sampai ke Sabah jadi wajib datang ke tempat ni semua. Ambil masa lama sedikit lima ke enam hari di sana untuk puas hati dapat jelajah kawasan yang tak berapa viral seperti ini. Pasti anda akan rasa berbaloi.

Aura Montoria di Kota Beludhidden gemhidden gem SabahKKKota KinabaluKundasangMesilou 3 Sixty PeakOvai Hidden Paradise ResortSabahSignal Hill Trail Kota KinabaluTambiau Forest Ranau

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Direct Flight Antarabangsa Dari Penang, Senai & Kota Bharu

Tahukah anda bahawa anda tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh atau bersesak di KLIA semata-mata untuk terbang ke luar ...

Panduan Elak Scam Pakej Percutian

Perancangan sebuah percutian impian sama ada bersama keluarga tercinta, rakan-rakan mahupun secara bersendirian sewajarnya ...

Nak ke Zhangjiajie? Ini Perkara Wajib Tahu!

Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi ...

Peraturan Baharu Mendaki di Malaysia 2026

Malaysia sememangnya syurga bagi pencinta alam semula jadi. Daripada kemegahan puncak Gunung Kinabalu di Sabah yang tinggi ...

Diskaun Taman Tema & Pakej Merdeka 2026 | Beli 1 Percuma 1

Cuti panjang Hari Kebangsaan sudah tiba! Inilah masanya untuk cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang sambil ...

Tragedi Nepal-Tibet: Kepentingan e-Konsular Buat Pengembara

Bencana alam secara mengejut sekali lagi mengingatkan kita betapa tidak menentunya keadaan apabila berada di luar negara. ...