1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Kisah Inspirasi

Inspirasi ‘travel’: Gadis Rompin berjaya jelajah 21 negara

Kadang-kadang, minat untuk melihat dunia luar bermula dari benda kecil. Poster pemandangan cantik dalam buku teks, cerita cikgu pasal negara lain atau drama TV yang tunjuk tempat-tempat menarik.

Bagi Nor Diana Othman, atau lebih dikenali sebagai D, impian itu lahir sejak dia di bangku sekolah. Tapi siapa sangka, angan-angan budak kecil dari Rompin, Pahang ini akhirnya membawa dia jelajah 21 negara.

Perjalanan D dalam dunia travel sebenarnya bermula selepas dia bekerja di sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur. Bila dah ada pendapatan sendiri, dia mula reward diri dengan percutian ringkas.

Awalnya, dia ikut trip agensi pelancongan sebab senang, semua dah siap. Tapi lama-kelamaan, D mula rasa seronok menguruskan perjalanan secara sendiri. Katanya, bila kita rancang sendiri, kita rasa lebih bebas nak pilih laluan, aktiviti dan bajet yang sesuai.

Setiap negara bagi vibe berbeza—makanan, budaya, bahasa, cara hidup, semua lain. “Travel buat saya belajar untuk hormat perbezaan. Lagi jauh pergi, lagi luas perspektif,” katanya.

Yang menarik, D tak pernah travel seorang diri. Dia ditemani travel buddy tetap yang dikenali semasa trip ke Kashmir. Setiap trip, D secara automatik akan jadi ketua planner. Dialah yang research, buat itinerary, cari flight murah, check laluan tren, pilih hotel, semuanya dia susun cantik.

Travel buddy D pula ibarat watak-watak penting dalam cerita pengembaraan mereka. Walaupun masing-masing lain perangai, kombinasi tu lah yang buat setiap trip jadi lebih bermakna dan penuh gelak tawa.

Sepanjang 13 tahun mereka mengembara, ada satu momen yang D anggap sebagai pengalaman paling mahal dalam hidup iaitu menyaksikan Aurora Borealis di Finland pada tahun 2024. “Bila tengok depan mata, terus rasa kerdil. Subhanallah, itu antara momen paling menyentuh hati,” ujarnya.

Terbaharu, D bersama adik dan rakannya sempat menghabiskan cuti hujung tahun 2025 ke Jepun. “Ini kali kedua D jejak kaki ke sini. Dah jatuh cinta dengan pemandangan semulajadi, fasiliti dan juga pengangkutan awam yang serba serbi teratur. Shopping di sini juga murah,” kata D yang masih lagi berada di Jepun sekarang ini.

Antara lokasi menarik yang D rasa susah nak dapat di tempat lain ialah Lake Kawaguchiko yang terletak di Gunung Fuji serta Furano di area Sapporo. Best sangat main salji di sini. Lebih menakjubkan, salji di negara matahari terbit ini macam gula-gula kapas. Tak sama seperti negara lain.

Kini, setiap kali D tengok passport yang kian penuh dengan cop imigresen, dia tersenyum sendiri. Dari seorang gadis kecil yang hanya memasang angan-angan kini dia sudah berdiri di pelbagai benua, melihat dunia sebenar yang selama ini dia cuma baca dalam buku.

Dan bagi D, ini baru permulaan. Dunia masih luas. Banyak lagi destinasi yang menunggu.

21 negaraAurora BorealisFinlandFujiFuranogeng travelGunung FujijepunKashmirLake KawaguchikoSapporoSolehah Traveltravel buddy

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Amaran Cuaca Thailand: Elak Melancong Oktober 2026

Para pelancong dan pengembara disarankan untuk tangguh atau memikirkan semula rancangan percutian ke Thailand dalam masa …

Bas EV Hatyai Dijangka Mula Operasi 20 Oktober 2026!

Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat …

RTS Link Johor-Singapura Mula Operasi Februari 2027

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Perkembangan terkini mengenai projek RTS Link (Johor Bahru–Singapura) mengesahkan …

5 Life-Changing Travel Hacks Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda rasa macam dah pack barang cukup kemas dan beg berat sampai 20kg! Ada juga yang berulang kali keluar dan …

Tak Semua Aktiviti Ekstrem Dilindungi Takaful

Secara amnya, polisi takaful perjalanan asas hanya merangkumi aktiviti rekreasi biasa atau sukan ringan. Sebarang aktiviti …

Fenomena Embun Beku di Dieng Indonesia

Dataran Tinggi Dieng yang terletak di antara wilayah Banjarnegara dan Wonosobo di Jawa Tengah, Indonesia, merupakan salah …