Merancang percutian pastinya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila berpeluang meneroka destinasi baharu bersama keluarga dan insan tersayang. Namun, sebelum membuat tempahan, pemilihan agensi pelancongan merupakan antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian.
Tidak dinafikan, harga sering menjadi faktor utama apabila seseorang ingin memilih pakej percutian. Ada yang tertarik dengan tawaran lebih murah, manakala sebahagian yang lain sanggup membayar lebih demi mendapatkan pengalaman perjalanan yang selesa. Persoalannya, adakah pakej yang lebih murah semestinya lebih berbaloi dan adakah pakej yang lebih mahal menjamin perkhidmatan yang lebih baik?

Hakikatnya, perbezaan harga antara agensi pelancongan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor:
1. Tiket penerbangan
Ada agensi menggunakan tiket penerbangan tambang murah atau transit dan ada juga yang menggunakan full-service airline. Perbezaan termasuk bagasi, makanan, pemilihan tempat duduk dan waktu penerbangan memainkan peranan penting dalam penentuan harga pakej. Mungkin anda tak kisah untuk menaiki penerbangan petang atau malam tapi ada individu yang rasa rugi kerana dah banyak ‘potong’ masa lawatan.
2. Kategori hotel dan lokasi
Hotel 3 bintang, 4 bintang dan 5 bintang mempunyai kos berbeza. Malah, hotel yang terletak di tengah bandar mungkin lebih mahal berbanding hotel yang jauh dari kawasan tarikan pelancong. Ada yang suka penginapan biasa sahaja asalkan dapat berjalan-jalan di negara orang. Namun, ada juga yang mahukan keselesaan untuk tidur setelah penat berjalan seharian.
3. Pengangkutan dan saiz kumpulan
Private transport, bas persendirian, shared transport dan bilangan peserta mempengaruhi kos. Disebabkan itu, travel dalam kumpulan yang kecil lebih banyak mengeluarkan kos. Terdapat agensi pelancongan yang terpaksa membatalkan perjalanan sekiranya tidak cukup kuota peserta.
4. Tour guide dan tour leader
Ada pakej menyediakan local guide sahaja. Ada yang turut menyediakan tour leader dari Malaysia yang mengiringi peserta sepanjang perjalanan. Ini juga melibatkan kos tambahan. Namun, anda perlu ingat. Dari segi undang-undang setiap negara, anda perlu menggunakan khidmat local tour guide sekiranya anda membawa kumpulan. Jika tiada, anda berisiko untuk dikenakan denda atau disenarai hitam dari memasuki negara terbabit sekiranya ditangkap.
5. Makanan dan aktiviti
Fullboard, halfboard atau sarapan sahaja? Adakah tiket masuk tempat menarik, island hopping dan aktiviti tambahan sudah termasuk dalam harga? Kebanyakan agensi, hanya menyediakan sarapan sahaja untuk peserta bagi mengurangkan kos pakej sedia ada. Jika anda tidak mahu bersusah payah untuk mencari makanan halal di negara yang minoriti Islam, maka anda disarankan untuk mengambil pakej fullboard.
6. Kos operasi dan perkhidmatan agensi
Ini antara perkara yang pelanggan jarang nampak. Kos staf, pengurusan tempahan, urusan dokumentasi, khidmat pelanggan, pengendalian kecemasan dan sokongan sepanjang perjalanan juga perlu diambil kira.
Dalam dunia travel:
- Murah tidak semestinya tidak bagus.
- Mahal tidak semestinya lebih berkualiti.
- Yang penting, apa yang termasuk dalam pakej dan sejauh mana agensi bertanggungjawab terhadap pelanggan.
- Jangan sampai kita berjimat beberapa ratus ringgit tetapi akhirnya terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang, masa dan tenaga untuk menyelesaikan masalah sepanjang perjalanan.









Tiada komen lagi.