1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

3 Hari 2 Malam
Harga dari

RM1299 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Pakej percutian Pekanbaru dan Siak 3 Hari 2 Malam kami adalah peluang terbaik untuk anda menerokai keindahan Riau, Indonesia. Dari warisan sejarah yang kaya di Istana Siak hingga ke pesona bandar Pekanbaru yang moden, setiap detik perjalanan ini pasti memberi anda kenangan yang tidak akan dilupakan. Sertai kami untuk pengalaman yang penuh dengan budaya, keindahan alam, dan kepuasan hati.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Pekanbaru

Pekanbaru terkenal sebagai pusat bandar moden dengan sentuhan budaya Melayu. Antara tempat menarik ialah Masjid An-Nur, Pasar Bawah dan Asia Heritage untuk bergambar, sambil menikmati aktiviti membeli-belah, mencuba makanan tempatan seperti asam pedas patin dan shopping ole-ole.

Siak kaya dengan sejarah dan warisan Kesultanan Melayu. Tarikan utama ialah Istana Siak Sri Indrapura, Jambatan Tengku Agung Sultanah Latifah dan Masjid Syahabuddin, sesuai untuk aktiviti bergambar, sightseeing dan mengenali sejarah Melayu Riau.

Gabungan Pekanbaru dan Siak menawarkan pengalaman lengkap merangkumi bandar, alam semula jadi dan sejarah. Pakej ini sesuai untuk percutian santai, rombongan keluarga atau trip berkumpulan yang inginkan pengalaman berbeza dan bermakna.

Tempat Menarik di Pekanbaru

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Masjid Agong An-Nur

Ikon kebanggaan Pekanbaru yang sering digelar Taj Mahal Indonesia kerana menggabungkan elemen Melayu, Arab, Turki dan India.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Pasar Sukaramai

Syurga membeli-belah yang terkenal dengan pelbagai barangan murah seperti pakaian, batik, beg, cenderahati dan jajan tempatan.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Istana Siak Sri Indrapura

Istana bersejarah Kesultanan Siak yang megah dengan gabungan seni bina Eropah dan Islam.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Sungai Siak

Sungai terdalam di Indonesia yang menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat sejak zaman Kesultanan Siak.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Makam Sultan Syarif Kassim

Tempat persemadian Sultan terakhir Kesultanan Siak yang memberi peluang memahami perjuangan dan warisan Kesultanan Melayu Riau.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Odong-odong

Pengalaman santai dan menyeronokkan sambil mengelilingi bandar dengan kenderaan berwarna-warni.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Asia Heritage

Taman tema budaya yang unik, menampilkan replika dan pengalaman seolah-olah berada di China, Jepun dan Korea.

PAKEJ PEKANBARU + SIAK 3H2M

Pasar Bawah

Pasar tradisional terkenal yang menjual pelbagai barangan seperti kerepek, emping blinjo, pakaian dan cenderahati.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
11-13 APR 2026 - RM1299 AirAsia Tempahan Dibuka Book
23-25 APR 2026 - RM1299 AirAsia Tempahan Dibuka Book
25-27 APR 2026 - RM1299 AirAsia Tempahan Dibuka Book
07-09 MEI 2026 - RM1299 AirAsia Tempahan Dibuka Book
21-23 MEI 2026 - RM1299 AirAsia Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 01 - Kuala Lumpur - Pekanbaru - Kampar (L/D)

  • Berkumpul 3 jam sebelum berlepas
  • Daftar masuk/berlepas
  • Sampai di Pekanbaru
  • Disambut oleh tour guide tempatan
  • Singgah minum kopi Aceh
  • Lawatan ke Mahad Tafaquh
  • Melawat Masjid Agong Annur
  • Membeli-belah di Pasar Sukaramai
  • Check-in Hotel
  • Makan malam
  • Berehat
  • Dijemput dan dibawa makan tengahari
  • Masjid An-Nur, Masjid terbesar di Riau - Solat Jamak
  • Pasar Wisata
  • Muzium Sang Nila Utama
  • Daftar masuk hotel
  • Makan malam
  • Berehat

Hari 02 - Siak (B/L/D)

  • Sarapan pagi di Hotel
  • Melawat Istana Siak Sri Indrapura
  • Makan tengahari
  • Sungai Siak
  • Masjid Syarif Hashim - Solat Jamak
  • Melawat Makam Sultan Syarif Kassim
  • Siak Citytour naik Odong-odong
  • Kembali ke Pekanbaru
  • Makan Malam
  • Pulang ke hotel

Hari 03 - Pekan Baru - Kuala Lumpur (B)

  • Sarapan pagi di Hotel
  • Asia Heritage
  • Pasar Bawah/Sukaramai Mall
  • Singgah makan tengahari
  • Dihantar ke airport untuk pulang ke Malaysia
  • Tamat

Pakej Termasuk

  • Tiket flight Air Asia pergi dan balik
  • Bagasi 10kg pergi balik
  • Handcarry 7kg pergi dan balik
  • Hotel 2 malam
  • 2 X (Breakfast, Lunch, Dinner)
  • Transport
  • Lawatan
  • Tiket Masuk
  • Tour Guide Tempatan
  • Pengiring untuk 15pax keatas

Pakej Tidak Termasuk

  • Insuran
  • Tipping (25k Rp/pax/day

Maklum Balas Pelanggan MAKLUM BALAS PELANGGAN

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1299 Per Pax