1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

6 pulau tercantik di Malaysia untuk lari dari cuaca panas!

Laporan terkini mengatakan terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya tiga (3) hari berturut-turut) melibatkan kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.

Musim panas kali ini lain macam! Ramai yang mencari alternatif untuk lari sebentar dengan bercuti ke tanah tinggi. Tahukah anda, ini adalah masa yang paling ditunggu-tunggu untuk pencinta pantai dan aktiviti air. Malaysia bertuah kerana memiliki deretan pulau yang tarafnya setanding destinasi antarabangsa.

Jom kita lihat 6 pulau pilihan yang wajib anda kunjungi musim ini.

 

1. Pulau Redang, Terengganu

Pulau Redang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terkenal dengan air laut yang biru kristal dan pasir putih halus, ia adalah syurga bagi aktiviti snorkeling dan menyelam skuba. Anda boleh melawat Marine Park untuk melihat ribuan ikan warna-warni atau berkayak mengelilingi pantai.

  • Penginapan: Terdapat banyak pilihan dari bajet nipis hingga mewah seperti Redang Mutiara Beach Resort, Redang Bay Resort, The Taaras Beach & Spa Resort atau Laguna Redang Island Resort.
  • Aktiviti: Snorkeling, scuba diving, melihat penyu, menaiki jet ski dan mandi-manda di Pantai Pasir Panjang.

 

2. Pulau Perhentian (Besar & Kecil), Terengganu

Terbahagi kepada dua, Perhentian Kecil lebih popular dalam kalangan backpackers dengan kehidupan malam di Long Beach, manakala Perhentian Besar lebih tenang untuk keluarga. Airnya sangat jernih sehingga anda boleh melihat hidupan laut dari atas bot sahaja.

  • Penginapan: Antara yang popular ialah Mimpi Perhentian Resort (Kecil) dan Perhentian Island Resort (Besar).
  • Aktiviti: Hiking ke Kincir Angin D’Lagoon, melihat jerung (Shark Point) dan menonton persembahan api di waktu malam.

 

3. Pulau Tenggol, Terengganu

Bagi penyelam profesional, Pulau Tenggol adalah destinasi ‘wajib’ untuk cuci mata. Ia agak terpencil dan menawarkan ekosistem bawah laut yang sangat terpelihara. Jika bernasib baik antara bulan Ogos hingga Oktober, anda mungkin dapat melihat Whale Shark.

  • Penginapan: The One Tenggol Island Resort dan Tenggol Coral Beach Resort.
  • Aktiviti: Selaman scuba (world-class dive spots), snorkeling, berkhemah dan bersantai di pantai yang sunyi.

 

4. Pulau Rawa, Johor

Sering digelar sebagai ‘Maldives Malaysia’, Pulau Rawa adalah milik persendirian yang sangat eksklusif. Terhad kepada pengunjung yang membuat tempahan resort sahaja. Keunikan utama pulau ini ialah gelongsor air oren gergasi yang terus menuju ke laut. Ia sangat sesuai untuk percutian romantis atau keluarga yang inginkan privacy sepenuhnya.

  • Penginapan: Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa.
  • Aktiviti: Bermain gelongsor air, berkayak dan mendaki ke puncak bukit untuk melihat matahari terbenam.

 

5. Pulau Mantanani, Sabah

Terletak di Kota Belud, Pulau Mantanani menawarkan pemandangan yang memukau dengan latar belakang Gunung Kinabalu (pada waktu pagi yang cerah). Dikenali sebagai salah satu pulau tercantik untuk snorkeling dan diving yang kaya dengan hidupan laut, sering digelar Island of Mermaids. Ia terkenal dengan fenomena Blue Tears di waktu malam dan merupakan rumah kepada dugong yang jarang ditemui.

  • Penginapan: Sutera@Mantanani Island Resort & Spa atau JSK Mantanani Island Resort.
  • Aktiviti: Snorkeling, melihat matahari terbenam, mencari Blue Tears dan melawat kampung nelayan tempatan.

 

6. Pulau Seri Buat, Rompin, Pahang

Mungkin nama ini jarang didengari namun Pulau Seri Buat adalah ‘permata tersembunyi’ berhampiran Pulau Tioman. Pulau ini tidak mempunyai penduduk tetap, menjadikannya destinasi impian bagi mereka yang mahukan ketenangan luar biasa. Pantainya berbentuk bulan sabit dengan air yang sangat tenang.

  • Penginapan: Tiada resort besar di sini namun ramai yang memilih untuk berkhemah atau melakukan day trip dari jeti Mersing atau Tanjung Gemok. Penginapan terdekat boleh didapati di Kuala Rompin atau Pulau Tioman.
  • Aktiviti: Memancing, snorkeling dan berkelah di tepi pantai yang masih belum diteroka.
blue tearsdivingjohormalaysiapahangpulau besarpulau di Malaysiapulau mantananipulau perhentianpulau rawapulau redangpulau seri buatpulau tenggolpulau tiomanrompinSabahtenggol islandterengganu

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Ngeri! Penumpang Pesawat Ryanair Hampir Tercampak Keluar

Sebuah penerbangan antarabangsa Eropah yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Ryanair, ...

Pasport Baharu Malaysia ‘Memukau’ Di Luar Negara

Pengalaman menjadi antara kumpulan terawal memegang dokumen perjalanan versi terkini sememangnya satu kebanggaan, namun ...

Jangan Sebut 3 Perkataan Ini di Airport, Boleh Kena Penjara!

Bagi segelintir individu, bercuti adalah saat yang paling menyeronokkan sehingga ada kalanya keterujaan itu melampaui ...

Feri Kuala Perlis Ke Satun Beroperasi Semula 2026

Berita gembira buat pencinta kembara dan peminat makanan Thailand! Selepas sekian lama ditutup sejak era pandemik, laluan ...

5 Villa Murah dengan View Menakjubkan di Indonesia

Bagi pencinta ketenangan, percutian yang sempurna bukan sekadar tempat untuk tidur, malah sebuah destinasi yang mampu ...

AirBorneo Buka Laluan Kuching-KL Bermula RM375!

Industri penerbangan tempatan melakar satu lagi sejarah baharu apabila syarikat penerbangan milik Bumi Kenyalang, AirBorneo ...