1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Ciri-ciri passport yang tidak diterima oleh imigresen

Pernahkah anda membayangkan situasi ini? Beg sudah dikemas rapi, tiket penerbangan ke destinasi impian sudah di tangan dan hati sudah berbunga-bunga untuk bercuti. Namun, segalanya hancur berkecai dalam sekelip mata apabila pegawai imigresen menggelengkan kepala melihat passport anda.

“Maaf, pasport ini tidak sah,” katanya.

Bagi ramai pengembara, passport bukan sekadar ‘buku kecil’ untuk masuk ke negara orang. Hakikatnya, ia adalah dokumen rasmi yang sangat sensitif. Sedikit kerosakan fizikal boleh dianggap sebagai cubaan memalsukan dokumen atau kecuaian yang serius.

Berikut adalah ciri-ciri pasport yang dianggap rosak atau tidak sah untuk digunakan:

  1. Terkena air atau lembap

Ini adalah punca utama kerosakan pasport rakyat Malaysia. Mungkin anda terlupa mengeluarkan pasport dari poket seluar sebelum dibasuh atau beg galas anda ditembusi air hujan. Jika terdapat kesan tompokan air, dakwat yang kembang atau kertas yang menjadi beralun/reput, pasport tersebut secara automatik dikira rosak. Walaupun yang basah itu hanya pada satu muka surat atau sebahagian kecil sahaja ianya tetap berisiko untuk tidak diterima.

  1. Koyak atau halaman hilang

Setiap helai muka surat dalam pasport mempunyai nombor siri dan ciri keselamatan yang unik. Jika terdapat walaupun satu halaman yang terkoyak atau hilang, passport anda tidak lagi boleh digunakan. Jangan sesekali cuba menampal koyakan tersebut dengan pita pelekat kerana itu akan menguatkan lagi kecurigaan pihak berkuasa.

  1. Coretan atau contengan

Mungkin anak kecil anda terjumpa passport dan menganggapnya sebagai buku mewarna. Walaupun hanya sekadar satu garisan kecil menggunakan pen atau pensel, ia sudah cukup untuk membuatkan passport anda ditolak di pintu sempadan negara. Passport mestilah bersih daripada sebarang tanda yang bukan dicetak oleh pihak imigresen.

  1. Cip atau kulit passport rosak

Passport Malaysia adalah passport biometrik yang mempunyai cip elektronik. Jika kulit pasport terkopak, patah atau cip tersebut gagal dikesan oleh mesin pengimbas akibat kerosakan fizikal, anda tidak akan dibenarkan melepasi pintu pagar automatik (auto-gate) mahupun kaunter manual.

Apa perlu dibuat jika passport rosak?

Jika passport bermasalah di saat akhir, jangan panik. Jika anda mendapati pasport anda mempunyai ciri-ciri di atas, langkah berikut perlu diambil segera:

  • Buat laporan polis: Terutama jika kerosakan adalah serius atau passport hilang.
  • Hadir ke pejabat imigresen: Anda perlu membawa passport yang rosak tersebut ke kaunter imigresen untuk penilaian.
  • Sedia untuk dikenakan denda: Mengikut peraturan, kerosakan passport akibat kecuaian sendiri boleh dikenakan denda antara RM400 sehingga RM1,200 bergantung kepada kekerapan kehilangan atau kerosakan.
  • Sedar di saat akhir: Jika anda baru menyedari kerosakan pada hari penerbangan, bawa passport anda ke Urban Transformation Centre (UTC) terdekat bersama dengan itenari dan tiket penerbangan yang telah dibeli. Bergantung pada budi bicara pegawai yang bertugas, kadang-kadang passport anda boleh disiapkan pada hari yang sama.

Tips penjagaan passport

Untuk mengelakkan percutian anda bertukar menjadi mimpi ngeri, laburkan sedikit wang untuk membeli sarung passport yang kalis air. Simpan pasport di tempat yang tinggi dan kering, jauh daripada capaian kanak-kanak atau haiwan peliharaan.

Sebelum menempah tiket penerbangan, biasakan diri untuk memeriksa fizikal pasport sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh perjalanan. Ingat, pasport yang cantik bukan sekadar untuk gambar ‘flatlay’ di Instagram, tetapi tiket utama anda untuk melihat dunia.

 

passportimigresenpassport malaysiapassport rosakpassport basah

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Penerbangan terus Bangkok-KL dengan Nok Air

Dunia pelancongan serantau kembali rancak dengan khabar gembira yang pastinya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang kaki ...

Daftar e-Konsular: Langkah wajib sebelum travel ke luar negara

Bayangkan situasi ini: Anda sedang seronok menikmati keindahan pemandangan di negara orang, tiba-tiba beg diragut atau ...

Pengalaman ngeri sangkut di imigresen Korea

Setiap kali ke luar negara, adakah anda akan memeriksa passport setiap kali keluar dan masuk negara tersebut? Benda ...

Apa yang best di Surabaya-Bromo?

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Suhu di luar mencecah 8°C, cukup dingin untuk membuatkan badan terasa menggigil. Namun, dalam ...

6 negara paling selamat & mudah dilawati 2026

Dunia hari ini mungkin terasa sedikit membimbangkan dengan pelbagai berita konflik antarabangsa, namun itu bukan alasan ...

Ramai di antara anda yang sudah pun merancang untuk mengembara ke negara luar pada tahun ini. Namun, krisis geopolitik yang ...