1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

5 destinasi wajib jejak di Asia

Memandangkan situasi geopolitik di Timur Tengah yang sangat tidak menentu ketika ini terutamanya dengan penutupan ruang udara di beberapa negara seperti UAE, Iran dan Jordan serta amaran keselamatan tinggi di Kuwait dan Bahrain, keputusan untuk menukar pelan perjalanan adalah satu tindakan yang sangat bijak.

Solehah Travel ada menyediakan cadangan destinasi alternatif yang menawarkan pengalaman budaya, sejarah dan keindahan alam yang luar biasa.

  1. Kashmir, India (‘Switzerland Timur’)

Jika anda asalnya ingin ke kawasan pergunungan bersalji dengan cuaca sejuk dan nyaman, Kashmir adalah pengganti terbaik.

  • Kenapa ke sini?: Terkenal dengan landskap pergunungan Himalaya, Tasik Dal yang tenang dengan rumah bot dan budaya masyarakat Islam yang sangat mesra. Sangat mudah untuk mencari makanan halal.
  • Aktiviti: Menaiki Shikara (bot tradisional), melawat taman-taman bunga Mughal, menikmati salji di Gulmarg, merentas sungai Sind yang deras dan melawat tasik alpine seperti Vishansar.
  • Tarikan: Menunggang kuda sambil cuci mata melihat keajaiban alam, bermain salji (cuaca sejuk di sini tidak terlalu ekstrem dan sangat sesuai untuk kanak-kanak) dan jangan lupa untuk memetik sendiri buah epal di ladang.
  1. Yunnan, China (Kembara alam & budaya Muslim)

Yunnan antara daerah di China yang menawarkan keunikan tersendiri seperti Tiger Leaping Gorge dengan tebing curam, hutan hijau dan air terjun sesuai untuk aktiviti mendaki.

  • Kenapa ke sini?: Kawasan seperti Kunming dan Dali mempunyai komuniti Muslim Hui yang besar, jadi makanan halal sangat mudah didapati. Jangan lupa untuk singgah ke Tasik Dianchi dan Kampung Etnik Yunnan.
  • Tarikan: Taman Hutan Xishan, Yuantong Mountain, Stone Forest, Gunung Berapi Salji Naga Jed (Jade Dragon Snow Mountain) dan bandar lama Lijiang.
  1. Sumatera, Indonesia (Kembara gunung berapi & tasik)

Ramai yang cakap bosan untuk ke nagara jiran. Tahukah anda, begitu banyak daerah terdapat di Indonesia. Teringin nak tengok gunung berapi depan mata?

  • Kenapa ke sini?: Sumatera Barat (Padang/Bukittinggi) dan Sumatera Utara (Danau Toba) menawarkan pemandangan alam yang dramatik. Boleh melawat Kawah Ijen di Jawa Timur, Bromo di Surabaya, Rinjani di Lombok dan juga Merapi di Yongyakarta.
  • Tarikan: Melawat Tasik Toba (tasik volkanik terbesar), mendaki Gunung Sibayak di Berastagi atau menikmati keindahan Ngarai Sianok di Bukittinggi. Makanan di sini juga kena dengan tekak rakyat Malaysia dan mudah untuk mencari makanan halal.
  1. Kanchanaburi, Thailand (Ketenangan sungai & sejarah)

Jika anda mencari ketenangan jauh dari kesibukan bandar, Kanchanaburi adalah destinasi healing yang sesuai. Hanya 2-3 jam sahaja perjalanan dari Bangkok.

  • Kenapa ke sini?: Terkenal dengan landskap sungai yang cantik dan sejarah Death Railway. Merentasi Jambatan Sungai Kwai dan memberi makan zirafah di Safari Park Open Zoo.
  • Aktiviti: Menginap di atas rakit sungai (floating villa), melawat Air Terjun Erawan yang mempunyai 7 tingkat sebagai salah satu air terjun paling cantik di Thailand dan menikmati suasana kampung yang tenang.
  1. Maldives (Pasir kristal & laut memukau)

Berada di barat daya India dan Sri Lanka, Maldives dikenali sebagai negara Islam yang terkecil di Asia. Terkenal dengan pantai dan terumbu karang yang paling terbaik di dunia.

  • Kenapa ke sini?: Menginap di villa atas air di pulau peribadi seperti Kurumba atau Hard Rock Maldives untuk pemandangan laut terus dari bilik. Melawat Atoll Male dan Hulhumale untuk melihat budaya tempatan, masjid dan membeli-belah.
  • Aktiviti: Pastinya anda wajib membuat aktiviti snorkeling dan scuba diving di sini. Kalau bajet ketat, boleh menginap di local island, Maafushi.

INFO TAMBAHAN:

Tak perlu pening kepala nak buat itenary. Solehah Travel boleh uruskan semua ni untuk anda. Pakej kami semua dah termasuk tiket penerbangan, pengangkutan dan juga hotel. Jom lah hubungi kami segera.

YunnanJade Dragon Snow Mountaintasik daldeath railwaymaldivestimur tengahSolehah Travelmaafushiscuba divingIndonesiasri lankakurumbapadangsumaterachinakanchanaburisnorkelingbukittinggiThailandkawah ijenKashmirdanau tobaindiaTaman Hutan Xishan

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

6 pulau tercantik di Malaysia untuk lari dari cuaca panas!

Laporan terkini mengatakan terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga dengan suhu maksimum ...

6 destinasi paling sejuk di Indonesia

Cuasa panas sekarang ini menyebabkan ramai orang nak mencari udara sejuk tapi rasa dah bosan pula pergi Genting Highlands ...

Soekarno-Hatta kini 22 terbaik dunia

Sekadar menggantikan lapangan terbang lama yang sesak pada 1985, kepada sebuah hab yang kini diiktiraf di peringkat dunia, ...

6 Hotel Dengan Mini Waterpark Bawah RM300 Di Malaysia!

Macam-macam masalah yang timbul sekarang ini yang melibatkan penerbangan ke luar negara. Bagi anda yang tak mahu pening ...

Isu catuan minyak di Thailand. Apa yang pelancong kena tahu?

Krisis geopolitik di Timur Tengah sekarang ini makin meruncing apabila ada negara yang terpaksa mengambil inisiatif untuk ...

Flight Ke Timur Tengah Kena Cancel? Ini Cara Dapatkan Refund

Masing-masing dah semangat nak sambut lebaran di luar negara. Ada yang trip sekeluarga bawa mak ayah sekali, ada juga yang ...