1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Kisah Inspirasi

“Bila pelanggan percaya, pasti mereka akan ulang lagi ambil trip dengan kita” – Fairuz Razak

Bagi Puan Fairuz Razak, melancong bukan sekadar hobi tetapi perlu disulami dengan rasa cinta dan minat yang mendalam. Baginya, setiap perjalanan adalah peluang untuk belajar, melihat dunia dan menghargai ciptaan Tuhan.

Minat itulah yang mendorong beliau untuk berkongsi kegembiraan bersama orang lain dengan menguruskan pelbagai trip ke luar negara, sama ada dalam kumpulan kecil atau pun besar.

Apa yang membuatkan beliau lebih bersemangat ialah apabila melihat pelanggan pulang dari percutian dengan senyuman dan rasa puas hati. Ramai antara mereka menjadi pelanggan tetap kerana percaya dan selesa dengan layanan serta keikhlasan beliau.

Kejayaan tanpa ujian sesuatu yang mustahil

Dari pengalaman itu, beliau sedar bahawa bidang pelancongan adalah dunia yang bnar-benar serasi dengan jiwanya. Walaupun bekerja sebagai setiausaha di sebuah kilang, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Solehah Travel (ST) sebagai ejen secara separuh masa.

Walaupun pada awalnya agak ragu-ragu kerana ST bukan nama besar yang selalu disebut-sebut orang tetapi akhirnya beliau akui keputusan itu ternyata tepat dan berbaloi.

Seperti ejen lain, beliau juga pernah berhadapan dengan pelbagai situasi. Ada pelanggan yang suka bandingkan harga pakej dengan agensi lain, ada yang bertanya panjang lebar kemudian senyap begitu saja, malah ada juga yang takut ditipu disebabkan banyak kes travel scam di luar sana. Tapi baginya, semua itu adalah lumrah dalam dunia perniagaan.

“Saya jadikan semua itu cabaran yang perlu ditangani. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian,” katanya dengan tenang.

Apa yang membuatkan beliau terus bertahan dan berjaya ialah sokongan kuat daripada team Solehah Travel. Setiap kali ada isu atau pertanyaan, pihak HQ sentiasa membantu dan memberi panduan dengan cepat dan jelas.

Pesanan ikhlas daripada Puan Fairuz kepada mereka yang berminat menjadi ejen pelancongan:

“Pastikan kita betul-betul faham setiap trip yang kita jual. Keyakinan datang bila kita tahu maklumat dengan tepat. Dan jangan biar pelanggan tunggu lama — segera balas pertanyaan mereka. Dari situ datangnya kepercayaan.”

Kisah Puan Fairuz membuktikan bahawa minat yang ikhlas dan layanan penuh kejujuran boleh membuka pintu rezeki yang luas — asalkan kita tidak mudah berputus asa dalam menempuh cabaran.

 

agensi pelanconganejen agensi pelanconganejen sah Solehah Travelejen sah STkisah inspirasiSolehah Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Destinasi Sejuk Paling Popular di Asia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, melupakan sejenak cuaca panas dan melepaskan lelah di tempat dingin atau bersalji sentiasa ...

Syarat Masuk Thailand 2026: Jangan Sampai Kena Denda!

Merancang percutian ke luar negara memerlukan lebih daripada sekadar menempah tiket penerbangan dan penginapan. Memahami ...

5 Tempat Penginapan Best di Alahan Panjang (2026)

Alahan Panjang, Sumatera Barat tengah terkenal sekarang ini di dunia sosial media. Antara sebab utama, tiket penerbangan ke ...

FLYsiswa 2026: Syarat Kelayakan & Cara Untuk Tebus

Pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan inisiatif FLYsiswa bagi tahun 2026 telah mencetuskan 'gelombang' kegembiraan di ...

5 Tips Penting Elak Kena Scam Bila Travel ke Istanbul

Bagi peminat travel, destinasi mana yang sering bermain di fikiran apabila bajet menjadi kekangan tetapi impian mahu ke ...

Ngeri! Penumpang Pesawat Ryanair Hampir Tercampak Keluar

Sebuah penerbangan antarabangsa Eropah yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Ryanair, ...