1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Apa yang menarik di Pontianak – Singkawang – Kuching?

Pernah tak terfikir nak buat trip yang out of the box? Tak jauh sangat dari Malaysia tapi dapat bagi rasa ‘lain dari biasa’. Nak kongsi satu route yang underrated tapi serius best — Pontianak → Singkawang → Kuching.

 

Hari 1: Pontianak, indah rupa dari nama

Penerbangan dari KLIA ke Pontianak, Kalimantan Barat tak lama pun. Lebih kurang 1 jam 50 minit. Nama tempat sahaja menakutkan tetapi percayalah, bila jejak kaki, terus rasa vibe lain. Suasana tropika, orangnya ramah dan jalan pun tak terlalu sibuk macam Jakarta.

Lagi syok bila makan pagi, petang dan malam dah disediakan semuanya. Tak payah penat fikir nak makan di mana. Dah kenyang makan tengah hari dan daftar masuk hotel, bersedia untuk jelajah sekitar Pontianak.

Belah petang, naik Cruise Sungai Kapuas, sungai paling panjang di Indonesia. Sunset dia, masya-Allah cantik gila! Angin sepoi-sepoi, view bandar lama, tengok anak-anak kecil terjun tiruk di sungai tu sambil dengar bunyi azan dari jauh. Moment tu memang rasa damai habis.

Lepas tu, balik hotel nak rehat sebab dah penat dalam perjalanan. Tak sabar menanti hari esok.

 

Hari 2: Tak puas minum secawan kopi Pontianak

Bersedia untuk hari kedua! Sebaik sahaja sarapan di hotel, pak supir membawa kami ke Pasar Sudirman. Meriah dengan jualan batik dan barangan antik.

Dah puas membeli-belah sampai tak perasan duit keluar macam air, kami menjejak kaki ke Rumah Radakng pula. Bangunan yang tersergam indah ini merupakan ikon budaya Kalimantan Barat dan simbolik rumah panjang tradisional Suku Dayak. Terpegun melihat keunikan seni binanya!

Penjelajahan diteruskan ke Muzium Pontianak yang menempatkan pelbagai bukti peninggalan sejarah, mulai dari artifak kuno, peta-peta tua hingga dokumen bersejarah yang mengaitkan kehidupan masyarakat Pontianak.

Jika di Malaysia, kita ada Tugu Negara, di sini pula berdiri megah monumen Tugu Digulis Kalimantan Barat sebagai simbol perjuangan para pahlawan. Jangan lupa mengabdikan kenangan dengan selfie di dataran yang serba indah ini.

Selesai meronda ke sana ke sini, perut pun dah kenyang selepas makan malam, tiba masa untuk pulang ke tempat penginapan. Mahu rehat sepuas-puasnya sebelum ‘meraikan’ hari esok.

 

Hari 3: Moh kiter ke Singkawang!

Tak sabar untuk meneroka lebih banyak lagi pengalaman! Kali ini, semua perlu daftar keluar hotel untuk meneruskan perjalanan ke Singkawang.

Sebelum itu, sempat singgah ke kedai Aloe Vera bagi melihat sendiri pelbagai jenis lidah buaya, belajar tentang manfaat dan cara pengolahannya menjadi produk kesihatan dan kecantikan.

Pastinya tidak lengkap trip ke Pontianak jika tidak melawat Tugu Khatulistiwa! Di sinilah, tempat matahari tepat di atas kepala dan bayangan kita lenyap sejenak. Berdiri betul-betul atas garisan equator. Nak bergambar tengah-tengah bumi? Kat sinilah tempatnya! Jangan lupa untuk ambil sijil menandakan anda pernah tiba ke lokasi penuh bersejarah ini.

Perjalanan yang mengambil masa 3 jam tidak terasa penat saat melalui daerah Mempawah yang cantik dengan ‘lukisan’ alam, melalui kawasan kampung. Kami singgah sebentar makan tengah hari dan menunaikan solat.

Masuk je bandar, terus nampak Gerbang Kota Singkawang — besar, cantik dan warna-warni. Kelihatan juga Masjid Raya Singkawang bercat hijau dan putih yang terletak di tengah bandar. Di sini rasa macam masuk dunia lain. Ada masjid, kuil, rumah Dayak. Semua budaya bercampur dengan harmoni.

Puas berjalan seharian, tiba masa untuk daftar masuk hotel dan melelapkan mata.

 

Hari 4: Merentas sempadan Aruk–Biawak ke Kuching!

Tak sabar rasanya nak melihat kunikan Pasar Hong Kong yang dikatakan sebagai ‘syurga’ makanan jalanan. Cuma kena berhati-hati sebelum membeli bagi memastikan ianya halal.

Perjalanan diteruskan ke tempat bersejarah, Istana Alwatzikoebillah yang merupakan istana Kesultanan Sambas. Saat masuk ke istana ini, suasana dia macam throwback ke zaman kesultanan dahulu kala. Seronok dapat belajar sejarah tempat orang!

Ini part paling unik — cross border dari Indonesia ke Malaysia ikut jalan darat. Lalu Imigresen Aruk (Indonesia) ke Biawak (Malaysia), pengalaman yang memang jarang dapat sebab tak ramai pelancong lalu jalan ni.

Proses dia senang je. Bila dah lepas border, terus rasa “eh, dah balik Malaysia tapi masih rasa Indonesia vibes”. Lepas tu, apa lagi? Kita daftar masuk hotel di Kuching, Sarawak. Rehat dulu lah sebelum menikmati hari terakhir esok. Kena tengok juga isi dompet tu. Pastikan masih ada baki untuk shopping esok!

 

Hari 5: Rasa macam nak sambung lagi trip

Kalau suka nature, budaya, makanan sedap dan suasana tenang tapi hidup, Kuching memang pilihan tepat. Lepas sarapan pagi di hotel, kami terus menuju ke Tugu Kuching – simbol ikonik bandar ini.

Tak dilupakan juga melawat Muzium Budaya Borneo. Antara muzium tercantik di Asia Tenggara! Interaktif, moden dan penuh info menarik pasal etnik Borneo.

Sebelum balik ke Semenanjung, wajib singgah Pasar Satokport wajib beli ole-ole! Kek lapis, ikan terubuk, lada hitam, barangan cenderahati — semua ada!

45 minit dari bandar Kuching, kami singgah sebentar ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh – kalau datang waktu beri makan, boleh tengok orang utan liar datang dekat! Moment tu memang priceless. Tengok haiwan liar yang bebas, bukan dalam sangkar.

Dah sampai waktu petang, masa untuk ke lapangan terbang dan pulang ke tanah air. Hmm…boleh tak nak sambung lagi perjalanan ke tempat lain? Tak puas lagi ni!

 

KESIMPULAN

Jadi, kalau korang tengah plan cuti yang lain dari biasa, tak terlalu touristy tapi tetap penuh vibes & value maka wajib cuba lah route ni: Kuala Lumpur → Pontianak → Singkawang → Kuching.

Tak payah susah-susah nak DIY. Solehah Travel kan ada. Pakej all-in yang mana semua dah termasuk tinggal bawa duit belanja je. RM1899 untuk 5 hari 4 malam. Memang tak puas!

Muzium Budaya BorneoGerbang Kota SingkawangMasjid Raya SingkawangMempawahmalaysiaTugu KhatulistiwaPontianakTugu Digulis Kalimantan BaratSingkawangPasar SudirmankuchingMuzium PontianakborneoRumah RadakngPusat Pemuliharaan Orang Utan SemenggohCruise Sungai KapuasPasar Satok

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Persediaan Wajib Sebelum Terbang ke Kashmir

Siapa yang tidak terpukau melihat keindahan lembah hijau, puncak gunung bersalji dan ketenangan Tasik Dal di Kashmir? ...

Tradisi Aidilfitri Paling Unik dari Seluruh Dunia

Tahukah anda lebih dua billion umat Islam di seluruh dunia bersatu dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap ...

Panduan Insurans Masuk Thailand: Beza CI, VI & Extension 101

Rancangan untuk bercuti ke Thailand dengan kenderaan sendiri memang menyeronokkan. Bayangkan memandu santai ke Hat Yai atau ...

5 destinasi wajib jejak di Asia

Memandangkan situasi geopolitik di Timur Tengah yang sangat tidak menentu ketika ini terutamanya dengan penutupan ruang ...

Jepun tawar tiket Shinkansen percuma untuk pelancong asing

Jepun sememangnya terkenal dengan sistem pengangkutan kereta api lajunya, Shinkansen, yang menghubungkan bandar-bandar ...

6 tips pilih agensi pelancongan berdaftar

Impian untuk bercuti ke luar negara atau destinasi idaman sering kali bermula dengan pencarian pakej pelancongan yang ...