1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Terkandas di Jakarta? Ini Laluan Alternatif Pulang ke Malaysia

Bercuti atau berurusan di Indonesia baru-baru ini bertukar menjadi ‘pengalaman berharga’ apabila bencana alam tiba-tiba melumpuhkan ruang udara dan laluan penerbangan. Ancaman debu volcanic akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau telah menyaksikan pembatalan penerbangan berskala besar, menyebabkan ramai rakyat Malaysia terkandas.

Bagi rakyat Malaysia yang kini terperangkap dalam ketidakpastian di sana, bertenang. Berikut adalah panduan langkah demi langkah dan pilihan pengangkutan darat serta laut yang boleh melegakan sedikit kegusaran.

1. Laluan Udara Alternatif (Paling Pantas)

Sebagaimana penerbangan di Jakarta (CGK) terjejas, lapangan terbang di kawasan Jawa Tengah dan Jawa Timur masih beroperasi secara normal.

  • Mod Pengangkutan: Naik Kereta Api Laju Whoosh atau Kereta Api Intercity (KAI) dari Jakarta ke Kertajati / Semarang / Surabaya.

  • Laluan Penerbangan: Terbang semula ke KLIA/Subang menerusi:

    • Bandara Kertajati (KJT): Laluan terdekat dari Jakarta (sekitar 2–3 jam menggunakan pengangkutan darat/travel).

    • Bandara Ahmad Yani, Semarang (SRG) atau Juanda, Surabaya (SUB): Naik kereta api dari Stesen Gambir (Jakarta) ke Semarang/Surabaya, kemudian ambil penerbangan terus ke Kuala Lumpur.

  • Status Semasa Bandara Juanda (Surabaya)

    • Kenyataan Rasmi Operasi: Lapangan terbang Surabaya (SUB) diwartakan oleh Kementerian Perhubungan Indonesia sebagai salah satu Alternative Landing Airport bagi mengendalikan lencongan pesawat.

    • Pembatalan: Walaupun ruang udara Surabaya masih dibuka, berpuluh-puluh penerbangan dari/ke Surabaya (seperti route Jakarta CGK/HLP, Makassar, Pangkalan Bun) tetap dibatalkan kerana penukaran pesawat terputus berikutan penutupan Soekarno-Hatta dan Halim di Jakarta.

2. Kenapa Ada Cadangan Ke Yogyakarta (YIA)?

Cadangan untuk mengambil flight dari Yogyakarta (Yogyakarta International Airport – YIA) timbul atas beberapa faktor:

  1. Laluan Penerbangan yang Lebih Selamat: Kedudukan geografi Yogyakarta terletak di bahagian selatan Pulau Jawa. Arah tiupan angin debu volcanic Anak Krakatau dominan bergerak ke arah Jakarta dan Bandung.

  2. Sambungan Kereta Api (Whoosh / KAI): Penumpang yang terkandas di Jakarta atau Jawa Barat boleh menaiki keretapi terus ke Stesen Yogyakarta/YIA dengan mudah untuk mendapatkan penerbangan antarabangsa.

  3. Kereta Api Intercity / KAI (Pilihan Paling Selesa & Popular)

    Naik kereta api dari Stesen Gambir atau Stesen Pasar Senen di pusat bandar Jakarta terus ke Stesen Yogyakarta (Stasiun Tugu) di pusat bandar Jogja.

    • Kereta Api Eksekutif (Stesen Gambir):

      • Pilihan Tren: Argo Dwipangga, Argo Lawu, Taksaka.

      • Masa Perjalanan: Sekitar 6 hingga 7 jam.

      • Kelebihan: Sangat selesa, menepati masa, kerusi selesa dan pemandangan desa/sawah yang menarik.

    • Kereta Api Ekonomi / Campuran (Stesen Pasar Senen):

      • Pilihan Tren: Fajar Utama Yogykarta, Jayakarta, Senja Utama.

      • Masa Perjalanan: Sekitar 7 hingga 8 jam.

      • Kelebihan: Harga tiket jauh lebih murah

Kesimpulan

Dalam situasi krisis seperti ini, maklumat yang tepat adalah kunci utama. Rakyat Malaysia yang terjejas dinasihatkan untuk tidak terburu-buru dan sentiasa mengesahkan status operasi penerbangan secara real-time melalui aplikasi atau khidmat pelanggan syarikat penerbangan masing-masing. Berfikir secara tenang akan membantu anda memilih jalan keluar yang paling selamat dan efisien. Terkandas di negara orang memang mencabar tetapi anda tidak bersendirian. Solehah Travel mendoakan semoga segala urusan anda semua di sana dipermudahkan dan dapat pulang semula ke tanah air dengan selamat.

airport Jakartaanak krakatauBandungIndonesiaJakartaSolehah Travelterkandas di JakartaTips Travelvolcano

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …