Krisis geopolitik di Timur Tengah sekarang ini makin meruncing apabila ada negara yang terpaksa mengambil inisiatif untuk berjimat cermat sumber tenaga. Selain Malaysia, Thailand juga tidak terkecuali menjadi negara yang terkesan.
Bagi mereka yang memilih Thailand sebagai destinasi sambutan hari raya tahun ini, sila ambil perhatian terhadap laporan terbaharu mengenai catuan minyak di sana.
Menurut laporan Utusan Malaysia, kebanyakan stesen minyak di Satun, Hat Yai dan beberapa kawasan tumpuan pelancong Malaysia kini berdepan kehabisan bekalan atau dicatu, ekoran konflik Asia Barat.
Sekiranya anda masih lagi dalam perancangan untuk ke sana maka disarankan untuk tangguhkan dahulu perjalanan. Bagi mereka yang sudah membuat segala pembayaran dan tempahan, ini nasihat terbaik untuk anda.
Apa yang perlu anda lakukan?
- Semak dengan agensi pelancongan: Jika anda menempah melalui ejen, pastikan pengangkutan di sana (bas/van) tidak terjejas.
- Pengusaha tuk-tuk dan van tempatan biasanya mempunyai akses yang lebih baik kepada bekalan bahan api berbanding pelancong luar,
- Gunakan pengangkutan awam: Jika tetap mahu pergi, pertimbangkan penggunaan keretapi atau pengangkutan awam dalam bandar yang tidak bergantung sepenuhnya kepada pengisian minyak petrol biasa.
- Naik ETS ke Padang Besar dan sambung dengan tren SRT Thailand ke Hatyai. Jika anda bernasib baik mendapat tiket tren khas KTM MySawasdee, ia lebih memudahkan kerana terus ke pusat bandar Hatyai.
- Tukar jadual: Jika anda mahu ke Hatyai atau bandar berdekatan dengannya, boleh sahaja isi minyak penuh sebelum masuk ke seberang. Pastikan anda pergi tempat yang berdekatan sahaja.
- Kereta sendiri boleh ditinggalkan di tempat penginapan. Adalah lebih selamat dan jimat jika anda menyewa tuk-tuk untuk full-day trip. Tambahan pula, warga tempatan lebih tahu kawasan setempat.
- Jika situasi menjadi terlalu sukar, pertimbangkan untuk menghabiskan lebih banyak masa di kawasan Songkhla yang berdekatan pantai (Samila Beach) yang lebih santai dan kurang kesesakan berbanding bandar Hatyai.
- Perjalanan singkat: Tak perlu nak berlama-lama di sana. Cukup sekadar 3 hari 2 malam bagi merasa keunikan menyambut perayaan di negara lain. Boleh juga cari tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat pelancongan. Jadinya, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke mana-mana.
- Jika hotel anda berada di sekitar pusat bandar, anda sebenarnya boleh meneroka banyak tempat menarik hanya dengan berjalan kaki. Shopping dan food hunting di Pasar Kim Yong, Santisuk Market dan Lee Gardens Plaza semuanya berdekatan.
- Berjimat cermat: Hadkan jumlah penukaran wang dan pastikan anda beli apa yang penting sahaja. Shopping ikut keperluan demi penjimatan. Hatyai tu dekat sahaja. Boleh pergi lagi di lain hari apabila keadaan kembali pulih sedia kala.
- Destinasi Alternatif: Ini mungkin masa terbaik untuk melirik destinasi lain yang lebih stabil buat masa ini seperti Jepun atau China yang juga menawarkan pengalaman raya yang unik.
KESIMPULAN: Sentiasa bawa tunai (Baht) yang mencukupi kerana dalam keadaan krisis, sesetengah stesen minyak atau perkhidmatan pengangkutan mungkin hanya menerima tunai berbanding pembayaran QR/kad.
Apa pun perancangan anda, pastikan anda sentiasa ada pelan kecemasan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Semoga percutian anda berjalan dengan lancar. Berhat-hati semasa bercuti, ingatlah insan tersayang okay.
Tiada komen lagi.