1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

AirAsia Beli 150 Pesawat Airbus A220

Pernah tak anda rasa geram sebab nak ke sesuatu destinasi tapi flight cuma ada dua atau tiga kali seminggu? Atau pun, nak ke bandar yang unik sikit tapi terpaksa tukar-tukar kapal terbang sebab tak ada direct flight?

Nak dengar tak berita baik baru-baru ini yang bakal selesaikan masalah kita semua!

AirAsia X baru sahaja menandatangani perjanjian besar untuk membeli 150 buah kapal terbang model Airbus A220-300. Ini bukan kapal terbang biasa-biasa tapi ini adalah pelaburan bernilai RM90 bilion untuk pastikan kita semua boleh terbang lebih jauh dan lebih kerap.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, dalam ucapannya yang penuh bersemangat menyatakan bahawa pesawat ini adalah kunci untuk membina ‘rangkaian tambang rendah sebenar yang pertama di dunia.’

Mungkin anda tertanya-tanya, apa bezanya dengan kapal terbang AirAsia yang sedia ada sekarang ni?

  1. Saiz yang ‘ngam-ngam’: Kapal terbang ini tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ia boleh memuatkan 160 orang.

  2. Boleh pergi jauh: Walaupun nampak comel, ia boleh terbang terus sehingga 7 jam. Maksudnya, destinasi yang jauh sikit pun boleh sampai dengan tenang.

  3. Jimat minyak & mesra alam: Ia 20% lebih jimat minyak. Bila kos minyak kurang, harapan kita untuk dapat tiket murah itu sentiasa ada!

Apa untungnya pada kita sebagai kaki travel?

Pastinya lebih kerap kita mengembara dengan harga yang berbaloi-baloi!

Dulu, kalau AirAsia nak buka laluan ke bandar yang tak berapa popular, mereka takut rugi kalau guna kapal terbang besar tapi penumpang tak penuh. Akibatnya, mereka terpaksa kurangkan kekerapan flight atau tak buka langsung laluan itu.

Tapi dengan kapal terbang baru ni, AirAsia boleh:

  • Buka laluan baharu ke bandar-bandar kecil yang sebelum ini tiada direct flight.

  • Tambah kekerapan flight. Kalau dulu ke destinasi X cuma ada 3 kali seminggu, selepas ini mungkin akan ada hari-hari!

  • Lebih selesa: Kabin A220 ni terkenal dengan tingkap yang luas dan ruang letak beg yang lebih besar.

Bila kita boleh naik?

Kapal terbang ini akan mula sampai kepada AirAsia bermula tahun 2028. Memang lambat sikit tapi ini adalah persediaan untuk masa depan dunia pelancongan kita.

Bila kapal terbang ini dah sampai nanti, kapal terbang besar (A330) yang selalu kita naik ke Jepun atau Korea tu akan ‘dilepaskan’ untuk terbang lebih jauh lagi mungkin ke Eropah (London/Paris) atau Amerika Syarikat!

Jadi, jom kita mula menabung dari sekarang. Peta dunia yang belum kita jejaki bakal jadi lebih kecil tak lama lagi!

a330air asiaair asia xairbusairbus a220airbus a300airlinesairportmalaysia airports

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …

5 Kesilapan Pelancong Malaysia di Luar Negara

Membuat keputusan untuk melancong ke luar negara sememangnya mengujakan. Dapat melihat budaya orang, menikmati keindahan …