Berhadapan dengan situasi beg bagasi yang rosak sebaik sahaja touchdown memang boleh buat mood swing. Baru nak rasa welcome to holiday mode, sekali nampak zip koyak, roda patah atau casing kemek macam kena hempas dari tingkat lima.
Jangan risau. Percaya tak sebenarnya ramai traveler pernah lalui masalah ini. Disebabkan itu terdapat kaunter khas untuk pengguna melaporkan tentang isu ini di semua lapangan terbang.
Ada cara yang betul untuk atasi situasi ini supaya anda tak rugi. Nak tahu tak bagaimana cara nak claim?
- Check dahulu keadaan bagasi
Sebaik sahaja ambil beg, check dahulu keadaan beg anda. Ada kerosakan atau pun tidak. Jangan terus keluar dari kawasan baggage claim. Ramai yang terlepas langkah ini sebab nak cepat keluar airport, especially kalau family dah tunggu di arrival hall. Sebaik sahaja anda melangkah keluar, nak report memang jadi lebih susah. Jadinya, tenang-tenang dahulu. Check betul-betul kerosakan sama ada roda, zip, handle, casing atau pun pecah.
- Buat laporan segera
Laporkan secepat mungkin sebarang kerosakan di Pejabat Perkhidmatan Bagasi di kawasan tuntutan bagasi di lapangan terbang. Pergi ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan airlines yang terlibat. Sebaik sahaja selesai membuat laporan, anda akan menerima Laporan Kesilapan Harta (PIR). Dokumen ini paling penting sebab kalau tak ada PIR, airlines boleh reject claim.
- Ambil gambar bagasi
Kadang-kadang bila dah kelam kabut sampai ke lapangan terbang, memang terlupa nak ambil gambar bagasi. Perkara yang nampak remeh ini sebenarnya penting bila bagasi anda mengalami kerosakan. Ambil gambar beg dari semua angle, sebelum check-in dan semasa tiba di lapangan terbang. Jangan lupa ambil gambar tag bar code, tag nama, dan boarding pass. Semua ni bukti yang memudahkan proses.
- Mengadu di media sosial
Ini antara perkara utama perlu dielakkan. Sekiranya beg anda rosak, jangan sesekali memuat naik status ‘kemarahan’ di media sosial. Siap tag nama airlines yang berkenaan dengan harapan masalah dapat diselesaikan segera. Silap hari bulan, ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Kes beg rosak ini bukan sesuatu yang baharu. Dalam keadaan marah sekali pun, anda perlu tenang dan segera ikut step yang telah disebutkan di atas.
- Follow up
Bergantung kepada airlines. Ada penumpang yang terus dapat beg baharu dan ada juga yang perlu tunggu beberapa hari untuk dapat claim yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Ada juga airlines yang bagi voucher. Kena ikut polisi masing-masing tapi yang penting anda perlu claim dahulu. Jika tidak mendapat jawapan dalam tempoh seminggu, anda boleh follow up dengan menghantar emel untuk mengetahui status laporan.
INFO TAMBAHAN:
Kalau anda sejenis yang suka beli luggage bag yang mahal maka disarankan untuk ambil takaful travel. Jika terbukti salah mereka, maka anda layak mendapat 2 claim. Memang berbaloi!
Tiada komen lagi.