1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

MOTAC Gempur Pengusaha Pelancongan Haram

Bercuti dengan tenang tanpa rasa was-was semestinya impian setiap pelancong. Namun, tahukah anda bahawa memilih perkhidmatan pelancongan atau pemandu pelancong yang tidak berlesen bukan sahaja boleh merosakkan percutian, malah mendedahkan anda kepada pelbagai risiko keselamatan dan penipuan?

Menyedari isu ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini memperketat operasi penguatkuasaan bagi memastikan persekitaran pelancongan negara sentiasa selamat, adil dan mematuhi undang-undang.

Kenyataan media daripada MOTAC bertarikh 14 Ogos 2026 mewar-warkan mengenai Operasi Penguatkuasaan Sasar Pemandu Pelancong dan Entiti Tidak Berlesen di Kuala Lumpur.

1. Hasil Operasi Penguatkuasaan

  • Tarikh & Lokasi: Dijalankan pada 12 dan 13 Ogos 2026 di sekitar Kuala Lumpur hasil risikan serta aduan awam dan persatuan industri.

  • Skop Pemeriksaan: 3 lokasi pelancongan, 9 premis perniagaan dan 3 individu telah diperiksa.

  • Tindakan: Sebanyak 15 notis pemeriksaan dikeluarkan bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], termasuk 9 notis bawah subseksyen 5(2) kerana menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen sah.

2. Kesalahan Utama yang Dikesan

  • Menjalankan perniagaan perkhidmatan pelancongan tanpa lesen.

  • Menjalankan aktiviti pemanduan pelancong (tour guide) tanpa lesen sah (bekerjasama dengan Persatuan Pemandu Pelancong Kuala Lumpur – KLTGA).

  • Menggunakan kenderaan persendirian atau kenderaan tidak berlesen untuk pengangkutan pelancong (akan ditangani bersama APAD dan JPJ).

  • Gagal mematuhi syarat lesen dan berurusan dengan pihak yang tidak berlesen.

3. Amaran dan Hukuman Berat

MOTAC memberi amaran tegas kepada sesiapa yang menyediakan perkhidmatan pelancongan tanpa lesen sama ada secara fizikal, dalam talian atau di media sosial (merangkumi pemandu pelancong, pengangkutan, penginapan atau penganjuran aktiviti):

  • Kompaun: Maksimum sehingga RM250,000.00.

  • Hukuman Mahkamah (jika disabitkan): Denda maksimum RM500,000.00 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta 482.

4. Saluran Aduan Awam

Orang ramai dan penggiat industri digalakkan menyalurkan maklumat aktiviti pelancongan haram melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MOTAC di pautan https://motac.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Kesimpulan

Mungkin sebelum ini ramai yang merasakan tiada tindakan tegas dari pihak berkuasa menyebabkan lambakan individu mengambil kesempatan untuk membuat pakej pelancongan yang tidak berdaftar. Peringatan mesra sudah pun diberikan sewajarnya. Sebagai pengguna, anda boleh membuat keputusan yang bijak sebelum memilih mana-mana perkhidmatan pelancongan.

Industri pelancongan yang sihat adalah hasil kerjasama semua pihak daripada pihak berkuasa, pengusaha perkhidmatan sehinggalah kita sebagai pelancong. Sekiranya anda mendapati sebarang aktiviti pelancongan yang mencurigakan atau tidak berlesen, salurkan maklumat anda terus kepada saluran rasmi.

Akta Industri Pelancongan 1992Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]dendalesen pelanconganMOTACSISPAASolehah TravelTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …

5 Kesilapan Pelancong Malaysia di Luar Negara

Membuat keputusan untuk melancong ke luar negara sememangnya mengujakan. Dapat melihat budaya orang, menikmati keindahan …