1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

6 tips pilih agensi pelancongan berdaftar

Impian untuk bercuti ke luar negara atau destinasi idaman sering kali bermula dengan pencarian pakej pelancongan yang menarik. Namun, di sebalik poster promosi yang cantik di media sosial, wujud risiko penipuan yang boleh meleburkan wang simpanan anda dalam sekelip mata.

Di era digital tahun 2026 ini, taktik penipuan menjadi semakin licik. Oleh itu, kebijaksanaan dalam menilai sesebuah agensi adalah kunci utama sebelum anda menyerahkan deposit.

Berikut adalah lima panduan utama untuk memastikan agensi pelancongan pilihan anda adalah benar-benar sah dan bertanggungjawab.

  1. Semak status lesen pendaftaran

Langkah pertama yang paling kritikal adalah menyemak lesen perniagaan agensi tersebut. Di Malaysia, setiap agensi pelancongan wajib berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Anda boleh melayari laman web rasmi MOTAC untuk menyemak sama ada syarikat tersebut memiliki lesen perniagaan yang sah (bidang Inbound, Outbound atau Ticketing). Jika nama syarikat tidak wujud dalam pangkalan data pihak berkuasa, itu adalah petanda besar bahawa anda perlu menjauhkan diri dengan segera.

Syarikat yang sah biasanya akan mempamerkan nombor lesen mereka dengan bangga di premis atau platform digital mereka. Di laman web rasmi MOTAC juga anda boleh menyemak mana-mana agensi atau individu yang dikenakan tindakan.

  1. Kehadiran fizikal dan identiti digital

Walaupun perniagaan dalam talian semakin popular, agensi pelancongan yang sah selalunya mempunyai pejabat fizikal yang boleh dikunjungi. Kehadiran pejabat bukan sahaja membuktikan kesungguhan perniagaan tetapi juga memudahkan urusan jika berlaku kecemasan atau tuntutan di kemudian hari.

Gunakan teknologi seperti Google Street View untuk mengesahkan lokasi pejabat mereka. Selain itu, perhatikan media sosial mereka. Agensi yang boleh dipercayai biasanya mempunyai rekod aktiviti yang konsisten, gambar-gambar pengembara terdahulu dan interaksi yang aktif dengan pelanggan. Berhati-hatilah dengan akaun media sosial yang mempunyai ribuan pengikut tetapi ruangan komennya ditutup atau dipenuhi dengan maklum balas yang nampak fishy.

  1. Jangan terpedaya dengan harga ‘terlalu murah’

Satu peraturan berharga dalam industri pelancongan: Jika tawaran itu kedengaran terlalu indah untuk menjadi kenyataan, biasanya ia memang tidak benar.

Ramai mangsa terjerat kerana excited dengan pakej super murah yang tidak masuk akal. Misalnya pakej ke Eropah selama 10 hari dengan harga bawah RM3,000 termasuk tiket penerbangan.

Lakukan sedikit kajian sendiri mengenai harga pasaran tiket penerbangan dan kos hotel. Jika harga yang ditawarkan agensi jauh lebih rendah dari kos asas tersebut, besar kemungkinan itu adalah taktik penipuan atau skim Ponzi.

  1. Ketelusan dalam urusan pembayaran

Agensi yang profesional tidak akan meminta anda memindahkan wang ke akaun peribadi individu. Segala urusan transaksi mestilah dilakukan ke atas nama akaun bank syarikat.

Pastikan anda menerima invois rasmi dan resit setiap kali membuat pembayaran sama ada secara penuh atau ansuran.

  1. Ejen berdaftar

Ada agensi pelancongan yang mempunyai ramai ejen di seluruh negara. Ejen yang berdaftar secara sah akan memiliki nombor ahli. Sebaiknya, semak status ejen tersebut pada agensi untuk kepastian kerana terdapat individu yang mengambil kesempatan.

Jika individu berkenaan merupakan ejen bagi beberapa agensi, anda boleh membuat sedikit research pada akaun media sosial ejen tersebut atau pun bertanya kepada customer yang pernah berurusan dengannya.

  1. Selidik reputasi dan testimoni sebenar

Testimoni di laman web syarikat sendiri mungkin boleh dimanipulasi. Sebaliknya, carilah ulasan daripada pihak ketiga seperti di Google Reviews, mana-mana group pelancongan atau forum pengembara.

Lihat bagaimana syarikat tersebut mengendalikan aduan. Agensi yang baik bukan bermaksud mereka tidak pernah mempunyai masalah tetapi mereka menunjukkan profesionalisme dalam menyelesaikan isu pelanggan.

Jika terdapat banyak laporan mengenai pembatalan saat akhir, penipuan pakej, dikenakan saman ketika di luar negara atau permohonan visa last minute, itu adalah amaran untuk anda mencari ejen lain.

Kesimpulan

Melancong sepatutnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan menenangkan jiwa. Dengan meluangkan sedikit masa untuk melakukan ‘kerja sekolah’ dan menyemak latar belakang agensi, anda bukan sahaja melindungi wang anda tetapi juga memastikan keselamatan dan keselesaan anda sepanjang perjalanan. Ingat, biarlah mahal sedikit asalkan selamat, daripada murah tetapi berakhir dengan duka.

agensi pelanconganMOTACtravel tipsTips Pilih Agensi Pelancongantravel agensiCara Semak Agensi Pelancongan BerdaftarAgensi Pelancongan BerdaftarTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Penerbangan terus Bangkok-KL dengan Nok Air

Dunia pelancongan serantau kembali rancak dengan khabar gembira yang pastinya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang kaki ...

Daftar e-Konsular: Langkah wajib sebelum travel ke luar negara

Bayangkan situasi ini: Anda sedang seronok menikmati keindahan pemandangan di negara orang, tiba-tiba beg diragut atau ...

Pengalaman ngeri sangkut di imigresen Korea

Setiap kali ke luar negara, adakah anda akan memeriksa passport setiap kali keluar dan masuk negara tersebut? Benda ...

Apa yang best di Surabaya-Bromo?

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Suhu di luar mencecah 8°C, cukup dingin untuk membuatkan badan terasa menggigil. Namun, dalam ...

6 negara paling selamat & mudah dilawati 2026

Dunia hari ini mungkin terasa sedikit membimbangkan dengan pelbagai berita konflik antarabangsa, namun itu bukan alasan ...

Ramai di antara anda yang sudah pun merancang untuk mengembara ke negara luar pada tahun ini. Namun, krisis geopolitik yang ...