1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Gabenor Bali arah pembinaan lif kaca Pantai Kelingking dirobohkan

Pantai Kelingking merupakan permata utama Nusa Penida, terkenal dengan tebing curam yang ikonik berbentuk seperti dinosaur (T-Rex). Pemandangan yang menakjubkan dan merupakan lokasi wajib untuk bergambar kenangan.

Selain daripada kota Bali yang sesak, ramai pelancong suka membuat aktiviti snorkeling, mendaki serta melawat lokasi yang penuh kebudayaan.

Tahukah anda, baru-baru ini kecoh di media sosial tentang pembinaan lif kaca setinggi 180 meter bertujuan menawarkan laluan yang lebih selamat kepada pengunjung kerana laluan curam dari bukit untuk turun ke bawah.

Disebalik perancangan yang kelihatan gah ini, hakikatnya rangka keluli putih itu menerima kecaman hebat yang mana menjadi pertikaian banyak pihak bahawa ia merosakkan pemandangan ikonik kawasan berkenaan.

Menurut laporan Astro Awani, Gabenor Bali, Wayan Koste mengarahkan perobohan lif kaca tersebut yang masih dalam pembinaan di tebing pantai paling terkenal di pulau itu.

Walaupun sudah siap 70 peratus, beliau menegaskan projek berkenaan perlu diberhentikan segera dan dirobohkan dalam tempoh. Ia berikutan ketiadaan permit dan disyaki melanggar peraturan perancangan.

Koster berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi alam semula jadi, budaya dan nilai sosial Bali, sambil menolak dakwaan bahawa keputusan itu tidak mesra pelaburan.

Susulan arahan terbaharu ini, beliau juga mengarahkan pemaju projek, PT Indonesia Kaishi Tourism Property Investment Development, perlu memulihkan kawasan berkenaan kepada keadaan asal dalam tempoh tiga bulan selepas perobohan.

Sekiranya pemaju gagal mematuhi arahan, kerajaan provinsi bersama pihak berkaitan akan ambil alih tindakan perobohan mengikut undang-undang.

Perkara ini menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa kita perlu menjaga keunikan alam semula jadi dan mengekalkan budaya setiap tempat.

 

INFO TAMBAHAN: Solehah Travel ada juga trip private ke Bali. Pakej untuk berbulan madu pun ada. Boleh lah hubungi kami untuk info lanjut ya.

 

Balilif kacanusa penidapantai kelingkingSolehah Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …