1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Nak ‘travel’ tenang? Jauhi 6 kesilapan yang ramai orang buat.

Pernah tak masa travel, ada masalah kecil yang buat kita stress? Kadang-kadang bukan sebab kita tak pandai travel tapi sebab kita tak buat persediaan benda simple yang ramai orang selalu terlepas pandang. Jom kita go through beberapa masalah travel yang orang selalu kena dan tips macam mana nak elakkan dari menjadi mangsa keadaan.

Masalah berkaitan dokumen & kewangan

Dokumen penting tertinggal
Pasport, visa, travel insurance… kalau tertinggal, memang confirm tak lepas gate. Ramai ingat benda ni remeh tapi kalau tertinggal, habis mood holiday.

Tip: Buat satu travel folder—letak pasport, visa, insurance, booking details semua dalam satu beg. Malam sebelum penerbangan, letak terus dekat pintu atau dalam beg yang memang confirm bawa.

Bajet tak seimbang
Kadang-kadang kita over-spend sebab mood happy. Ada juga yang under-budget sampai duit tak cukup untuk benda penting. Last-last stress, bukan enjoy.

Tip: Set siap daily budget. Simpan emergency fund RM200–RM300 untuk perkara di luat jangkaan. Jangan lupa untuk hubungi pihak bank untuk gunakan kad debit anda di luar negara. Boleh juga gunakan kad Wise, BigPay atau kad kredit Touch ‘n Go.

Ketinggalan pengangkutan
Datang airport last minute, check-in pun dah tutup memang selamat tinggal lah jawabnya. Rugi masa dan rugi duit.

Tip: Sampai airport 3 jam sebelum penerbangan.  Set alarm sebagai peringatan. Lebih baik kita tunggu lama di lapangan terbang daripada tertinggal penerbangan.

Masalah keselamatan & kesihatan

Hilang barang berharga
Telefon bimbit, dompet, passport antara benda penting perlu dijaga elok-elok. Bila hilang, menangis juga. Tempat sesak memang favourite spot pickpocket.

Tip: Guna anti-theft bag dan simpan barang penting di inner pocket. Kalau travel solo, pakai waist pouch yang sentiasa on-body. Ada juga yang guna sling bag kecil lepas tu sarung baju lain. Dua atau tiga lapis.

Masalah kebersihan & kesihatan
Tak jaga makan minum, tak check hygiene tempat tinggal atau restoran, lupa sapu mosquito repellent, end up food poisoning, gigitan nyamuk atau badan meragam sepanjang trip.

Tip: Bawa travel kit: wet wipes, sanitizer, ubat asas (panadol, charcoal, minyak angin) dan mosquito repellent. Sebaiknya study dulu review dari pelancong yang pernah ke tempat tersebut.

Tak buat research destinasi
Pergi negara orang tapi tak study cuaca, budaya, undang-undang atau transport. Bila dah sampai destinasi, banyak benda tak boleh buat atau tak tahu.

Tip:Kalau pertama kali ke negara tersebut, luangkan masa dua ke tiga bulan untuk baca review dan cari basic info tentang setiap tempat yang ingin anda kunjungi. Ini kerana tak semua tempat sesuai untuk menerima kehadiran pelancong.

 

TIPS TAMBAHAN: Tak nak pening-pening dan nak lagi mudah, ambil je khidmat agensi pelancongan seperti Solehah Travel. Kami menggunakan khidmat pemandu pelancong yang berlesen di negara yang terlibat. Jom lah ikut kami ke Borneo, Indonesia, Thailand, Vietnam, India dan juga China.

 

kad debitcredit carddebit cardTips TravelSolehah TraveltravelBigpaywisetouch n gokad kredit

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...