Dunia penerbangan global dikejutkan dengan insiden pencerobohan data berskala besar yang melibatkan pengendali sistem tempahan tiket penerbangan gergasi dari Sepanyol, Amadeus IT Group. Syarikat-syarikat penerbangan terkemuka seperti Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Cathay Pacific, Japan Airlines, All Nippon Airways (ANA), Korean Air dan Asiana Airlines telah mengesahkan bahawa sebahagian data pelanggan mereka terjejas akibat insiden ini.
Amadeus IT Group ialah syarikat multinasional teknologi pelancongan dan penerbangan gergasi yang beribu pejabat di Madrid, Sepanyol. Syarikat ini menyediakan software serta infrastruktur IT yang menguasai sistem tempahan, penjadualan dan operasi pelancongan di seluruh dunia.
Sejak Bila Siber Attack Ini Berlaku?
Mengikut pendedahan terbaharu daripada syarikat-syarikat penerbangan dan Amadeus:
Siri Pencerobohan: Aktiviti pencerobohan tanpa kebenaran ini berlaku secara senyap selama lebih tiga tahun iaitu dari Ogos 2023 hingga September 2026.
Pengesanan dan Tindakan: Amadeus hanya berjaya mengesan kepincangan sistem ini pada Oktober 2026. Mereka telah pun mengambil langkah ‘menampal’ vulnerability tersebut dan melaksanakan pemantauan sistem yang ketat.
Kaedah Serangan: Penjenayah siber didapati menggunakan login credentials yang sah milik Amadeus untuk mengakses persekitaran paparan tempahan (booking-display environment).
Adakah Ia Berlaku di Seluruh Dunia?
Ya, pencerobohan ini berimpak antarabangsa.
Amadeus merupakan antara penyedia teknologi penerbangan terbesar di dunia yang memproses transaksi untuk ratusan syarikat penerbangan dan lapangan terbang. Syarikat penerbangan utama yang terjejas merangkumi rangkaian penerbangan di Asia-Pasifik dan global:
| Syarikat Penerbangan | Anggaran Rekod / Pelanggan Terjejas |
| Japan Airlines (JAL) | ~92,000 pelanggan |
| Cathay Pacific | ~53,000 tempahan |
| Singapore Airlines (SIA) | ~46,000 rekod tempahan |
| All Nippon Airways (ANA) | ~37,800 pelanggan |
| Malaysia Airlines | Terjejas bagi pemprosesan antara Ogos 2023 – Sept 2026 |
| Korean Air & Asiana Airlines | Terjejas (sedang dinilai) |
| Qantas | Terjejas |
Kebocoran data yang melibatkan penyedia sistem seperti Amadeus membolehkan penjenayah siber mengakses maklumat sensitif seperti nombor akaun frequent flyer, nama penuh, rekod penerbangan (PNR) dan maklumat perhubungan. Maklumat ini kerap disasarkan oleh penggodam untuk melancarkan serangan penipuan terancang.
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil segera oleh penumpang:
Tukar Kata Laluan & PIN Akaun
Cipta Kata Laluan Baharu Unik: Gunakan kombinasi sekurang-kurangnya 12 aksara yang mengandungi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.
Elakkan Penggunaan Kata Laluan Semula: Pastikan kata laluan akaun frequent flyer anda tidak sama dengan kata laluan e-mel peribadi atau akaun perbankan.
Tukar PIN Log Masuk: Jika program frequent flyer anda menggunakan PIN numeric 4 hingga 6 digit, tukar PIN tersebut dengan serta-merta.
- Setia pada akaun yang menyediakan ciri Two-Factor Authentication (2FA). Log masuk ke akaun anda dan semak sejarah transaksi serta penebusan mata ganjaran (miles).









Tiada komen lagi.