Bila sebut Indonesia pastinya terlintas di fikiran kita cuaca panas sama seperti negara sendiri. Mesti ramai yang tak tahu kewujudan ‘mini Switzerland’ berdekatan dengan Padang ini. Alahan Panjang di Sumatera Barat menawarkan pelbagai aktiviti menarik terutamanya untuk peminat alam semula jadi dan udara sejuk (suhu sekitar 16–20°C).
- Menikmati keindahan Danau Kembar
Alahan Panjang terkenal dengan Danau Diatas dan Danau Dibawah. Uniknya, Danau Diatas terletak di lokasi yang lebih tinggi manakala Danau Dibawah berada di tempat yang lebih rendah.
- Berkhemah & bersantai: Anda boleh duduk santai di tepi danau sambil menikmati pemandangan bukit menghijau.
- Menaiki bot: Sewa bot untuk mengelilingi danau dengan harga yang sangat murah. Lebih kurang IDR30 ribu sahaja.
- Memancing: Tempat ini juga menjadi kegemaran bagi mereka yang suka memancing.
- Meneroka kebun teh
Kebun teh ini adalah antara spot paling ikonik. Hamparan hijau yang luas dengan latar belakang gunung menjadikannya sangat ‘Instagrammable’.
- Fotografi: Pagi hari adalah waktu terbaik untuk bergambar kerana kabus nipis. Ada juga kebun yang terletak di tepi jalan sahaja. Boleh berhenti sebentar untuk bergambar.
- Teh & jagung bakar: Di tepi jalan sekitar kebun teh, terdapat banyak gerai yang menjual jagung bakar, sate Padang dan air teh segar yang sesuai dinikmati dalam cuaca sejuk.
- Menaiki Jeep: Anda boleh berjalan-jalan di sekitar kebun teh atau kawasan lain dengan menaiki Jeep yang telah disediakan. Tentunya ada bayaran dikenakan tetapi masih mesra poket.
- Aktiviti agro-tourism
Seperti mana Cameron Highlands, di sini juga terdapat kebun buah-buahan dan syur-sayuran. Cuma di sini, suasana ‘syurga dunia’ masih terpelihara.
- Kebun strawberi: Anda boleh merasai pengalaman memetik sendiri buah strawberi segar terus dari ladang. Dah petik terus makan lah.
- Ladang bawang & sayuran: Alahan Panjang merupakan pusat pertanian. Anda boleh melihat aktiviti petani tempatan mengusahakan ladang bawang merah, kubis dan kentang.
- Aktiviti luar & pengembaraan
- Hiking ke Bukit Cambai: Dari puncak ini, anda boleh melihat pemandangan empat danau sekaligus (Danau Diatas, Danau Dibawah, Danau Talang dan Danau Singkarak) serta empat gunung.
- Mini taman tema: Untuk anda yang membawa anak-anak, pastinya mini ferris wheel, rainbow slide dan juga mini fun fair akan menjadi ‘kegilaan’ mereka.
- Camping & glamping: Terdapat banyak tapak perkhemahan popular di area Danau Talang atau pun Danau Diatas yang menawarkan kemudahan glamping mewah dengan pemandangan yang cukup memukau. Antaranya, Lasuang Batu, Alahan Panjang Resort, Onion Glamping dan banyak lagi pilihan lain.
- Trekking ke Puncak Gagoan: Sesuai untuk semua peringkat usia yang minat dan masih gagah untuk mendaki. Pengembaraan ‘ringan’ ini sangat berbaloi kerana anda yang berjaya sampai ke puncak akan disajikan dengan pemandangan indah seluruh Alahan Panjang.
- Lawatan Sejarah & Budaya
- Masjid Tuo Kayu Jao: Singgah di masjid tertua di Sumatera Barat yang dikatakan berusia lebih 400 tahun! Terletak di Perkampungan Batang Barus, ia mempunyai seni bina tradisional Minangkabau yang unik dengan bumbung ijuk.
- Sirukam Dairy Farm: Lawati peternakan lembu tenusu moden untuk melihat proses pemerahan susu dan mencuba produk tenusu segar. Terdapat juga mini zoo dan juga kafe estetik untuk anda menjamu selera bersama anak-anak.
Tips:
- Disebabkan suhunya yang sejuk, pastikan anda membawa jaket atau pakaian tebal, terutamanya jika anda bercadang untuk bermalam atau keluar pada awal pagi.
- Jaraknya agak jauh dalam 5-6 jam perjalanan dari Bukit Tinggi. Keadaan jalan bersimpang siur mungkin menyebabkan anda rasa pening kepala. Bawa jajan masam atau ubat tahan muntah sesiap ya.
Tiada komen lagi.