Khabar gembira buat industri pelancongan dan seluruh rakyat Malaysia. AirAsia X (AAX) secara rasmi mengumumkan strategi semakan harga tiket setiap minggu dengan unjuran harga tambang akan terus menurun secara berperingkat.
Langkah ini diambil berikutan trend penurunan harga bahan api jet kebelakangan ini, serta usaha syarikat untuk memulihkan semula kapasiti penerbangan mereka.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Bo Lingam berkata, syarikat penerbangan itu sudah pun menurunkan kadar tambang sebanyak lima peratus pada 15 Jun lalu dan akan meneruskan semakan harga tiket setiap minggu bersandarkan pergerakan harga bahan api.
Walaupun syarikat penerbangan itu menanggung kerugian sebanyak RM150 juta pada Mac 2026 ekoran lonjakan mendadak harga bahan api namun AAX optimis kapasiti penerbangan mereka akan pulih sepenuhnya menjelang Ogos nanti. Dengan keadaan yang semakin reda, tekanan kos tersebut mula menunjukkan tanda-tanda positif.
Selain daripada itu, AAX juga kekal komited dengan rancangan pengembangan mereka, termasuk pelancaran semula laluan ke Bahrain dan London yang dijadualkan bermula pada Ogos 2026.

Tips Jika Berlaku Pembatalan Saat Akhir
1. Perlindungan Kewangan (Sebelum Masalah Berlaku)
-
Beli Takaful Perjalanan Komprehensif (Serta-merta): Jangan tunggu hari penerbangan baru nak beli takaful. Biasakan membeli takaful perjalanan sebaik sahaja anda menempah tiket kapal terbang. Pastikan polisi tersebut mempunyai perlindungan untuk “Travel Inconvenience” yang merangkumi:
-
Flight Cancellation (Pembatalan Penerbangan)
-
Flight Delay (Kelewatan Penerbangan)
-
Missed Connection (Terlepas Penerbangan Sambungan)
-
Penting: Pilih polisi yang membayar ganti rugi deposit hotel atau tour yang tidak boleh dipulangkan (non-refundable) akibat pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan.
-
2. Strategi Tempahan Logistik (Hotel & Pengangkutan)
-
Pilih Polisi Free Cancellation: Semasa menempah hotel di platform online travel agency seperti Agoda, Booking.com atau Trip.com, sentiasa pilih bilik yang menawarkan pembatalan percuma sehingga 24 atau 48 jam sebelum tarikh daftar masuk. Walaupun harganya mungkin sedikit mahal, ia memberikan talian hayat sekiranya penerbangan anda dibatalkan secara mengejut.
-
Jangan Tempah Transport/Tiket Masuk Terlalu Awal: Bagi pengangkutan (seperti tiket kereta api laju atau sewaan kereta) dan tiket masuk taman tema, elakkan membelinya berbulan-bulan awal melainkan ia sangat terhad. Sebaiknya, beli tiket tersebut selepas anda berjaya melakukan check-in dalam talian atau apabila status penerbangan sudah disahkan stabil beberapa hari sebelum berlepas.
3. Pemilihan Waktu & Pengurusan Penerbangan
-
Pilih Penerbangan Slot Pertama Pagi (First Flight of the Day): Penerbangan terawal (contohnya jam 6 hiingga 8 pagi) mempunyai kebarangkalian paling rendah untuk dibatalkan atau ditunda. Ini kerana pesawat tersebut biasanya sudah sedia ada di lapangan terbang sejak malam sebelumnya. Jika berlaku kelewatan pada penerbangan pagi, impaknya akan berantai ke penerbangan petang dan malam (knock-on effect).
4. Tahu Hak Anda Sebagai Pengguna
Di Malaysia, hak anda sebagai penumpang udara dilindungi di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) oleh MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia). Jika penerbangan anda dibatalkan atau ditunda secara signifikan, anda berhak untuk:
-
Pilihan Alternatif: Ditawarkan penerbangan alternatif terawal tanpa kos tambahan, ATAU
-
Pemulangan Wang Penuh: Pemulangan wang penuh dalam bentuk bayaran asal (bukan sekadar credit voucher / credit shell), walaupun tiket yang anda beli adalah jenis non-refundable.
-
Kebajikan di Lapangan Terbang: Jika penundaan melebihi 2 jam, syarikat penerbangan wajib menyediakan makanan dan minuman. Jika melebihi 5 jam atau bermalam, mereka wajib menyediakan penginapan hotel dan pengangkutan ke hotel.
Kesimpulan
Pengumuman semakan mingguan oleh AirAsia X ini membuka peluang keemasan buat sektor pelancongan antarabangsa. Dengan gabungan polisi fleksibel syarikat penerbangan serta kebijaksanaan pengguna dalam mengaplikasikan tips tempahan, impian rakyat Malaysia untuk melancong ke destinasi jarak jauh kini bukan lagi satu perkara yang mustahil dan mahal. Bersedialah untuk mengembara!
Tiada komen lagi.