1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Simpan Duit VS Travel Dulu: Mana Satu Pilihan Terbaik?

“Hidup ini sekali je, ajal maut tak tahu bila. Kalau asyik simpan duit tapi esok meninggal, tak sempat nak merasa.”

Ayat ini pasti biasa kita dengar terutamanya apabila membincangkan tentang dilema kewangan anak muda hari ini. Memang ada kebenarannya. Siapa yang tidak mahu melihat keindahan musim salji di Jepun atau menikmati pemandangan pergunungan indah di Kashmir. Travel bukan sekadar suka-suka, ia adalah pelaburan untuk kesihatan mental dan pengalaman hidup yang tidak boleh dijual beli.

Mengembara bukanlah satu keperluan wajib dalam hidup tetapi aktiviti ini akan membuka mata anda tentang banyak perkara dan lebih menghargai keindahan alam ciptaan-Nya.

Namun, di sebalik konsep You Only Live Once (YOLO) ini, ada satu lagi realiti yang kita sering terlepas pandang: Bagaimana kalau kita panjang umur tetapi poket pula yang ‘meninggal’ awal?

Risiko tiada backup masa hadapan

Realitinya, peluang untuk kita terus hidup sehingga ke hari tua adalah jauh lebih tinggi daripada risiko meninggal dunia esok hari.

Bayangkan jika kita menghabiskan setiap sen lebihan gaji untuk memuaskan kehendak travel atas dasar takut mati awal. Tiba-tiba, ditakdirkan kita panjang umur, tetapi akaun bank kosong, tiada simpanan kecemasan dan tiada persediaan perubatan. Waktu itu, hidup hari tua akan menjadi sangat perit kerana terpaksa bergantung harap kepada orang lain.

Menyimpan pun kena berpada-pada!

Tetapi, ini tidak bermakna kita perlu menjadi hamba duit dan menyimpan secara ekstrem. Ada segelintir orang yang terlalu takut tentang masa hadapan sehingga terpaksa catu makan minum, mengikat perut dan menolak terus peluang untuk melihat dunia. Ini juga satu kesilapan besar.

Menyimpan duit biarlah berpada-pada. Kerja keras bagai nak rak setiap hari tanpa ada work-life balance akhirnya hanya akan merosakkan kesihatan fizikal dan mental. Duit yang kita cari sepatutnya menjadi alat untuk membahagiakan diri, bukannya sekadar angka kaku di dalam akaun bank. Kita perlukan keseimbangan dalam setiap perkara. Bekerja dengan produktif, menyimpan untuk masa hadapan dan sesekali keluar mengembara untuk recharge minda serta menghargai titik peluh sendiri.

Alternatif terbaik untuk melancong

Kita tidak perlu memilih secara ekstrem sama ada menjadi hamba simpanan atau pelancong yang muflis. Kuncinya adalah melalui teknik ansuran sendiri.

Daripada membayar bulanan kepada perkara yang tidak sepatutnya, apa kata anda buat tabung khas sendiri?

  1. Tetapkan sasaran: Kira kos keseluruhan (pakej + duit poket). Contohnya, RM5,000 untuk ke Kashmir.

  2. Pilih garis masa: Rancang percutian untuk tarikh yang lambat lagi, contohnya 20 bulan dari sekarang.

  3. Simpanan konsisten: Bahagikan kos tersebut (RM5,000 ÷ 20 bulan = RM250 sebulan). Sukarela potong gaji setiap bulan masuk ke akaun simpanan digital atau tabung yang ada dividen.

Dengan cara ini, duit sentiasa dalam kawalan anda sekiranya berlaku kecemasan. Malah, ada wang tambahan dari dividen setiap tahun. Anda masih risau tidak mampu melakukannya? Cari agensi pelancongan yang anda percayai dan ada kemudahan bayaran ansuran dengan mereka. Teknik ini lebih mudah dan pastinya bajet melancong anda tidak akan terusik.

Kesimpulan

Berdamailah antara keinginan jiwa (YOLO) dan realiti hidup. Simpan duit dengan bijak untuk masa hadapan tetapi jangan lupa untuk hidup pada hari ini. Pastikan ‘jaring’ keselamatan kewangan anda wujud, kemudian pergilah mengembara melihat dunia. Matlamat kita jelas. Biar masa hadapan terjamin dan mental pula kekal bahagia!

melancongmuflisSolehah TraveltravelYOLOYou Only Live Once

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …

5 Kesilapan Pelancong Malaysia di Luar Negara

Membuat keputusan untuk melancong ke luar negara sememangnya mengujakan. Dapat melihat budaya orang, menikmati keindahan …