1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Rakyat Malaysia diusir dari Norway akibat operasi Aurora tour haram

Berita mengenai 7 rakyat Malaysia yang diusir dari Norway kerana terlibat dalam operasi ‘aurora tour’ secara haram baru-baru ini benar-benar membuka mata ramai pihak, khususnya dalam kalangan komuniti pelancongan Asia.

Insiden ini berlaku di kawasan utara Norway: Tromsø, Lofoten dan Nordland, destinasi popular untuk melihat fenomena Aurora Borealis yang saban tahun menarik ribuan pelancong antarabangsa, termasuk dari Malaysia.

Menurut laporan Berita Harian, mereka mengaku menjalankan pengangkutan penumpang berbayar dan tidak mempunyai dokumen sah.

Akibat tindakan ini,mereka dikenakan larangan memasuki Norway, Kesatuan Eropah (EU) dan kawasan Schengen selama dua tahun.

Ketua Pusat A-Krim Nordland, Kurt Kolvereid Jacobsen, berkata, operasi pelancongan haram ini mudah dijalankan dengan hanya menggunakan sebuah kenderaan tujuh tempat duduk atau kenderaan utiliti sukan (SUV) serta seorang pemandu.

Aktiviti ini lazimnya dijalankan oleh kumpulan persendirian di media sosial dengan menawarkan harga jauh lebih murah daripada pengusaha sah.

 

Pemandangan cantik aurora di Norway – FOTO: Visit Norway

 

Burukkan nama Malaysia

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Azira Aziz, individu yang terlibat bukan sekadar melancong atau membawa rakan berjalan-jalan.

Mereka juga didakwa mengambil bayaran, menggunakan van dan kenderaan sewa serta membawa pelancong Asia yang excited mahu melihat aurora tanpa lesen perniagaan, permit kerja yang sah dan perlindungan insurans.

Di bawah undang-undang Norway, perbuatan ini diklasifikasikan sebagai aktiviti pelancongan haram, walaupun ia sering disalah anggap sebagai side income atau perniagaan kecil-kecilan.

Lebih menyedihkan, kes ini turut mencalarkan imej Malaysia di mata pihak berkuasa dan industri pelancongan Eropah. Dalam dunia travel hari ini, satu kes kecil boleh beri kesan besar kepada persepsi keseluruhan sesebuah negara.

“Sebagai orang Perak yang tinggal di negara Scandinavia, berita ni memang menyedihkan. Bukan sebab kita malu orang Malaysia datang ke sini tapi sebab tindakan segelintir individu telah mencalarkan imej kita semua” ujarnya.

Di ruangan komen, reaksi netizen bercampur-baur. Ada yang meluahkan rasa marah dan kecewa kerana tindakan segelintir individu dianggap tidak bertanggungjawab.

“Deme ni akan menyusahkan orang Malaysia nak pi travel Norway…macam berlaku di Australia dan Korea…banyak tapisannye nanti kat Imigresen”.

“Takyah gi jauh. Kat SG pun banyak kes orang kita yang buat benda sama macam ni. Siap kena sita kenderaan”.

“Perangai kebanyakan rakyat Malaysia, kalau naik Grab pun berkira…korang rasa diaorg nak ambik ke semua pakej yg kena bayar additional charge. Dasar kedekut tahi hidung masin. Berjalan sana sini nak tapi kedekut”.

“Teman baru dok planning nak ke negara-negara Scandanavia pertengahan tahun ni, dah ada yang buat perangai. Awal Januari baru ni pi Korea, macam-macam dokumen kena sediakan untuk lepas Imigresen mereka”.

Kenyataan rasmi dari media Norway – FOTO: Facebbok Azira Aziz

 

Peringatan untuk semua rakyat Malaysia

Isu ini juga membuka satu realiti pahit yang jarang dibincangkan. Ramai pelancong sebenarnya tidak sedar bahawa mereka menaiki kenderaan tanpa insurans, dipandu individu tanpa lesen profesional dan tiada perlindungan undang-undang sekiranya berlaku kemalangan.

Di kawasan bersalji dan cuaca ekstrem seperti utara Norway, risiko ini bukan perkara kecil. Jika sesuatu berlaku di tengah malam, di luar bandar, siapa yang akan bertanggungjawab?

Sebagai pelancong Malaysia, awareness ini sangat penting. Jika ingin ke Norway atau mana-mana negara Eropah, pilihlah operator yang sah, berlesen dan berdaftar, mempunyai website rasmi, syarikat jelas dan perlindungan insurans.

Jangan mudah terpedaya dengan pakej murah yang ditawarkan secara peribadi melalui WhatsApp atau DM, tanpa sebarang dokumen rasmi. Tidak kurang juga yang bersimpati, namun menegaskan bahawa undang-undang negara orang wajib dihormati, walau di mana kita berada.

Jangan terpengaruh dengan harga terlalu murah atau janji manis ‘orang kita jaga orang kita’. Percutian yang sepatutnya menjadi memori indah terus bertukar kepada berita duka.

auroraAurora Borealisaurora di norwayejen pelanconganeropahnegara EUnorwaypelancongrakyat malaysia diusir dari Norwaytravel agency

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Panduan Tuntut Pelepasan Cukai Pelancongan 2026

Dua minggu cuti sekolah ni, sosial media penuh dengan memori keluarga bercuti dalam negara. Ada yang kena ‘sidai’ lama ...

Air India Kurangkan Penerbangan Musim Panas

Dunia penerbangan serantau dikejutkan dengan keputusan drastik syarikat penerbangan nasional India, Air India, yang ...

5 Tempat Menarik di Indonesia Sesuai Untuk Keluarga

Siapa yang tengah cari tempat healing tapi bajet 'ngam-ngam soi', meh rapat sini. Tak payah terbang jauh-jauh sampai 10-12 ...

Isu tol di Genting Highlands sebenarnya dah mula kecoh dan jadi buah mulut orang ramai sejak hujung tahun 2023 lagi, ...

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...